Wednesday 30 November 2016

Menulis untuk sebuah seruan DAKWAH



Menulis untuk syurga...
Usaha kecil dua penulis blogger muda dalam menyediakan sebuah buku yang padat dengan cerpen santai berbentuk tarbiah, hasil inspirasi daripada kisah benar. Kerjasama 5 sahabat dalam merealisasikan sebuah dakwah, 'MENYAMPAIKAN'.

+ Bermesej.
+ Sesuai untuk bacaan remaja dan umum.
+ Kisah keadaan ummah di zaman serba moden ini.
+ Kisah kehidupan remaja yang perlu berdepan dengan cabaran.
+ Kisah persahabatan yang ingin kekal hingga ke Syurga.
+ Kisah qudwah dan ukhuwah bersama golongan LGBT.
+ Kisah seorang anak yang kehilangan bapa tercintanya.
+ Kisah hijrah seorang hamba.
+ Inspirasi daripada kisah benar.

PM LAJU-LAJU! 😍😍😍😍
WHATSAPP TEAM KAMI LAJU-LAJU! 😍😍😍😍

**Team kami akan mula poslaju tempahan pada hari Jumaat (2/12/2016)

❤LIKE FB PAGE : Hamare
❤FOLLOW INSTAGRAM : Hamare.Official
❤FOLLOW TWITTER : @Off_Hamare
❤WHATSAPP :📱+6 011-35692793 / +6 019-3677413

#ProjekHamare
#ProjekDakwah

Thursday 29 September 2016

Mohon dana buat Adik Mimi

Assalamualaikum wbth..
Kalau semua masih ingat kisah anak saudara saya, Nur Hasmimie Abd Hamid yang mengidap Leukimia lebih 4tahun yang lalu.. Alhamdulillah, dia telah tamat rawatan terapi kemonya. Namun, perancangan Allah lebih hebat untuk Adik Mimi, dia mengidap Hepatitis C pula.

Jauh di lubuk hati saya, memohon dari semua, agar dapat membantu meringankan bebanan kos rawatan Adik Mimi kesayangan kita ini. Kos rawatannya sebanyak RM50,000.

Jika seorang derma seringgit pun i.Allah akan cukup untuk Kos perubatan Adik Mimi..Salurkan bantuan anda seikhlas mungkin, melalui akaun ibunya.

<BSN>
03092-41-00003101-1  Ramlah Binti Mohd Daud.
no tel 0176830429 Awatif (kakak) / 0142982008 Adik Mimi@Ramlah (ibu)

Ini bukan post minta tolong biasa yang kamu boleh ragukan spam, kita semua tahu kerana Adik Mimi, kempen #TravellingBeruang menjadi satu kejayaan..(pinjam ayat Ungku Ismail),

BANTU SEBAR JUGA.

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36)..

Tuesday 20 September 2016

THE HAMARE PROJECT COLLECTION



Assalamualaikum wbt. Apa khabar sahabat2? moga dalam redha Allah hendaknya... saya nak kongsi satu berita penting untuk semua iaitu satu penubuhan syarikat kecil kami, harap sudi membaca sehingga habis..

THE HAMARE PROJECT COLLECTION
(SA0390226-D)
 
HAMARE merupakan langkah permulaan 5 sekawan anak muda ke medan penulisan pentarbiahan santai dan dunia penerbitan seperti buku dan yang sewaktu dengannya.
MISI
Merealisasikan sesuatu yang berpotensi memberi manfaat kepada ummah melalui medium tinta pena atau penulisan dan media seperti poster, video, illustrator dan lain-lain.
VISI
Dengan Bismillah, Kepada Ummah, Untuk Lillah.
SASARAN
Khas untuk remaja. Umum untuk tatapan dan manfaat semua kerana seputar isu masyarakat yang semakin lama semakin parah.
HAMARE berasal daripada perkataan bahasa Urdu. HAMARE membawa maksud ‘kami’ atau ‘kita’. Perkataan ini dipilih sebagai nama tema kami kerana ianya digerakkan secara kerjasama 5 sahabat. Iaitu kami. HAMARE berkonsepkan labu dan pelepah pena atas beberapa aspek. Labu dipilih kerana ia sentiasa berusaha untuk hidup. Walau sering terhalang oleh batu-batan, batu kerikil dan batang pokok, namun, ia terus menjalar menyebar manfaat dan hidup membesar. Pelepah pena pula merupakan medium kami untuk menyebarkan manfaat melalui tinta pena.
Misi kami besar dan kami baru bermula step by step dari bawah. HAMARE terdiri daripada  2 orang penulis blog iaitu saya dan seorang sahabat, Pencari Cinta Ilahi, seorang sahabat jua pelukis illustrator dan minat serta berbakat dalam seni khat serta dua orang sahabat yang cenderung dan berbakat dalam Multimedia dan Editing sebagai Graphic Designer HAMARE.

