Sunday 20 October 2013

Sekecil-kecil pertolongan


Assalamualaikum semua. Kita baru sahaja melepasi fasa Aidul Adha@ hari raya Haji. Beruntung bagi mereka2 yg terpilih untuk menjadi tetamu Allah. Semoga hajinya mabrur=) amin…
As we know, kama arofna…  aidul adha juga sebenarnya dikaitkan dengan erti pengorbanan.. hmm pernahkah kita berkorban demi Islam walaupun hanya sedikit sebelum ini?
Tidak kiralah apa jua pengorbanan sekalipun, janji membawa pada kebaikan, itu sudah dikira 1 pahala yang ckup besar disisi Allah. Alaisa kazalik??
Nak kongsi sedikit berkenaan 1 cerita, walaupun seringkali kita dengar namun jarang sekali kita nak hayati betul2.
Dahulu ada seekor burung pada zaman Nabi Ibrahim A.S yg cukup berani, hebat dan menginsafkan. Tahukah kita apa peranan burung itu??
Semasa Nabi Ibrahim dibakar hidup2 dalam api yang sangat marak oleh raja yg zalim si Namrud, tiba2 ada seekor burung yang asyik berulang alik ke lautan dan membawa air diparuhnya lalu cuba memadam api yang sedang marak membakar badan Nabi kekasih Allah.
Tiba2 ada 1 suara yg menegur perbuatan  si burung kecil itu…
“Hey burung. Hentikanlah perbuatanmu itu. Aku lihat sia2 belaka. Air yang sedikit itu takkan mampu utk memadam api yang besar.” Sindir suara itu…
“Wahai suara….. padam tak padam bukan kerja aku. Padam tak padam adalah kerja tuhanku. Aku takut nanti di akhirat kelak, apabila ditanya  apakah usaha yang aku cuba lalukan lalu aku tidak mampu menjawabnya. ” jawab si burung yang baik hati.
Burung yang kecil itu sedar akan tanggungjawabnya dan takutkan Allah. Sedangkan dia seekor  haiwan yang tidak berakal. Malah kita??hmmm fikirlah sendiri.
Pada pandangan insan, memang usaha yg sedikit itu tidak dipandang, namun disisi Allah ganjarannya cukup besar.
Jadilah kita seperti sang burung yang membantu Islam.
maka barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan mendapat balasannya.” (Al-Zalzalah:7)
Atau kita ingin seperti sang suara jahat yang sering menghasut orang2 lain dalam mengerjakan kebaikan??
“dan barangsiapa mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, nescaya dia akan mendapat balasannya.” (Al-Zalzalah:8)
Jika kita tidak mampu untuk membuat 1 kebaikan, bantulah didalam doa. Doa itu senjata bagi org2 mukmin. insyaAllah dengan doa yang sedikit, Allah akan kabulkan kerana Dia itu Pengasih dan Penyayang terhadap hambanya.
Bersangka baiklah dengan Allah.
Ana inda zonni ‘abdi bi..aku bersma sangkaan hambaku:hadis qudsi.
http://www.youtube.com/watch?v=Z4ciJSkxkUA

Wednesday 9 October 2013

Pemilihan Pemimpin tanggungjawab bersama!

PEMILIHAN PEMIMPIN.


Debaran Pilihan Raya Kampus (PRK) makin terasa. siapakah yang bakal naik menjadi barisan2 MPP sterusnya kali ini??? question mark in my mind. apa-apa pun, kita yang memilih.

 "Dan ingatlah ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat perintah dan larangan (amanat), lalu Ibrahim melaksanakannya dengan baik. Allah berfirman: Sesungguhnya Aku akan menjadikan engkau pemimpin bagi manusia. Ibrahim bertanya: Dan dari keturunanku juga (dijadikan pemimpin)? Allah swt menjawab: Janji (amanat)Ku ini tidak (berhak) diperoleh orang zalim".(Al-Baqarah:124)

Sejarah islam telah melahirkan ramai pemimpin-pemimpin islam yang terkemuka yang mana telah mengangkat darjat dan nama islam dipersada dunia. Antaranya ialah, Sultan Muhammad Al-Fateh yang banyak memberi sumper aspirasi kepada setiap jiwa-jiwa muda yang ingin  bergelar seorang PEMIMPIN. Dalam usia setahun jagung, Sultan Al-Fateh, bukan sekadar menjadi seorang pemimpin, malah berjaya merialisasikan sabda Rasulullah yang berbunyi:
لتُفْتَحَنَّ اْلقُسْطَنْطِنِيَّةُ فَلَنِعْمَ اْلأَمِيرُ أَمِيرُهاَ وَ لَنِعْم   الْجَيْشُ ذَلِكَ الْجَيْشُ                   
umat islam sebelumnya berlumba-lumba untuk membebaskan konstantinople bagi mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah dalam hadis tersebut. Banyak percubaan telah dilakukan sehingga ayahandanya sendiri juga tidak berjaya.
Apakah kekuatan yang ada di sebalik anak muda yang bergelar Al-Fateh??
Sudah tentu, Allah lah yang menjadi kekuatan baginya dan Quran dan Sunnah yang memandu langkahnya.
Seorang pemimpin yang berjaya itu haruslah mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi, dan sifat-sifat yang terpuji lainnya. Pemimpin yang baik juga akan sentiasa bersedia fizikal dan mental sebelum bertindak agar tidakan yang diambil tidak tersasar dari matlamat.
Bahkan Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri merancang pelbagai strategi sebelum menakluk konstantinople.
Memang diakui terlalu sukar buat masa sekarang untuk memilih pemimpin yang baik seperti yang digariskan dalam Al-Quran  apatah lagi seperti pemimpin agung kita Muhammad SAW.
Perlu kita sedari,dalam kita memilih pemimpin, ada tanggungjawab yang akan kita pikul di hadapan Allah terhadap apa yang kita pilih.
Disinilah pentingnya pemilihan pemimpin yang baik yang sesuai sepertimana yang dianjurkan oleh Islam.


Antara ciri-ciri pemimpin dalam islam ialah:
·        Jujur
·        Kompeten
·        Sumber inspirasi
·        Sabar
·        Rendah diri
·        Musyawarah
·        Mampu berkomunikasi dengan baik.

Usahlah kita menambah saham yang kurang baik pada diri sendiri kelak hanya kerana memilih pemimpin yang tidak selayaknya.
Ayuh, buatlah keputusan yang selayakknya. Berfikir sebelum bertindak!
Masih wujudkkah Al-Fateh pada generasi ini untuk membuka pintu-pintu hati manusia kearah yang lebih baik??

Kitalah yang menentukannya!