Thursday 29 September 2016

Mohon dana buat Adik Mimi

Assalamualaikum wbth..
Kalau semua masih ingat kisah anak saudara saya, Nur Hasmimie Abd Hamid yang mengidap Leukimia lebih 4tahun yang lalu.. Alhamdulillah, dia telah tamat rawatan terapi kemonya. Namun, perancangan Allah lebih hebat untuk Adik Mimi, dia mengidap Hepatitis C pula.

Jauh di lubuk hati saya, memohon dari semua, agar dapat membantu meringankan bebanan kos rawatan Adik Mimi kesayangan kita ini. Kos rawatannya sebanyak RM50,000.

Jika seorang derma seringgit pun i.Allah akan cukup untuk Kos perubatan Adik Mimi..Salurkan bantuan anda seikhlas mungkin, melalui akaun ibunya.

<BSN>
03092-41-00003101-1  Ramlah Binti Mohd Daud.
no tel 0176830429 Awatif (kakak) / 0142982008 Adik Mimi@Ramlah (ibu)

Ini bukan post minta tolong biasa yang kamu boleh ragukan spam, kita semua tahu kerana Adik Mimi, kempen #TravellingBeruang menjadi satu kejayaan..(pinjam ayat Ungku Ismail),

BANTU SEBAR JUGA.

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36)..

Tuesday 20 September 2016

THE HAMARE PROJECT COLLECTION



Assalamualaikum wbt. Apa khabar sahabat2? moga dalam redha Allah hendaknya... saya nak kongsi satu berita penting untuk semua iaitu satu penubuhan syarikat kecil kami, harap sudi membaca sehingga habis..

THE HAMARE PROJECT COLLECTION
(SA0390226-D)
 
HAMARE merupakan langkah permulaan 5 sekawan anak muda ke medan penulisan pentarbiahan santai dan dunia penerbitan seperti buku dan yang sewaktu dengannya.
MISI
Merealisasikan sesuatu yang berpotensi memberi manfaat kepada ummah melalui medium tinta pena atau penulisan dan media seperti poster, video, illustrator dan lain-lain.
VISI
Dengan Bismillah, Kepada Ummah, Untuk Lillah.
SASARAN
Khas untuk remaja. Umum untuk tatapan dan manfaat semua kerana seputar isu masyarakat yang semakin lama semakin parah.
HAMARE berasal daripada perkataan bahasa Urdu. HAMARE membawa maksud ‘kami’ atau ‘kita’. Perkataan ini dipilih sebagai nama tema kami kerana ianya digerakkan secara kerjasama 5 sahabat. Iaitu kami. HAMARE berkonsepkan labu dan pelepah pena atas beberapa aspek. Labu dipilih kerana ia sentiasa berusaha untuk hidup. Walau sering terhalang oleh batu-batan, batu kerikil dan batang pokok, namun, ia terus menjalar menyebar manfaat dan hidup membesar. Pelepah pena pula merupakan medium kami untuk menyebarkan manfaat melalui tinta pena.
Misi kami besar dan kami baru bermula step by step dari bawah. HAMARE terdiri daripada  2 orang penulis blog iaitu saya dan seorang sahabat, Pencari Cinta Ilahi, seorang sahabat jua pelukis illustrator dan minat serta berbakat dalam seni khat serta dua orang sahabat yang cenderung dan berbakat dalam Multimedia dan Editing sebagai Graphic Designer HAMARE.

HAMARE diasaskan untuk membantu mengasah bakat kami berlima supaya dapat  menghadiahkan sesuatu pada ummah mengikut keperluan dan kemampuan kami sendiri. HAMARE bersedia menerima tempahan rekabentuk untuk banner, poster, bunting dan yang berkaitan dengannya. HAMARE juga bersedia menerima tempahan Penanda Buku Kaligrafi Ringkas (Hand-made) untuk anda. HAMARE juga sedang dalam proses akhir untuk menerbitkan sebuah buku sulung yang menggabungkan dua tajuk iaitu ‘Hidayah Di Balik Gerigi Besi’ dan ‘Shameless’. Insya-Allah, penerbitan buku secara ‘self-pubish’. Kami menerima tempahan design (design sahaja) dan button badge (design&printing) untuk semua majlis atau program untuk menambah dana misi kami ini.
Buku ini memberi pendedahan dan perkongsian berkaitan dengan realiti kehidupan khususnya buat remaja. Buku ini berbentuk santai tetapi penuh dengan isi yang hendak disampaikan melalui kumpulan cerpen. Istimewa diselit bersama beberapa karya illustrator team HAMARE sendiri. Doakan semoga projek HAMARE ini berjaya, mendapat sokongan dan semakin lebar serta luas empayarnya sebagai salah satu usaha dakwah kami untuk ummah. Insya-Allah.
Misi besar kami ingin menyampaikan sesuatu yang bermanfaat khususnya kepada golongan sosial seperti LGBT, obsess hiburan, putus asa di jalan kebaikan dan banyak lagi.  Ada antara kami yang memiliki sedikit pengalaman bersama dekati dan berpogram dengan golongan Mak Nyah sebegini. Kami juga ingin muda-mudi kini untuk dapatkan karya kami kerana cerpen santai berbentuk realiti ini adalah hasil keadaan sekeliling. Ada solusi yang ingin dikongsi bersama. Akhir sekali, misi kami adalah untuk memanfaatkan minat dan bakat kami ke arah dunia dakwah, sebagai bekalan bila kami sudah tiada di dunia yang fanaa’ ini. Namun, tulisan dan lukisan dakwah ke arah kebaikan terus ada dan hidup subur tersebar.

Doakan kami!
Jika ingin tahu siapa kami, siapa HAMARE ini dengan lebih lanjut, nantikan buku sulung terbitan HAMARE! Ada pengenalan ringkas berkenaan profil diri team HAMARE. Jika anda sudah baca posting ini, sila komen ‘Saya dah baca..’ dan kenalkan sekali diri anda, dari mana, untuk saya kenal dan tahu tentang pembaca blog saya. Terima kasih buat semua!
#SupportHamare
#ProjekHamare
#ProjekDakwah


LIKE& SHARE FB PAGE : Hamare
FOLLOW INSTAGRAM : Hamare.Official
FOLLOW TWITTER : @Off_Hamare