HAMARE diasaskan untuk membantu mengasah bakat kami berlima supaya dapat  menghadiahkan sesuatu pada ummah mengikut keperluan dan kemampuan kami sendiri. HAMARE bersedia menerima tempahan rekabentuk untuk banner, poster, bunting dan yang berkaitan dengannya. HAMARE juga bersedia menerima tempahan Penanda Buku Kaligrafi Ringkas (Hand-made) untuk anda. HAMARE juga sedang dalam proses akhir untuk menerbitkan sebuah buku sulung yang menggabungkan dua tajuk iaitu ‘Hidayah Di Balik Gerigi Besi’ dan ‘Shameless’. Insya-Allah, penerbitan buku secara ‘self-pubish’. Kami menerima tempahan design (design sahaja) dan button badge (design&printing) untuk semua majlis atau program untuk menambah dana misi kami ini.
Buku ini memberi pendedahan dan perkongsian berkaitan dengan realiti kehidupan khususnya buat remaja. Buku ini berbentuk santai tetapi penuh dengan isi yang hendak disampaikan melalui kumpulan cerpen. Istimewa diselit bersama beberapa karya illustrator team HAMARE sendiri. Doakan semoga projek HAMARE ini berjaya, mendapat sokongan dan semakin lebar serta luas empayarnya sebagai salah satu usaha dakwah kami untuk ummah. Insya-Allah.
Misi besar kami ingin menyampaikan sesuatu yang bermanfaat khususnya kepada golongan sosial seperti LGBT, obsess hiburan, putus asa di jalan kebaikan dan banyak lagi.  Ada antara kami yang memiliki sedikit pengalaman bersama dekati dan berpogram dengan golongan Mak Nyah sebegini. Kami juga ingin muda-mudi kini untuk dapatkan karya kami kerana cerpen santai berbentuk realiti ini adalah hasil keadaan sekeliling. Ada solusi yang ingin dikongsi bersama. Akhir sekali, misi kami adalah untuk memanfaatkan minat dan bakat kami ke arah dunia dakwah, sebagai bekalan bila kami sudah tiada di dunia yang fanaa’ ini. Namun, tulisan dan lukisan dakwah ke arah kebaikan terus ada dan hidup subur tersebar.

Doakan kami!
Jika ingin tahu siapa kami, siapa HAMARE ini dengan lebih lanjut, nantikan buku sulung terbitan HAMARE! Ada pengenalan ringkas berkenaan profil diri team HAMARE. Jika anda sudah baca posting ini, sila komen ‘Saya dah baca..’ dan kenalkan sekali diri anda, dari mana, untuk saya kenal dan tahu tentang pembaca blog saya. Terima kasih buat semua!
#SupportHamare
#ProjekHamare
#ProjekDakwah


LIKE& SHARE FB PAGE : Hamare
FOLLOW INSTAGRAM : Hamare.Official
FOLLOW TWITTER : @Off_Hamare

Sunday 28 August 2016

Selamat jalan sahabatku....





Assalamualaikum... dah 3 bulan aku tak muat naik entry dalam blog.. sunyi sepi...bukan tiada apa untuk di ceritakan, malah banyak...cuma kekadang feel utk menulis itu tiada.
Namun, kali ini aku harus tulis entry ni.

Allahu Rabbi... baru nak start, lidah dah terkelu..macam mana nk mula..

Pagi td, macam biasa.. area kul 8 mcm tu, aku on wasap..tgk sikit2 wsap smlm yg tak terbaca. 

Bukak wsap grup, kawan aku sorang dapat anak kedua.. baby girl... Tahniah...
Then tetiba dr grup yang sama, sorang shabat cakap,.Saiful azim jatuh kerusi subuh tadi... Allah.. betul ke. So, aku pegi tanya kat grup kelas memandangkan Azim sekelas dgn aku.. lpas aku tnya, tiba2 najibah balas cakap Azim MENINGGAL DUNIA!

At first, aku baca tanpa perasaan. Kosong. Ya, aku trkejut. Sampailah aku ulang baca berkali2... aku tnyakan kawan yang lain, mereka sohihkan berita itu. Pada masa sama, adik arwah Azim balas di grup wasap cakap soheh abangnya telah kembali ke Rahmatullah.... Allahu.... Innalillahi wainna ilaihi rajiunn... speechless. Lidah kelu...
Air mata aku tumpah macam paip bocor. Azim rakan sekelas, teman seperjuangan, sefikrah sudah tiada lagi.. Aku tak berganjak duduk atas sofa sedangkan aku brjanji dengan Ruhil utk hantar borang ke JPN pagi ni.
Nasi goreng yang mak aku masak tak bersentuh, air yang aku dah bancuh se jug terbiar di meja. Memang hilang selera ku...

Aku scroll semua msg2 yg pernah beliau hantar sebelum3 ini... Benarlah kata orang, andai orang itu ada di depan mata, kita tak hargai...bila tiada tercari2...

Inginku kongsikan pesanan terakhir beliau yang amat menggetarkan hati...

Pesan sahabat.

Jangan biarkan dirimu terlalu lama bersama dengan mereka-mereka yang tidak melangsungkan kerja-kerja memenangkan Islam, serta memahamkan masyarakat perihal ajaran Allah dan Rasul.

Bukan apa, dibimbangi kelak nanti kamu akan dihinggapi penyakit yang sangat bahaya iaitulah, terputusnya diri dan hati daripada meneruskan kerja-kerja memenangkan Islam di atas muka bumi Allah ini.

