Thursday 29 August 2013

Di manakah tahap kita?



Assalamualaikum sahabat2. Apa khabar semu? Aku tetap disini. Namun bkn itu yg nak di bincangkan.
Result student uni  bru jer keluar pg tadi. So , mcam mana semua?? Memusakan? Memuaskan atau tidak, itulah natijah kita. setakat itu juga lah usaha kita…
Kekadang kita berusaha sehabis daya, namun result yang kita genggam still unexpected. Kenapa boleh jadi macam tu? Semua itu kuasa Allah untuk menguji kita. usahalah setinggi apa pun, yang penting, pergantunggan kita pada tali2 ALLAH usah kita lupa.
Ada juga yang tidak seberapa usahanya, pun sama… hasilnya lumayan. Tidak adilkah Allah itu?
Tidak sesekali. Allah itu Maha Adil dan tiada yg lain. Allah itu sungguh adil kerana Dia bukan melihat pada natijah sesorang itu, akan tetapi pada USAHA yang telah dikerjakan.
Bicara mengenai result yang baru saja kluar, kita sering kali kufur dengan apa yang kita dapat. Tidak sedikit pun meredhai dan bersyukur dengan apa yang dikecapai. Sebagaimana maklum,4.0 angka yang ckup dibangga2kan oleh smua plajar. Namun slagi tidak mncapai tahap itu, kita mersa bgitu terhina.
Result 3.0 kbawah: orang ckap tahniah n terus berusaha. Jwabnya, ala kamu smua lainlah. Bijak2 semuanya. Tak macam aku….(bukankah Allah cipakan manusia itu dengan akal. Dan dengan kurniaan akal itulah yg membezakan kita dengan makhluk lain. Jadi disini, tiada siapa yang boleh mengatakan dia itu bodoh selagi belum berusaha.)
Result 3.1-3.5: hurmmm sedih sebab tak dapat capai apa yang diimpikan, DEAN LIST! Sedangkan keputusan itu sudah cukup membanggakan.
Result 3.6-3.9: ala, sedihnya tak dapat 4.0. bermuram durja…
Aduhai nafsi, dimanakah tahap syukur kita sekarang? Entah di mana…. Sentiasa tidak berpuas hati dengan apa yang dikecapai lalu kufur akan nikmat!
Nah, ambik buat peringatan diri sendiri yang seringkali lupa utk bersyukur dan berterima ksih pada Allah.
Dengan masa yg masih ada, kita belum telambat untk mengejar apa yg kita inginkan. Usah persiakan masa yang ada sekarang.
“Demi masa. Sesungguhnya manusia kerugian. Melainkan yang beriman dan yg beramal soleh serta yang sentiasa berpesan-pesan untuk kebenaran dan berpesan-pesan untuk kesabaran. ”(al-Asr:1-3)
Tahniah n alfu Mubarak buat semua kwn2 yang brjaya mendapatkan natijah yg baik. Yang kurang baik mcm sy, alhmdlillah jugak..jom sma2 kita tingkatkan diri dan prestasi utk berdepan sem baru ini! Ayuhhhh…
Kak Aishah, tahniah 4.0… arap diri ni boleh mncontohimu. Bukan untk bangga diri, tapi penguat diri..

Thursday 22 August 2013

Disinilah Bermulanya!


