Sunday 28 August 2016

Selamat jalan sahabatku....





Assalamualaikum... dah 3 bulan aku tak muat naik entry dalam blog.. sunyi sepi...bukan tiada apa untuk di ceritakan, malah banyak...cuma kekadang feel utk menulis itu tiada.
Namun, kali ini aku harus tulis entry ni.

Allahu Rabbi... baru nak start, lidah dah terkelu..macam mana nk mula..

Pagi td, macam biasa.. area kul 8 mcm tu, aku on wasap..tgk sikit2 wsap smlm yg tak terbaca. 

Bukak wsap grup, kawan aku sorang dapat anak kedua.. baby girl... Tahniah...
Then tetiba dr grup yang sama, sorang shabat cakap,.Saiful azim jatuh kerusi subuh tadi... Allah.. betul ke. So, aku pegi tanya kat grup kelas memandangkan Azim sekelas dgn aku.. lpas aku tnya, tiba2 najibah balas cakap Azim MENINGGAL DUNIA!

At first, aku baca tanpa perasaan. Kosong. Ya, aku trkejut. Sampailah aku ulang baca berkali2... aku tnyakan kawan yang lain, mereka sohihkan berita itu. Pada masa sama, adik arwah Azim balas di grup wasap cakap soheh abangnya telah kembali ke Rahmatullah.... Allahu.... Innalillahi wainna ilaihi rajiunn... speechless. Lidah kelu...
Air mata aku tumpah macam paip bocor. Azim rakan sekelas, teman seperjuangan, sefikrah sudah tiada lagi.. Aku tak berganjak duduk atas sofa sedangkan aku brjanji dengan Ruhil utk hantar borang ke JPN pagi ni.
Nasi goreng yang mak aku masak tak bersentuh, air yang aku dah bancuh se jug terbiar di meja. Memang hilang selera ku...

Aku scroll semua msg2 yg pernah beliau hantar sebelum3 ini... Benarlah kata orang, andai orang itu ada di depan mata, kita tak hargai...bila tiada tercari2...

Inginku kongsikan pesanan terakhir beliau yang amat menggetarkan hati...

Pesan sahabat.

Jangan biarkan dirimu terlalu lama bersama dengan mereka-mereka yang tidak melangsungkan kerja-kerja memenangkan Islam, serta memahamkan masyarakat perihal ajaran Allah dan Rasul.

Bukan apa, dibimbangi kelak nanti kamu akan dihinggapi penyakit yang sangat bahaya iaitulah, terputusnya diri dan hati daripada meneruskan kerja-kerja memenangkan Islam di atas muka bumi Allah ini.

Untukmu Sahabat.

Macam mana pun kita xbleh trima, inilah hakikatnya...Allahurabbi... sungguh mati itu sbaik2 peringatan bt kita smua...syg kita pda dia bgaikan keluarga...tp Allah jauh lbh syg pdanya... Allah ambil dia dlm.keadaan baik..sy bgga prnh jd kwn Azim... sy bgga😭😭😭😭😭😭
Ada shabat2 dpt lunaskan tgas trakhir sbgai shabat x?tg bleh trun ziarah trakhir bt arwah?

Sungguh aku tak mampu bendung perasaan ini lagi. Hampir setiap masa aku teringatkam detik2'berprogram bersamanya...
Kami bagaikan 1 keluarga...

Arwah seorang amilin yg cukup tinggi hamasahnya, istiqamah.. dan terbukti, Beliau dipanggil Ilahi dalam keadaan husnul khatimah. Istiqamah dengan perjuangan hingga ke akhir hayatnya..
Sungguh aku cemburu dgn beliau.. tapi itulah selayaknya...

Ramai kawan yang turun utk ziarah terakhir.. Aku tak mampu nak ikut serta.. maafkan aku sahabat..
Hingga ke saat entry ini di tulis, aku masih sukar untuk percaya bahawa kau tiada lagi di dunia ini...
Dunia kita sudah berbeza... ya, engkau di taman syurga sana... Ramai yang datang solatkan jenazahmu... mendoakanmu...
Kerana perjuanganmu, Allah angkat tinggi darjatmu dengan memuliakan kematianmu... Allahu Akbar.. maha Agung kuasaMu!

Saat aku buka FB. Hati bagai disentap2. Hampir kesemuanya berkongsi.tentang kematianmu...
Air mata turun lagi.. tak mampu nak scroll semuanya... aku tutup cepat2..  semua bicara soal sama. 

Memang betul, ramai yang mampu bersabar tapi tak ramai yang mampu redha dgn ujian ini.. aku cuba utk redha, tenangkan hati... tembakkan doa sebanyak mungkin buat beliau disana..

Malam ini malam pertamanya di barzakh. Aku yakin beliau ada tempat terbaik disisi Allah bersama org2 mukmin yang lain. Aku yakin itu.

Aku harap sangat mampu istiqamah seprtimu... bintang agama... 

Itulah memoir seorang pejuang... terkenal di langit dan di bumi... insyaAllah...

Benarlah, kematian banyak mengajar kita... 
Ubah lah walau sedikit...

Selamat jalan sahabat ku...

Almarhum Saiful Azim. Moga tenang di tempat rehat yang abadi...

28 Ogos 2016..

No comments:

Post a Comment