Untukmu Sahabat.

Macam mana pun kita xbleh trima, inilah hakikatnya...Allahurabbi... sungguh mati itu sbaik2 peringatan bt kita smua...syg kita pda dia bgaikan keluarga...tp Allah jauh lbh syg pdanya... Allah ambil dia dlm.keadaan baik..sy bgga prnh jd kwn Azim... sy bgga😭😭😭😭😭😭
Ada shabat2 dpt lunaskan tgas trakhir sbgai shabat x?tg bleh trun ziarah trakhir bt arwah?

Sungguh aku tak mampu bendung perasaan ini lagi. Hampir setiap masa aku teringatkam detik2'berprogram bersamanya...
Kami bagaikan 1 keluarga...

Arwah seorang amilin yg cukup tinggi hamasahnya, istiqamah.. dan terbukti, Beliau dipanggil Ilahi dalam keadaan husnul khatimah. Istiqamah dengan perjuangan hingga ke akhir hayatnya..
Sungguh aku cemburu dgn beliau.. tapi itulah selayaknya...

Ramai kawan yang turun utk ziarah terakhir.. Aku tak mampu nak ikut serta.. maafkan aku sahabat..
Hingga ke saat entry ini di tulis, aku masih sukar untuk percaya bahawa kau tiada lagi di dunia ini...
Dunia kita sudah berbeza... ya, engkau di taman syurga sana... Ramai yang datang solatkan jenazahmu... mendoakanmu...
Kerana perjuanganmu, Allah angkat tinggi darjatmu dengan memuliakan kematianmu... Allahu Akbar.. maha Agung kuasaMu!

Saat aku buka FB. Hati bagai disentap2. Hampir kesemuanya berkongsi.tentang kematianmu...
Air mata turun lagi.. tak mampu nak scroll semuanya... aku tutup cepat2..  semua bicara soal sama. 

Memang betul, ramai yang mampu bersabar tapi tak ramai yang mampu redha dgn ujian ini.. aku cuba utk redha, tenangkan hati... tembakkan doa sebanyak mungkin buat beliau disana..

Malam ini malam pertamanya di barzakh. Aku yakin beliau ada tempat terbaik disisi Allah bersama org2 mukmin yang lain. Aku yakin itu.

Aku harap sangat mampu istiqamah seprtimu... bintang agama... 

Itulah memoir seorang pejuang... terkenal di langit dan di bumi... insyaAllah...

Benarlah, kematian banyak mengajar kita... 
Ubah lah walau sedikit...

Selamat jalan sahabat ku...

Almarhum Saiful Azim. Moga tenang di tempat rehat yang abadi...

28 Ogos 2016..

Hilangnya permata agama


Assalamualaikum... sebenarnya ini entry kedua. Semalam hmpir setengah jam taip entry prtama... tapi terpadam macm tu aje.. Allahu..
Perkhabaran duka di pagi hari...
Alfatihah buat sahabatku si Bintang Syurga..  Almarhum Muhammad Saiful Azim bin Hairudin,28 Ogos 2016...
Selamat berehat ditaman syurga sahabat... sungguh aku cemburu melihat pengakiranmu.....
Rasa kehilangan....tiada lagi kata2 nasihat yang menampar telinga ini...
Tapi kat sini aku tampilkan nasihat2 almarhum Azim.

HIJAU PUTIH

Tiada madrasah terbaik bagiku, mengajar silibus perlawanan, meraih harga diri, menggodam marabahaya, menggebu keberanian menulis, mencanai intelektual, mengenal erti persahabatan tulus mulus dan juga cerminan hidup. Bagi aku PAS telah menyediakan ruang pendidikan yang besar kepadaku selama ini.


Aku tidak malu mengakui sebagai pencinta ulama dalam perjuangan PAS ini. Bagiku sesiapa yang ingin memenggal kewibawaan ulama dari jemaah ini bermakna ingin merenggut nyawaku juga.


Dengan mereka, aku mengenali fikrah perjuangan bahkan mengajarku abjad al-Quran dan pelbagai disiplin ilmu Islam. Aku akan terus berjuang untuk membentengi jemaah Islam ini daripada pemerkosaan anasir luar. Tiada kompromi teman !

#Istiqamah
#SehinggaParaPemudaMengerti


AL-MARHUM SAIFUL AZIM
04 April 2016

Dan ini ada sedikit pesanan akhir beliau yg di hantar ke grup wasap kami pada jam 12.57am 28 ogos.

Pesan sahabat.

Jangan biarkan dirimu terlalu lama bersama dengan mereka-mereka yang tidak melangsungkan kerja-kerja memenangkan Islam, serta memahamkan masyarakat perihal ajaran Allah dan Rasul.

Bukan apa, dibimbangi kelak nanti kamu akan dihinggapi penyakit yang sangat bahaya iaitulah, terputusnya diri dan hati daripada meneruskan kerja-kerja memenangkan Islam di atas muka bumi Allah ini.

Untukmu Sahabat.