Desember 2005

Seawal pagi kakak ku mengejutkan aku bangun dari tidur. Hari ini aku akan menjejakkan kaki ke Sekolah Menengah Ugama Arab Azhariah atau nama singkatannya SMUAZ. Aku akan menghadiri satu kelas intensif musim cuti persekolahan untuk mempersiapkan diri sebelum memasuki tingkatan satu. Sebetulnya, kelas ini bukan diwajibkan, namun sekadar persediaan awal untuk mempelajari asas-asas bahasa arab dan matapelajaran lainnya.
Berdebar, takut, malu dan pelbagai rasa bercampur baur menyebabkan perut rasa memulas. Namaun, aku tidak mahu menghampakan harapan kakak yang mahu menghantarku. Hujan turun mencurah-curah diluar rumah langsung tidak mematahkan semangat dia. Almaklumlah, musim tengkujuh di hujung tahun.
Kami hanya menaiki teksi ke SMUAZ. Tidak sukar untuk mendapatkan teksi di desa ini. Perjalanan dari Kg Bukit Tanah ke SMUAZ Melor hanyalah sejauh 4 kilometer.  Kakak mengajarku cara-cara menaiki teksi agar lebih mandiri di masa mendatang.
“Hah, termenung apa lagi. Kita dah sampai pun. Jom masuk.” Teguran kakakku menyambar cuping telinga.
“hmm okay” aku hanya membuntuti langkah kaki kakakku.
Melewati bangunan-bangunan SMUAZ sungguh mendebarkan. Semuanya tertulis dalam bahasa arab. Sungguh aku tidak faham pada ketika itu hatta perkataan ‘idaroh’ yang terpampang di pintu pejabat pun aku tidak mengerti. Disebabkan kejahilan itulah memaksa aku memasang tekad untuk bersungguh-sungguh mepelajari bahasa arab.
Kini, aku berdiri di depan pintu kelas. Kakak mengetuk pintu, ketika itu, hanya ada beberapa orang pelajar perempuan didalamnya. Masih terlalu awal barangkali. Seorang pelajar menghampiri. Bertudung labuh dan berkulit putih. Dia menyalami kakak dan menghulurkan tangan padaku.
“Yati, ni anak ustazah Masyitah. Che Norina.” Ucap kakak.
Kami berbalas senyuman. Cantik namanya. Empunya badan juga nampak juga nampak ramah.
“Kalian bersahabatlah ya. Ina, tengok-tengokkan yati juga ya.” Pesan kakak sebelum meninggalkan aku di kelas itu.
Hari pertama di kelas intensif, tidak banyak yang dapat aku belajar. Sekadar berkenalan dengan madah-madah baru dalam hidupku. Kawan aku bertambah. Syamira, madihah, suziena. Namun aku masih lagi menyendiri.
Keesokannya, kawan rapatku semasa disekolah rendah turut serta ke kelas intensif. Alangkah sukanya aku pada waktu itu. Siapa lagi kalau bukan Fithri Yaani. Nama manjanya Kucik. Hari-hari seterusnya, tidaklah aku kesunyian.
Pada hari seterusnya, aku melihat seorang pelajar perempuan bergaduh dengan beberapa orang pelajar lelaki. Namun tidak berani menegur lebih-lebih lagi pelajar perempuan itu nampak agak garang.
“biar sajalah Kucik. Hal mereka. Jom pergi kedai sebelah. Beli donut.” Hujan-hujan macam ni, makan apapun semuanya sedap.
Nak dijadikan cerita pada hari itu, Kucik memakai sehelai tudung Akel yang sama corak dan warnanya dengan seorang pelajar perempuan yang bercermin mata. Apalagi tersenyum-senyumlah mereka berdua sehingga membawa pada satu perkenalan. Fatma Husna namanya. Ketika itu aku mula bersahabat baik dengan Fatma, Kucik dan Norina. Setelah sebulan belajar intensif, maka tamatlah kursus itu. Lagi dua hari aku akan mendaftar di sekolah yang sama.
Satu petang, Aida datang kerumahku bersama ibunya. Bertanyakan perihal sekolah yang akan aku jejaki. Lalu aku mengajak Aida ke sekolah yang sama. Tidak dijangka, aida langsung bersetuju. Alhamdulillah. Bertambah lagi seorang.

Januari 2006

Hari pendaftaran sekolah !!! macam ragam dan kerenah boleh tengok pada hari pendaftaran. Semuanya muka-muka suci lagi. Nampak baik semuanya. Alhamdulillah berjalan lancar proses pendaftaran. Jiran sebelah rumah aku turut mendaftar di SMUAZ, Zull.
“Yati, meh saya perkenalkan kawan-kawan yang lain. Ini Aisyah.” Norina perkenalkan aku dengan pelajar yang dlu pernah bergaduh degan budak lelaki sewaktu kelas intensif. Kami bertukar salam. Senyuman manis terukir dibibir. Ramah juga rupanya. First impression nampak agak sombong dan garang. Betullah, selemah-lemah ukhwah adalah bersangka baik dengan saudara kita.
Aku, Kucik, Aida, Norina, Fatma dan Aisyah mula bersahabat baik. Meja disusun rapat-rapat didalam kelas. Di meja belakang, Fatma berkenalan dengan si ayu, Amalina. Lalu bertambahlah ahli kumpulan kami kepada tujuh orang.

