Monday 15 September 2014

Puisi Bicara Tentang Wanita




Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana mengizinkan Hawa Convention berjalan dengan jayanya. Di sini saya ingin kongsikan sebuah puisi yang telah dikarang oleh alfadhil ustaz M. Hariri Mohd Daud dan dia jugalah yang turut mendeklamasikan sajak ini pada malam Sempena Konsert Selembut Sutera, Hawa Convention. 13 September 2014 :)

Puisi Bicara Tentang Wanita




Bicara tentang wanita
Zaman Jahiliah sudah asyik memuja
Puja mereka puja menghina
Manis dimulut
Dikubur jua ditanam hidup-hidup.

Bicara tentang wanita
Islamlah agama yang membela
Membela dengan cinta
Cinta yang membentuk rasa
Menzahirkan makna
Membela yang hina, menjadi bidadari syurga.

Apabila kita membela wanita
Bukan kerana dipaksa
Tetapi arahan Yang Maha Kuasa
Apabila kita membela wanita
Bukan kerana hak asasi
Tetapi suruhan Nabi.

Lihatlah pada sabda Baginda
Mengangkat Khadijah isteri tercinta
Insan bertuah mendahului syahadah
Namamu Khadijah
Didalam sirah dan juga surah.

Rasulullah SAW bersabda
Khadijah beriman kepadaku, disaat orang lain ingkar kepadaku
Khadijah membenarkanku, disaat orang lain mendustaiku
Dia memberikan harta, ketika orang yang tidak beri apa-apa.

Bicara tentang wanita
Bicara tentang keberanian
Wanita bernama Ummu Aiman
Perang Uhud menjadi bukti
Nyawa digantung untuk Yang Maha Agung
Dalam suasana kelam kabut, busur panah Hibban Al-Ariyyah menusuk tubuh
Ummu Aiman Syahid
Berita ini sampai kepada Nabi
Diarah sahabat membunuh pembunuh

Lihatlah ketabahan Srikandi Sumayyah
Dengan payah mempertahankan Akidah
Dipadang pasir, terik sang mentari
Dijemur didera dipaksa Murtad
Keluarga Yaasir tetap tekad
Apa jua mereka hadap

Abu Jahal pedang menghunus
Nyawa sudah dipedang musuh
Sumayyah isytihar akidah sungguh sungguh
Ditusuk tombak tiada terperi
Terrkejut sang negeri
Malaikat menyambut di syurga firdausi
Wanuta pertama syahid menemui Ilahi

Demikian pesona cinta dan keajaibannya
Berkorban apa saja untuk agama

Asma' binti umais kembali dari Habsyah pergi menemui Rasulullah.
"Wahai Rasulullah, sesungguhnya wanita berasa berputus asa".
Rasulullah bertanya, apa sebabnya?
Asma' menjawab, " kerana kebaikan mereka tidak disebut dalam Al-Quran".
Selepas itu turunlah ayat surah Al-Azhab ayat 35.

Firman Allah, "lelaki yang menyrbut nama Allah banyak-banyak dan perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak,
Allah telah sediakan bagi mereka
keampunan dan pahala yang besar".

Duhai wanita
Nikmat mana lagi ingin kamu dustakan!

Jika ditanya bagaimana Islam membela wanita
Itulah antara kisahnya
Sempurna
Kerana Tuhan menciptakan kamu dengan sempurna
Maka sempurnakan upaya mendekati kesempurnaanNya
Jika tidak
Bererti tidak sempurna
Jika tidak, kau dustai kesempurnaanNya.

USIM
13 September 2014

No comments:

Post a Comment