Sungguh ia adalah satu pesanan yg trakhir. Arwah seakan2 tahu yg dia akan pergo meninggalkan kita semua..
Macam mana pun kita xbleh trima, inilah hakikatnya...Allahurabbi... sungguh mati itu sbaik2 peringatan bt kita smua...syg kita pda dia bgaikan keluarga...tp Allah jauh lbh syg pdanya... Allah ambil dia dlm.keadaan baik..sy bgga prnh jd kwn Azim... sy bgga😭😭😭😭😭😭

Ramai yg hadir utk solatkan jenazahmu, hantar kau ke tempat baru.
Subhanallah...Allah muliakan kematian mu atas segala perjuangan mu demi agama..

Ibu Azim sendri terkejut melihat hadirin yang begitu ramai.. dalam hati kecil nya terfikir, 'anak aku ini seorang ulama kah? Atau org besar berjawatan?... ya Allah, ibu mana yang tidak bangga punya anak hebat di mata Allah..

Ibu Azim kata, dia tak rasa anaknya sudah meninggal dunia, tetapi dia rasa Azim hanya keluar seperti biasa, menyampaikan ceramah, berdakwah, join aktivis motor, jadi amilin..  kerana itulah aktiviti semasa hayatnya...

Aku sendri sukar percaya yg Azim sudah berpindah ke dunia lain...
Allah maha hebat...
Wajah Azim tenang di balik kain kafan, meninggal dalam keadaan berwuduk menghadap Allah.. Husnul Khatimah muatmu sahabat...

Kematianmu sungguh menghidupkan hati aku yang kering ini...

Sungguh ramai org mampu bersabar, tp tak ramai redha.. aku akui itu...namun aku cuba utk redha dan tenangkan hati... tp sedih itu datang bertimpa2'' mengenangkan tarikh konvo yg mendekat.. sorang dari kalangan rakan kelas telah pergi... peritnya rasa...

Aku yakin... ini juga salah satu impian almarhum Azim utk capai scroll ijazah sesama...

Langit mana lagi yang mampu menampung air dr terus menitis.... begitu jgak aku....
Hipokritnya aku bila berpesan pad semua supaya bersabar dab sapu air mata tp aku aku sndri tersedu sedan...

Aku jd saksi bahawa engkau shabat terbaik, engkau anak yang soleh, engkau bintang dakwah, permata jemaah, Rijal sodhaqu, berjiwa rabbani, berfikrah haraki, berjasad jundi... itulah engkau...seorang anak muda yang istiqamah...

Saiful Azim tenanglah ditempat rehat yang abadi setelah penat berjuang di dunia...
ALLAHU AKBAR... syurga buat mu.. wassalam..

Muhammad Saiful Azim
1993- 28 Ogos 2016..

#AlmarhumSaifulAzim
#Dalamkenangan
#Alfatihahbuatmu


*Banyak yg ingin aku coretkan...namun lidah kelu... ayat smakin terbelit2.. ini sahaja yang termampu...

Monday 23 May 2016

Beliawanis Tawan Gunung Stong Siri 1/2016



 Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang


قُلْ سِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ فَٱنظُرُوا۟ كَيْفَ بَدَأَ ٱلْخَلْقَ ۚ ثُمَّ ٱللَّهُ يُنشِئُ ٱلنَّشْأَةَ ٱلْءَاخِرَةَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
Kementrian AgamaKatakanlah: "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Demi sebuah pengalaman yang priceless ni. Ku gagahkan kaki walau sakit.

 Assalamualaikum wbt. ekceli tak tahu nak mula entry kali ni dari mana. its all bout my little adventure with my frens. ok macam ni lah ya, last month semasa nak pegi dengar talk Dr Zakir Naik sempena DZN tour Terengganu di sekolah Imtiaz, ternampak satu banner kat tepi jalan. "Beliawanis Tawan Gunung Stong" anjuran Urusetia Belia dan Sukan Negeri Kelantan (UBeS). Dan aku rasa ni bukan kali pertama aku nampak sebab tahun-tahun lepas pun ada. Cuma tak pernah ada peluang nak join sama. So, kali ini apa salah kalau aku cuba nasib.
Nak dijadikan cerita, esoknya aku ke tempat praktikal dan bagitahu kawan aku, cuba pelawa sesiapa yang nak join tawan gunung. And yes, Kak Bie & Yaya bagi respon. Dia setuju nak join. apalagi tunggu, K.Bie ajak kawang dia sorang lagi join grup kami.cukupkan 4 orang. Kami tak buang banyak masa, terus daftar sbb dikhuatiri penyertaan penuh. maklumlah program free, cuma kami kena bayar rm30 sebagai cagaran semasa pendaftaran dan duit cagaran itu akan dipulangkan kembali pada hari bertolak ke Gunung Stong.

27 April kami diberi taklimat berkenaan "Beliawanis Tawan Gunung Stong" yang bertempat di Syabab Imtiaz. penerangan detail diterangkan oleh Abe Yie as a guider kami nanti. kami diberi tentatif penuh selama 3 hari disana, do's and donts, apa yang perlu bawa dan apa yang tak perlu.