           
18 Mei 2006

            Hari berlalu silih berganti. Segala hujan badai ombak gelora sebagai pelajar sekolah agama di tempuh bersama-sama. Disaat itu aku dan seisi SMUAZ menjalani peperiksaan pertengahan tahun. Sekolah digemparkan dengan kematian seorang sahabat sekelas ku yang pulang keRahmatullah akibat kemalangan jalanraya sewaktu pulang dari sekolah. Lokasi kejadian berhampiran sekolah. Kepala arwah digilis bas Triton di tempat kejadian. Suasana sedih dan pilu menyelubungi sekolah lebih-lebih lagi kami yang sekelas dengannya di 1 Bukhari.
Sukar menerima kematian seorang rakan sekelas yang setiap hari bergelak tawa bersama-sama. Namun takdir Ilahi tiada siapa yang mampu untuk menghalang. Al-Fatihah buat Arwah Syukri. Moga dirimu tenang diSana. Dirimu masih sehelai kain putih tanpa kotoran apa pun.

2007

            Aku menjejakkan kaki ke tingkatan dua. Makin meningkat remaja. Persahabatan terjalin semakin erat. Berprogram bersama-sama dan buat kerja sama-sama. Ahli baru kumpulan kami bertambah dua orang pada tahun ini. Najihah dan Hafizah.
Tahun ini, keluargaku berpindah rumah ke Pasir tumboh. Aku memberontak tidak mahu mengikuti mereka ke sana. Jika aku turut serta,itu bermakna aku juga turut berpindah sekolah. Oh no! tidak mudah bagi ku. Mujur aku dikurniakan seorang ayah yang memahami. Aku dibiarkan tinggal bersama nenek tiriku yang juga merupakan nenek tiri Zull. Syukur, Alhamdulillah!
Bermulalah kisah hidupku bersama nenek tiri. Tapi dia bukan nenek tiri yang jahat seperti yang dimomokkan dalam drama-drama melayu. Lantaran kehidupan keluarga yang agak susah, nenekku turut menyara persekolahanku.
Kucik, Norina dan Fatma dilantik sebagai pengawas. Hihi, tapi perangai tak ubah seperti biasa. Depends on time la. Kalau perlu bertegas, maka bertegaslah. Tahun ini kakak ku melanjutkan pelajaran ke Darul Quran JAKIM bersama akh Judin. Aku kehilangan pemantau tetap ketika disekolah.
Kehidupan sehari-harian bertambah-tambah ceria dengan kehadiran sahabat disisi. Setiap hari pulang bersama. Sebelum pulang, menjadi aktiviti wajib bagi aku, Hafizah, Fatma, Kucik dan Aida untuk menjejakkan kaki sekitar pasar melor meskipun tiada sebarang keperluan untuk dibeli ketika itu. Sekadar mencuci matalah katakan.
Demikianlah kisah kami setiap hari. Adakalanya makan aiskrim bersama-sama yang dibeli di kedai roti. Alangkah indahnya saat-saat itu. Kerja kursus menjengah. Kedai AD milik ayah Amar ditapaki. Walaupun agak jauh, kami terbiasa berjalan kaki ke sana ke mari. Semuanya dilakukan bersama-sama.
PMRU!!!!


2008

Tahun ini, aku pula dilantik sebagai pengawas sekolah. Seperti biasa tugas-tugas pengawas. Menapak ke tingkatan tiga bukanlah sesuatu yang mudah. Tahun ini kami berdepan PMR! Belajar Bahasa Arab Komunikasi dengan ustazah Tuan Som yang menakutkan. Alhmdulillah, natijah mengagumkan.
Pelbagai kisah dilalui. Ada yang sudah mula pandai bercinta, bergaduh, dan macam-macam lagi kerenah dan krisis. Tidak sah dalam persahabatan jika tiada persengketaan. Namun segera dirungkai dengan kemaafan. Apa yang penting, di hujung tahun kami mengadakan majlis perpisahan bersama guru-guru.


