Wednesday 17 June 2015

#Ramadhanku,# FinalExamku!



Salam Ramadhan almubarak!

Esok 18 Jun 2015 satu detik yang cukup bermakna.. buat pertama kalinya aku dan kengkawan berpuasa di bumi USIM yg bernilai ini... tapi, bukan sekadar berpuasa, malah berimtihan juga...

macam-macam program kami rangka untuk ramadhan. ODOJ, Khatam quran deng geng usrah, masak iftar sesama, berjemaah, terawih, sahur, study... banyak benda...

cuma pelaksanaannya bagaimana? risau jika ada pertelingkahan di bulan mulia ini... harapnya tiada..
lagi harapan aku, arap dapat seimbangkan antara study dan kejar pahala di bulan ramadhan.. sebab jika study dengan niat yang betul, insyaAllah juga jd satu ibadah kan?

di kesempatan yang ada ni, nak mohon berjuta ampun maaf dr sahabat handai , sedara mara, cikgu cikgi and sesapa jer yang pernah terlibah dlm hidup aku.. sama-sama kita berbuat pahala seikhlas mungkin di bulan barkah ini...

lastly, Ahlan ya Ramadhan! sangat rindukan suasananya... Ya Allah, sampaikanlah aku sehingga ke penghujung Ramadhan, jadikanlah ramadhan kali ini sebagai satu medan pesta ibadah buatku. jadikanlah aku istiqamah.. permudahkanlah imtihanku... bantulah aku dengan urusan2 harianku... Aminnn ya rabbal alamin :)

Tuesday 2 June 2015

Top reasons: Why Jesus isn’t God?



Assalamualaikum buat semua umat slam dan pembaca yang sudi membaca entry kali ini. Tidak lupa di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Nisfu Syaaban. Kali ini saya merasa terpanggil untuk menulis tenteng beberapa sebab mengapa Jesus(Nabi Isa AS) bukan Tuhan.
 Sebagaimana yang kita semua maklum bahawa, Nabi Isa dikagumi oleh dua buah agama yang besar di dunia ini. Islam dan Kristian. Menurut Kristian, mereka bukan sekadar menganggap Nabi Isa sebagai seorang utusan, malah sebagai Tuhan/Anak Tuhan. Namun, bagi kita sebagai umat Islam, ianya cukup tidak masuk akal apabila seorang manusia di gelar sebagai Tuhan. Menurut Islam pula, Nabi Isa adalah seorang nabi seperti nabi dari kalangan nabi-nabi terdahulu.  Islam tidak pernah menolak kehadiran Nabi Isa. Malah turut mengagungkan baginda. Nabi Isa di beri banyak kelebihan oleh Allah SWT seperti dapat menyembuhkan orang buta, menghidupkan orang mati, malah Ahl Sunnah Wal Jamaah yakin bahawa Nabi Isa akan kembali untuk melawan Dajjal satu masa nanti.
Tidak mahu berbicara lebih lanjut, saya ingin terus kepada sebab-sebab kenapa Nabi Isa bukan Tuhan?

1-      Tuhan tidak beranak dan diperanakkan.
Tuhan itu bukan didatangkan untuk muncul  malah, tuhan sememangnya wujud. Sebaliknya, Nabi Isa dilahirkan melalui rahim wanita biasa iaitu Maryam. Cuma kelahirannya adalah satu keajaiban kerana dilahirkan tanpa seorang bapa. Inilah yang menunjukkan tentang kekuasaan Tuhan semesta alam. Jelas di sini bahawa Tuhan tidak mempunyai permulaan akan tetapi Nabi Isa mempunyai tarikh kelahiran.

2-      Tiada Tuhan selain Allah.
Tuhan berkata: “Akulah tuhanmu, dan tiada yang yang lain sepertiKu”.
Malah jika diperhatikan, tiada sebarang pengakuan dari Nabi Isa yang menyatakan bahawa dia adalah Tuhan dan baginda tidak pernah menyuruh umatnya supaya menyembahnya. Akan tetapi, Nabi Isa menyeru umatnya supaya beriman dan patuh pada Allah yang satu.

3-      Tiada sesiapa yang dapat melihat fizikal Tuhan.
Menurut Bible : John 1:18 “ No one has ever see God”. Jelas sekali bahawa bible turut mengakui bahawa tiada sesiapapun yang mampu melihat Tuhan. Akan tetapi, umat terdahulu mampu melihat, menatap dan menyentuh Jesus.

4-      Perkataan Trinity tida pernah disebut di dalam Bible. Jika ditelusuri sejarah, Nabi Isa tidak pernah mengajarkan pada umatnya tentang Trinity. Trinity merupakan 1 doktrin dari Paul of Tarsus. Dan untuk pengetahuan semua, Paul of Tarsus sendiri tidak pernah berjumpa dengan Nabi Isa, apatah  lagi belajar dengan baginda. Hal ini cukup untuk membuktikan bahawa doktrin trinity bukanlah ajaran Jesus dan hanya rekaan Paul of Tarsus semata-mata.
*Allah adalah satu, bukan 3 dalam satu. Dan kita wajib menyembah Allah yang satu!
5-    Sebab terbesar, Nabi Isa makan, minum, tidur dan sebagainya untuk meneruskan kelangsungan hidupnya. Ciri-ciri ini jelas menunjukkan bahawa Nabi Isa asalah manusia biasa. Namun, ciri-ciri itu tidak ada pada Allah. Allah tidak memerlukan sebarang sesuatu dan pertolongan untuk meneruskan kewujudannya.
6-      Nabi Isa mengaku bahawa Allah Maha Mengetahui segala sesuatu dan ilmuNya terlampau luas. Akan tetapi, pengetahuan Nabi Isa adalah terbatas.

7-      Ajaran trinity tidak mampu diterangkan kepada anak-anak kecil. Hal ini kerana, Trinity hanya akan mengelirukan lagi semua orang.

8-      Jesus bukan anak Tuhan. Seperti hujjah di nombor  satu. Tuhan tidak mempunyai anak dan Tuhan tidak memerlukan human needs.

9-      Tuhan tidak berubah. Ini menunjukkan bahawa Tuhan itu Maha Sempurna  dan tidak dapat ditandingi oleh apapun dan siapapun. Arahan Allah juga sentiasa tetap dan tidak boleh diubah.

10-   Para nabi seperti Adam, Musa, Nabi Isa hanyalah Allah yang membawa utusan kepada seluruh umat manusia.


Apa yang Tuhan mahukan dari kita? Sebenarnya mudah saja:
-          Menyembah Pencipta yang satu(Allah), bukan ciptaanya.
-          Patuh kepada Allah, bukan pada kehendak nafsu.
-          Berserah diri kepada Allah.

Sumber rujukan:
Translated: Asyraful Banat.