12 Mei 2016.

Alhamdulillah tiba juga hari yang aku tunggu. Bukan mudah sebernya, pihak UBeS terima 70 borang penyertaan sdangkan peluang hanya terbuka untuk 40 orang sahaja. Pukul 11.00 am kami berkumpul di Masjid SUK. diberi taklimat sekali lagi, pembahagian makanan, solat hajat yang diimamkan oleh Ust Zul (exmudir TQM) dan perasmian "Beliawanis Tawan Gunung Stong" oleh Yb Ust Abd Fattah Hj Mahmood. Antara kata-kata beliau, "kami dari UBes tak pernah ketepikan beliawanis, malah kami sedikan pelbagai aktiviti buat muslimat. Jangan anggap ini adalah program tawan gunung untuk suka-suka. Ambil ibrah dan pengalaman yang berharga ini kerana tak semua terpilih untuk ke sana." banyak kata-kata nasihat dr beliau, cheq tak ingat dah . huuu

Yb Fattah, Ust Fadli Shaari, Abe Yie and Ust Zul

Bergambar selepas perasmian bersama Yb Fattah
Selesai taklimat , kami membaca doa agar dipermudahkan segala2Nya oleh Allah dan sesi bergambar bersama Yb Fattah.

 Around 12.30pm kami bertolak dari SUK ke Gunung Stong, Dabong. Perjalanan ambil masa 2jam lebih. not sure. Sampai kaki Gunung kami solat jamak/qasar , makan dan taklimat lagi bersama guider dari wakil pihak Gunung Stong sendiri. 


Kami juga diberi peralatan untuk memasak. pukul 5.pm kami mula mendaki ke Kem Baha yang tingginya 400m lebih .
guider bawa kami guna jalan air terjun.
Pukul 6.30 pm kami sampai di laluan air terjun Jelawang. Subhanallah sangat cantik ciptaan Allah.

 My team members. Ummi Hanis, Yat, Yaya and Khabi Khusi Khabi Gham.

 Jelawang's Waterfall !

 Jelawang's Waterfall !


Subhanallah. cantikkan. Cuba tengok puncak bukit tu. atas tu la ada Kem Baha. Nampak dekat, tapi jauh amat tu nak naik ke atas.
Puncak tu Kem Baha
Take 5 kejap di Jelawang's waterfall. tak boleh lelama sebab hari makin gelap. Kalau boleh nak sampai ke Kem Baha sebelum malam. Guna laluan air terjun ni memang best sebab tak rasa penat tengok keindahan view air terjun.
ini Guider kami
Merentasi Jelawang's Waterfall

Jalan terus..... trek ke kem baha agak mencabar. makin tinggi makin mencabar.
And all praises to Allah, aku sampai kem Baha 7.30. maghrib.. Tapi tak semua sampai awal. Ada yang lewat.
Kem Baha. Tapak perkemahan kami selama 2 malam.



Sampai je di Kem Baha, kami di beri 1 khemah per grup. pasang khemah. nasib baik ingat lagi caranya. malam ini kami tak perlu masak pun sebab memang dah dibekalkan pek makan malam dari kaki Gunung.
Selepas solat isyak berjemaah, kami ada sesi taaruf bersama semua peserta, fasilitator, penganjur. MasyaAllah, hebat-hebat semunya peserta yang join tawan Gunung Stong ni. ada 3/4 orang peguam, guru, penjual kek, macam-macam lagi. Semuanya  dari latar belakang berbeza.
Sesi Taaruf

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Al-Hujurat:13)



Setel sesi taaruf , kami dibenarkan mandi sungai. Sejuk amat. tapi siyes best. tak nyesal mandi. Rasa tak mau naik.
Rest. Esok nak tawan Gunung Stong!

13 Mei 2016

Morning dari Kem Baha. sayang tak dapat nk tengok sunrise pagi ni sebab nak kena bersiap-siap untuk daki gunung. Kami perlu memasak untuk sarapan pagi dan lunchbox untuk dibawa bersama semasa hiking. memang agak tergesa-gesa juga kami masak, tp nasib baik siap tepat pada masanya sebab takut terlewat naik gunung. Grup aku just masak nasi, sardine dan telur 4 biji. Sebelum tu kami sarapan dengan air milo panas dan roti buat alas perut nak hiking.
So before start hiking, macam biasa ada sedikit taklimat ringkas dari Abe Yie. Katanya, “Korang kalau dah daki nanti, jangan fikir nak cepat, nak sampai puncak nombor 1 dan tinggal member di belakang. Jangan risau, kalau jd orang pertama sekalipun, tak ada awards pun. Bila kita dah kat atas, sentiasa pandang ke bawah. Dari mana kita berasal. Lagi satu, kalau kita tak dapat nak tolong orang lain, jadi jangan susahkan orang lain.” Ya, betul sangat pesanan Abe Yie tu. If anythings come up, setelkan cepat2.  Sayangnya dua orang peserta tak dapat join tawan gunung hari ini sebab ada masalah kesihatan. Mereka hanya akan tunggu di Kem Baha. Biasanya  perjalanan daki gunung dijangka ambil masa 5-6 jam untuk reach a peak. tu pun bergantung pada kecepatan and stamina masing-masing.
Jam 9.00 pagi kami dah mula mendaki. Tak sampai kemana-mana lagi aku dah semput. Haha jalan memang tak ada yang rata weh. Tapi kaki tetap berjalan. Aku rasa ari ni much better dari semalam sewaktu mendaki dari kaki gunung menuju Kem Baha. Sempat jugak la aku kutip daun kering dibuat kipas. Panas semacam rasanya walau sekeliling dipenuhi pokok hutan. Pukul 9.30 macam tu kami sampai di air terjun Sungai Rantai. Jernihnya air mengalir di celah-celah batu. Aku menapak di atas batu-batu kering untuk ke seberang dan take 5. Botol air diisi penuh untuk perjalanan seterusnya.