2009

Ramai kawan-kawan yang mendapat result yang cemerlang dalam PMR. Ada yang mengangkat kaki ke sekolah yang lebih baik. Antara mereka ialah sahabat baik kami iaitu Che Norina dan hisyamuddin. Mereka berdua nekad bertukar ke Maahad Amir Indra Petra.
Bagai sirih pulang ke junjung! Begitulah diumpamakan dengan Norina. Tidak sampai seminggu dia kembali semula ke SMUAZ. Barangkali tidak betah di sana. Maka bersatulah kembali kami Sembilan orang.
Kegembiraan aku tidak lama. 02032009 ayah dan juga heroku dunia akhirat telah pergi buat selama-lamanya menyambut seruan Ilahi. Sekali lagi aku berhadapan dengan kehilangan. Kunjungan sahabat-sahabat dan guru-guru yang prihatin memberi aku sinar harapan dan new spirit untuk meneruskan langkah.
Berita sedih bertamu lagi. Mak dan adik beradik yang lain memintaku untuk pulang tinggal bersama keluarga di Pasir Tumboh. Pelbagai alasan dicipta. Sekali lagi aku berjaya mempertahankan keinginan tidak mahu bertukar sekolah.
Aku dan sahabat mula diberi kepercayaan untuk memimpin satu kem penghayatan buat junior. Hurm, agar sukar untuk menjayakan satu-satu program sehingga akhirnya terjadi perbalahan antara aku dan sahabat-sahabat yang lain. Alhamdulillah kejadian itu tidak lama.
SMU!!!

2010

Kejayaan tidak selalunya berpihak padaku. Tahun ini tiada kompromi bagiku. Aku terpaksa juga bertukar sekolah atas kehendak keluarga yang mendesak. Pertukaranku langsung tidak diketahui oleh sahabat-sahabat yang lain. Aku takut berhadapan dengan perpisahan. Ketahuilah hanya jasad yang terpisah. Perhubungan kita berjalan seperti biasa.

2011

Kucik diterima masuk ke Maktab IPG bangi. Aisyah dan Najihah menjejakkan kaki ke Unisza. Amalina ke UIA. Hafizah STPM di Naim lilbanat. Aku tetap STAM di Taqaddum Maarif Pasir Tumboh.  Hanya tinggal Fatma, Norina, Aida yang meneruskan perjuangan terakhir di SMUAZ. Jasad-jasad bercerai jauh. Namun masih berpeluang untuk bertemu.

2012

Alhamdulillah dengan keputusan STAM yang tidak seberapa melayakkan aku, Norina, Fatma serta sahabat-sahabat  yang lain seperti Mastura, Syamira, dan Anuar ke USIM. Namun takdir sekali lagi menguji. Fatma bertekad untuk ke Jordan, bumi pilihanya.
Ditengah-tengah kesibukan orientasi pelajar baru USIM. Aku, Norina, Syamira dan Mastura bergegas ke KLIA untuk berpamitan dengan Fatma. Atas Izin Allah, semuanya berjalan lancar meskipun kami masih baru di ibukota. Demi persahabatan yang setelah sekian lama terjalin. Selamat berjuang sahabat-sahabat even kat mana pun kita tercampak saat ini. Perginya untuk DI DIDIK, pulang nanti kita akan MENDIDIK anak bangsa.

2013

Saudara Farhan Alias dijemput Ilahi.alfatihah.
Aku dan Norina, Madihah kini kembali ke SMUAZ sebagai penggerak ALUMNI Al-Azhari. Sukar untuk dipercayai secepat itu masa berputar membawa kita datang dan pergi. Semoga semuanya tidak ternoktah disini. Bumi Azhariah yang kian kontang masih boleh disuburkan!
Imam Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka dan duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah,katanya:
“ Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati kepada musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati sehingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu Negara,namun tidak satu Negara pun yang penduduknya berhati manusia.”
Imam Syafie juga meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa kebaikan dan begitulah sebaliknya.
Katanya: “Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa,tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya beerti istirehat.”
“Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang kamu cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya,tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia. ”
Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan.
 Imam Syafie dalam hal ini berkata: “Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku berada dihadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan. Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang aku cintai. ” benarlah kata-kata Imam Syafie. Tidak seorang pun yang berhak disisihkan di dunia ini selagi Allah meredhainya.
Banyak ujian kita lalui bersama selama bertahun-tahun. Suka duka, kita tempuhi bersma. Bertemu dan berpisah kerana Allah. insyaAllah!

