Thursday 29 September 2016

Mohon dana buat Adik Mimi

Assalamualaikum wbth..
Kalau semua masih ingat kisah anak saudara saya, Nur Hasmimie Abd Hamid yang mengidap Leukimia lebih 4tahun yang lalu.. Alhamdulillah, dia telah tamat rawatan terapi kemonya. Namun, perancangan Allah lebih hebat untuk Adik Mimi, dia mengidap Hepatitis C pula.

Jauh di lubuk hati saya, memohon dari semua, agar dapat membantu meringankan bebanan kos rawatan Adik Mimi kesayangan kita ini. Kos rawatannya sebanyak RM50,000.

Jika seorang derma seringgit pun i.Allah akan cukup untuk Kos perubatan Adik Mimi..Salurkan bantuan anda seikhlas mungkin, melalui akaun ibunya.

<BSN>
03092-41-00003101-1  Ramlah Binti Mohd Daud.
no tel 0176830429 Awatif (kakak) / 0142982008 Adik Mimi@Ramlah (ibu)

Ini bukan post minta tolong biasa yang kamu boleh ragukan spam, kita semua tahu kerana Adik Mimi, kempen #TravellingBeruang menjadi satu kejayaan..(pinjam ayat Ungku Ismail),

BANTU SEBAR JUGA.

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36)..

No comments:

Post a Comment