air terjun Sg Rantai
Yaya sempat pesan, ‘korang jalan cepat la sikit. Jangan terlalu banyak berhenti. Sebab bila kita cepat, maka lama la kita dapat rehat. Hemmm terinspirasi la jugak. Tak pe, nanti aku cuba. Dari Sungai Rantai, kami kena panjat tangga yang tinggi. Haaaa part ni aku suka, jalan ke Kem Balak memang terbaiklah, jalan rata. Memang aku dan kak bie jalan penuh santai tanpa rasa semput, tak penat pun. Tak ada orang pun di depan dan belakang aku, tapi Subhanallah rasa tenang aje. Tak ada sedikit pun rasa takut, malah yakin aku selamat. Aku borak-borak dengan Kak Bie sambil menghirup udara segar yang jarang aku dapat sebelum ini. Bunyi ungas dan kicauan burung yang menemani kami memang indah.
Jam 10.15 kami tiba di perhentian Kem Balak. Tempatnya lapang dan sedikit luas.  Aku ada tanya Ust Zul, kenapa tempat ini dinamakan Kem Balak dan katanya kerana dulu-dulu lori balak masuk ambil kayu balak disini. Ishhh heran betul acane lori boleh sampai ke atas ni. Tinggi pulak tu + kena redah sungai. Kat sini kami berhenti lama sikit untuk bergambar sambil menunggu peserta-peserta lain yang masih ramai di belakang.


10.55 kami teruskan kembali perjalanan. Haa kali ini, jangan mimpi nak selalu ada tanah rata. Nama pun gunung yang sememangnya sifat gunung itu tinggi menegak. Makanya, jalan semakin sukar. Panjat memanjat sekejap ada turun dan ada naiknya.  Jam 11.06 kami sampai di tempat terakhir punca air. Peluang ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh peserta untuk isi botol kosong sebaik mungkin sebab lepas ni dah tak ada air sehingga ke puncak dan turun balik. Kalau congak2 dalam kepala, lagi 3 jam untuk sampai ke puncak. Itu pun kalau kaki power. Alamak, aku kena berjimat dengan air ni.
Trek sungguh mencabar. Sekejap panjat batu besar, sekejap panjat akar-akar kayu yang berselirat (juz like wall climbing gittew) dan sekejap kena panjat batang pokok besar yang melintang trek perjalanan kami. Oh penuh onak ranjaunya. Sekejap berjalan dan sekejap berhenti. Sungguh tak tahan. 
 
penuh dengan akar berselirat




Selepas sejam yang penuh liku, aku sampai di sebuah perhentian berdekatan sebuah batu yang besar. Fasi kata ini perhentian Sang Kelembai. Baru aja aku nak duduk, team yang sampai awal tadi dah nak gerak. Aduhaiiiii… tak larat. Biarlah dorang gerak dulu. Aku ambil Ameltz Yoko Yoko dan sapu di seluruh tempat yang sakit2 dan lenguh. Berangin, lega sikit. Teruskan perjalanan.
Sang Kelembai
Jalan punya jalan, entah berapa kali aku berhenti pun aku tak tau. Kak Bie peneman setia. Aku ingat aku aje macam tu, rupanya ramai lagi di belakang yang tercungap2 tak cukup nafas. Then, kami terpaksa lalu di atas satu batang balak yang cukup besar. Kalau sebelum ini, para peserta terpaksa merangkak dan mengensot diatas batang balak itu sebab di khuatiri jatuh, tapi kami Alhamdulillah dah ada pukat sebagai tempat bergantung.
Bau sardine dalam beg tu seakan-akan mencucuk perutku. Lapar lah pulak. Mana taknya, dah dekat zuhur ni. Alhamdulillah tepat azan zuhur jam 1.10 kami sampai di perhentian last sebelum sampai ke puncak. Lapar, penat. Dan aku memang tak tahan. Asal fasi lalu, kami mesti tanya, lambat lagi ke, jauh lagi ke, pukul berapa nak sampai???
Dan jawapan yang kami terima, dah dekat, sikit aje lagi, bertahanlah. Tu dah nampak pun puncak gunung, korang kena kuatkan semangat. Then kami pun bersemangat sekejap.
Bila aku dan kawan-kawan patah semangat, aku sering ingatkan, ‘kalau aku tak sampai kat puncak Stong, malulah pada baju yang aku sedang pakai ni. Lagipun aku dah daki sejauh ini, sikit saja lagi menuju kejayaan.’ Dengan itu aku kuat kembali walau sering take 5 yang tak abes-abes.
Dan jalan kali ini lagi menggerunkan malah buat jantung aku bagai disentap2. Fuhhh tinggi dan kena berpaut pada akar2 yang berselirat. Gaya dah macam spider man waktu tu. Bila dah naik dengan susah payah macam ni, aku rasa malas nak turun kebawah.
Cuaca kat atas ni makin sejuk dan udara yang bertiup membawa angin segar. Once aku baru nak labuhkan punggung, Guider cakap, awak akan menyesal sebab berhenti kat sini, padahal puncak Stong dah ada kat depan tu. Apalagi, tenaga seakan di recaj kembali. Ku gagahkan kaki untuk bangun dan berjalan walau terketar2 dek lapar dan penat.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar. Nikmat mana lagi yang engkau dustakan? Puncak gunung dah depan mata, tunggu nak panjat ke batu besar aje. Atas nasihat kawan2 , kami yang dah sampai makan dahulu di bawah puncak. Disebabkan dah terlalu lapar dan penat, aku dah xder selera nak makan. Jamah sikit je buat alas perut.
Selepas tu, kami panjat puncak Gunung Stong, and here we are!!!!!
Nah nak belanja gambar di puncak. Tak mau cakap banyak. 
 