Dari hayati buat kalian:kucik,fatma,na, jihah,pijah,isyah,aida dan lina. Juga geng kelas Bukhari 06-11 Semoga Allah terus meredhai kalian walau di mana sahaja berada! Setitis air mata buat kalian sebagai tanda rindu yang tidak berbelah bahagi. Maaf cerita yang agak mengarut atau sesiapa yang terasa dengan cerita ni.untuk kita2 n suka suki jer. J peace no war!





Sahabat – devotees

Ku layarkan kerinduan di lautan memori,
Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi,
Masih segar di ingatan saat mesra berputik,
Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi….
Sahabat…
Kau sesungguhnya temanku dikala duka dan lara,
Tika ku buntu diselubungi sendu,
Kau tiupkan ketabahan untukku ukir senyuman,
Bagaikan embun hilang diterbit fajar,
Kau pergi jauh mengejar cita menggapai redha yang Esa.
Duhai sahabat dengarkanlah bicara hatiku ini,
Meskipun jarak memisahkan namun tiada noktah kasih,
Biarlah waktu yang menentukan nilai ukhwah yang terjalin,
Teruskanlah perjuangan hingga ketitisan darah yang  terakhir,
Dan aku….
Masih disini terus mendakipuncak tertinggi hidupku,
Dan aku…
Terus menanti saat yang manis akan berulang kembali…
SAHABAT….. 





Friday 16 August 2013

DIBURU ATAU MEMBURU?



Seisi dunia kini gamat membicarakan soal keganasan sesama saudara seislam di Mesir. Apa yang menyayat hati, orang islam di tembak sesuka hati dalam banyak keadaan hatta ketika sembahyang sehingga menemui syahid. Indahnya mereka yang pergi dalam husnul khatimah. Namun kita yang masih tinggal, apakah layak untuk kita memburu syahid?
Teringat pada status seorang senior petang tadi, apabila kita sebut soal perkahwinan, dalam hati(bg yg masih bujang) mesti ada terdetik, bilalah kita akan kahwin? Namun, cuba bicara soal mati,ada kah perasaan kita juga sama seperti situasi tadi? Jawapan mungkin berbeza. Ditahap mana kedudukan iman kita??
Negara-negara islam yang lain sibuk dihujani peluru-peluru dan senjata yang membunuh. Mereka tidak sedikit pun takut untuk bangun mempertahankan apa yang haq. Namun kita disini telah terbius dalam satu penyakit yang di panggil ‘al-wahnu’. Terlalu cintakan dunia dan takutkan mati. Inilah sifat pengecut masyarakat kita. kerana apa? Kita sudah dibutakan dengan pelbagai serangan hedonism sehingga terpasak dalam setiap diri kita penyakit itu.
Syawal yang sepatutnya menjadi satu kemenangan buat umat islam. Tapi kini diraikan dengan titisan-titisan darah para mujahid/ah yang terkorban. Barangkali kita yang melihat ianya satu kengerian. Hakikatnya, itulah kemenangan yang hakiki buat mereka sang pemburu syahid. Sungguh kita tidak mampu untuk menjadi sperti mereka. Jadi berdiam diri sahaja?
Tidak…. Tidak sama sekali.. jika mereka yg khianat sanggup menembak saudara kita dengan peluru. Ayuh kita tembakkan doa dari jauh kepada saudara kita yang sedang berjuang. Berikanlah mereka kemenangan dan jatuhkan para taghut di mesir…heentikan kekejaman… untuk apa kita diciptakan bersaudara jika tiada sedikitpun ihsan atas sikap kebinatangan mereka yang taghut, munafik,kaum2 yg laknat….
Firman Allah dalam kitabNya:
“Dan janganlah kamu mengatakan(bahawa) sesiapapun yang terbunuh dalam PERJUANGAN MEMBELA AGAMA ALLAH itu orang-orang mati. Bahkan mereka itu orang-orang yang hidup(dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.” Surah al-Baqarah:154.
gambar syahid terbaru hari ini. wajahnya sedikitpun tidak nampak gentar. sebaliknya tersenyum. benarlah firman Allah di atas... husnul khatimah... jadi, ayuhlah kita memburu syahid!!!
Ingatlah, yang Haq tidak akan pernah sirna walau dihujani bom dan peluru 1 dunia, sebaliknya kebatilan akan terserlah walau diliputi seluas lautan!
YA Allah, dengarlah doa-doa kami!