Wednesday 2 June 2021

Buku Selamat Tinggal Purnama karya Teme Abdullah.

 

Serius nak bagitahu kamu semua, baca buku Teme  boleh jadi makin 'stress'.

Hurm...

Mana tak stress kalau lepas baca tu nak baca lagi, nak baca lagi🥴

Sejujurnya Buku [Selamat Tinggal Purnama] Strain Pertama dan Strain Kedua ni aku beli tahun lepas. 27 Okt 2020. Ambil masa yang lama untuk baca sebab bertangguh.

26 Mei 2021 Teme lancarkan 2 buah buku baru lagi. Kapal Terakhir Di Dunia. Disebabkan nak beli buku baru tu, aku perlu habiskan bacaan buku lama.

Jadi aku kosongkan fikiran, tarik nafas dan mula baca. 2 hari setengah jer siap dua buah 🤯

Sebab apa cepat sangat tu? Macam aku bagitahu awal-awal, bila baca tu susah nak jumpa titik dan makin stress nak tahu apa kejadian selepas itu. 🤭

Buku-buku Teme ni menarik sebab:

1. Sesiapa yang baca buku-buku Teme sebelum ini, pasti kenal gaya penulisannya yang sentiasa berfikir di luar kotak. Seperti buku Empayar, buku STP ini Teme membawa kita kenal satu dunia baharu yang sangat berbeza dengan dunia yang kita diami hari ini.

Negara tersebut bernama Nusaraya, serba canggih, hidup dengan segala aplikasi dan nyawa manusia bergantung pada mata kredit. Maknanya, kalau mata kredit kau habis, tamatlah riwayat.

2. Susunan plot cerita yang terancang dan digarap dengan sehabis baik. Jadi kita baca cerita yang tersusun elok ni, kita akan lebih menjiwai jalan cerita. Maka akan muncullah pelbagai perasaan dalam diri seperti marah, sedih, suka, kecewa dan tertekan. Itulah yang aku rasa sewaktu menghabiskan STP.

3. Sebagaimana penulisnya seorang yang berimu dan berpendidikan tinggi, begitu juga dengan karyanya yang diselitkan dengan ilmu dan nilai. Walaupun ianya sekadar novel fiksyen yang tak menyentuh soal keagamaan pun, tapi nilainya sangat tinggi.

4. Plot twist yang cukup hebat. Tak dinafikan, semua pembaca inginkan sebuah pengakhiran cerita yang cukup indah.

Sebelum pengakhiran Strain Kedua, pembaca disajikan dengan sebuah kesedihan atas kehilangan. Tapi plot berubah 100% di titik-titik terakhir. Dari situ kau akan cari semula perkaitan dari awal-awal cerita.

5. STP sesuai diangkat sebagai filem/drama memandangkan cerita ini pun berkisar tentang dunia anak seni yang popular.

Ianya boleh juga dijadikan sebagai satu teguran buat semua golongan yang terlibat dengan dunia seni.

.
Ini hanyalah pandangan mata kecil aku untuk buku Selamat Tinggal Purnama.

Perasaan setiap kali habiskan bacaan buku-buku Teme, aku sering mengharapkan ada sambungannya lagi dan lagi. Ideanya sangat segar.

Cukup dulu untuk #reviewbuku kali ini. Kalau rajin aku cuba riview buku lain lagi. Ini sempena menyahut seruan sifu Izzul Islam Shuhaimi untuk buat headline yang hook dan penulisan guna nombor 🤣

Entah jadi ke tidak, mohon ampun maaf dan tunjuk ajar lagi sifu. Terima kasih🤗

Yang belajar membaca dan menulis,
Siti Nor Hayati ✅

No comments:

Post a Comment