yessss, kami berjaya..



my team members


nyaman amat. depan aku tu Gunung Ayam




fuhhhh angin bawalah rindu ini buat teman2

Sampai ikat2 kasut kak bie and hanis sebab dah nganga

rest kaki sat

ni fasi lelaki ya. bukan beliawanis

Bila duk atas ni siyes tetiba rasa gayat macam nak jatuh ke kaki gunung. Cantiknya view dari atas, nampak pokok menghijau, Gunung Ayam.
Pukul 3 aku turun berehat di bawah pokok. Paling depan berbanding orang lain sebab nak sapu ubat pada kaki. Tetiba dengar suara tangisan. Cer teka siapa? No no, Gunung Stong tak de benda pelik2. Suara kak Ira yang baru sampai. Teresak2 dia nangis, terharu mungkin. Tahniah kak Berjaya juga sampai even lambat. Usaha tu penting, tak putus asa.
Pukul 3 lebih kami mula berjalan turun. Ramai bergerak laju ke depan, tapi bukan aku. Bila menurun ni, ujian dia berbeza dengan sewaktu mendaki. Rupanya lagi seksa menapak turun kerana kaki akan mencengkam dan ibu jari kaki membengkak. Sakit amat. Baru sedikit kami berjalan, cuaca mula berubah. Awan berarak mendung diikuti angin ribut. Hujan turun dengan lebat. Allahu, ujian buat kami semua. Kesejukan teramat. Trek mulai licin dengan jalan yang basah dan daun2 yang basah. Seringkali kami tersadung kaki.
Tetiba sebatang pokok tumbang berhampiran tempat kami sedang berjalan. Guider mengarahkan kami semua untuk berhenti sebentar di bawah sebatang pokok besar sementara menunggu hujan reda.
Perjalanan diteruskan even jalan dah tak selancar tadi. Ust Zul bagi tongkat dia untuk aku guna, padahal aku dah ada kayu untuk bertongkat. Alang2 dia beria menghulur, aku terima ja sebab kaki dah parah. Ops, lupa nak cakap, Ust Zul ni exMudir TQM. Memang dia sorang yang hepi, sempoi dan baik.
Jam dah hampir ke pukul 6.15 petang. Kami sampai di Gua Bogor. Bersolat di dalam gua. Tak lama pun kami disitu. Usai solat terus gerak. Aku gerak dengan Kak Bie. Ramai lagi yang masih dibelakang bersama fasi. Aku terpaksa jalan awal sebab kaki sakit. Terlalu kecil langkah yang boleh dibuka. Jalan punya jalan, aku dah tak banyak berhenti sebab hari makin gelap. Aku tak nak bermalam di tengah2 hutan. Kami ready dengan head lamp. Kali ini Kak Saadah (fasi) ada menemani aku dan Kak Bie. Kak Saadah cakap, sikit lagi nak sampai ke Kem Baha sebab dah kedengaran bunyi air terjun. Kebiasaan Kak Saadah bawa peserta lepas, diorang kemalaman di hutan dan tiba di kem baha paling kurang jam 9 malam.
Azan maghrib sayup-sayup kedengaran. Jalan makin kabur, hanya head lamp menjadi penyuluh saat ini. Yess, kat depan dah ada papan tanda KE KEM BAHA. Arah kanan. Alhamdulillah. Jam 7.50pm aku, kak bie dan kak saadah tiba di Kem Baha.
Penat turun dari gunung sampai kem baha. en Farmi snap picture pulak

 Sampai aje di khemah, Yaya dan Hanis dah siap masakkan maggi telur. Baunya betul2 menyengat hidung. Tapi aku tak sentuh bnayak pun sebab aku tak makan sangat maggi yang diletak telur.
Malam kedua ni, kami tak banyak aktiviti melainkan aktiviti peribadi. Kami dibenarkan berehat. Selesai membersihkan diri, ambil air dari sungai, kami masak nasi dan goring ikan kering. Perghhhh betul2 berselera kali ini. Bayangkan dalam kesejukan, kita makan nasi panas dan ikan kering. Yum yummm. Deliciousssss! Last, kami masak air dan buat tea o panas, then bila siap tea o semua masuk khemah dan tidur. Maka tinggallah tea o tu kat luar sampai pagi. Hahha sejuk sangat punya pasal+ mengantuk.
Malam yang sangat dingin. Beberapa kali aku terjaga sebab terlampau sejuk sampai terketar2. Badan xdapat bergerak banyak sebab kesakitan panjat gunung. Stokin tebal yang membaluti kaki tak mampu menampung kesejukan. Tapi mata tetap tak mampu nak buka sebab penat sangat2.

14 Mei 2016 | Last day

Allahu Akbar. Pagi ni celik je mata, badan langsung tak leh nak gerak. Macam mana ni? Sekejap lagi nak siap2 masak dan berkemas untuk turun ke kaki gunung. Aku tanya kawan2 dari khemah lain kot2 dorang ada panadol. Alhamdulillah dapat 2 biji. Then aku sapu Yoko Yoko seluruh badan. Cuba gagahkan diri jugak ke bilik air dan tukar gas kecil tu sebab dah totally out.
Syukur dapat juga melangkah even langkahan aku terlalu kecil. Dah macam orang beranak je lagaknya. Mungkin tadi urat2 aku terlalu tegang kesejukan semalam and now baru nak berfungsi balik. Lega.
Tapi, ada satu perkara yang amat menyedihkan. Sesapa yang dah sampai ke Kem Baha and tak tengok sunrise, memang dia sorang yang rugi. Dan, akulah orangnya.

Inilah keindahan Sunrise dari Kem Baha. Berdiri disisi awan.
 Kak Bie ada juga ajak aku tengok sunrise, tapi yela, tadi langsung aku tak boleh nak gerak. Seksa wooo.. team aku semua tak pegi sebab sibuk mengemas. Orang lain pun sama. Rasanya tak ramai tengok sunrise. Nah, aku belanja jugak gambar sunrise ihsan dari cameraman kami En.Farmi. Subhanallah cantik kan. Macam diawang-awangan gitu. Awan tebal di kaki. Matahari malu-malu.
Main masak2

Sarapan kami.
Pagi ni kami masak nasi and kari ayam. Air milo panas.
 Lepas tu terus berkemas2, basuh bekas2 kotor and bergambar sat. Kami bergambar kejap di air terjun Kem Baha sebagai ubat tak dapat tengok sunrise tadi.

Kat belakang kami ada air terjun

perghhhh udara pagi yang segar. berkabus tebal. kat atas tu ada Telaga Tujuh
Jam 10.15 pagi kami bertolak turun dari kem baha. Dan seperti yang aku cakap tadi, langkah aku perlahan. Sepanjang perjalanan menurun itu amat menyeksakan aku. Sungguh aku tak tahan. Biarlah semua orang mendahuluiku. Aku tak kesah pun. Lagipun ramai lagi di belakang. Kalau trek yang turun mencuram, aku terpaksa bergerak mengundur. Macam budak baru belajar berjalan, itulah hakikat. Jalan balik kami tak ikut Air terjun Jelawang, tapi laluan jambatan gantung. Sebelum sampai ke jambatan gantung, jalan dari hutan nak turun ke air terjun sangat2 menjunam. Kami terpaksa pegang tali dan rantai besi kuat2. Sungguh part ni amat menggerunkan. Apa lagi, aku campak beg aku dari atas ke bawah sampai tergolek2 beg aku. Alhamdulillah nasib baik tak rosak beg tu dan hp aku.
12.15 baru aku sampai kat kaki gunung .  Aku terus buka kasut dan pakai selipar getah sebab dah tak tahan sakit. Ibu jari dah bengkak2 dan kuku bertukar jadi biru kehitaman. Dah ramai yang sampai awal dan sedang berkumpul di dewan makan untuk perasmian penutup oleh Ust Man.
After zuhur, majlis persamian penutup, ucapan wakil peserta (kak Samihah) dan pembahagian sijil. Dapat dua sisjil lagi. 1 dari Kerajaan Negeri Kelantan n satu lagi dari Pihak Jawatankuasa Gunung Stong sendri.


 Selesai majlis penutup, kami dijamu dengan Nasi Ayam dan solat zuhur. Jom balikkkkkkk!!!!
Nah itu aje aku nak cerita pengalaman aku. Siyes bila dah sihat balik aku rindu nak ke sana lagi.

 Aku rasa ingin sekali panjat kaki gunung sampai puncak lagi dan lagi.
Aku nak jumpa sunrise dan tatapya lelama,
 Aku nak rasa lagi air gunung yang sejuk dan dingin,
Aku nak rasa lagi nyamannya udara yang berhembus sepanjang aku dihutan.
 Aku nak dengar deruan air yang menampar batu-batu
Aku nak dengar bunyi burung berkicauan dan suara unggas.
Sungguh, aku rindu akan semua kenangan itu.
Sakit. Semuanya boleh hilang.
Kenangan?
Very priceless. Tak terjual dimana-mana pun.
Yang akan sentiasa dirindui.....

*Thanks semua yang terlibat.Yb Fattah Mahmoud, My team member, pihak UBes, fasi , guider, dan sahabat peserta yang lain. Tanpa kalian aku tak sampai kesana.