Friday 19 April 2013

Cinta itu apa sih???


Soalan yang sememangnya sentiasa meniti di bibir muda-mudi zaman sekarang. Dan apa yang pasti, persoalan mengenai cinta ini tidak akan pernah habis hatta mata tertutup. Sukar sekali mencerakinkan otak untuk memikirkan apa itu cinta.
Tv pada hari ini sering memaparkan pelbagai kisah cinta. Semua hanyut bersama cinta yang sungguh indah itu.
Radio menyajikan lagu-lagu cinta yang mengasyikkan telinga-telinga yang mendengar.. ahh romantisnyaaaa.
Akan ku renang lautan yang berapi….
Hebat sungguh penangan cinta. Sungguh menipu.
Novel tidak ketinggalan untuk menggarap cerita-cerita romantis yang kadang-kala tak logic dek akal.
Fb membahaskan isu-isu cinta yang sentiasa hangat hasil perbahasan ‘ulama-ulama’ FB.
Namun semus yang dibahaskan itu adalah tidak lain dan tidak bukan hanyalah berkisar soal cinta berlainan jantina remaja masa kini. Skop cinta yang sebenar tidak hanya membicarakan soal remaja. Ianya termasuk cinta anak kpd ibu bapa, cinta seorang pemuda pada agama, cinta seorang guru kpd anak didiknya dan apa yang paling UTAMA, cinta hamba kepada PENCIPTA cinta.
Itulah hakikatnya, kita hanya menyempitkan minda sendiri dengan hanya memilih satu lorong cinta.
Menurut ahli sufi:
Cinta adalah kekuatan,
Yang mampu mengubah duri menjadi mawar,
Mengubah cuka menjadi anggur,
Mengubah iblis menjadi malaikat,
Mengubah sedih menjadi riang,
Mengubah penjara menjadi istana,
Mengubah musibah menjadi muhibbah,
Itulah cinta…..                                                      



Cinta menurut saya dan rakan-rakan pula:
Cinta adalah transformasi,
Yang mampu mengubah pen menjadi marker,
Mengubah lorong menjadi lebuhraya,
Mengubah kipas menjadi aircond,
Mengubah lapar menjadi kenyang,
Mengubah sendu menjadi sendawa,
Mengubah desa menjadi kota,
Mengubah kancil menjadi Volkswagen…..
kikiki… itulah cinta.
Bercinta itu tidak salah kerana hadirnya perasaan itu sebagai satu fitrah buat kita. tipulah jika ada yang mengatakan bahawa dia tidak pernah jatuh cinta. Lalui landasan yang benar agar cita tidak tercalar.
Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta Allah.
Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberi kita fitrah itu lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kepada-Nya. Cintailah sesiapapun tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah.Soalnya bagaimana? Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau perempuan menyempurnakan agamanya. Sabda Rasulullah SAW: Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya.
Oleh itu usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka kerana nanti akan membakar diri.

 Cinta itu luas dan banyak pendapat yang terkandung didalamnya.
Lalu cinta islamik pula bagaimana?
Hurm wujudkah cinta islamik?
Cinta islamik yang yang bagaimana?
Keluar dating dengan couple sambil bertazkirah atau saling mengejutkan couple untuk qiamullail?
Ahhh alangkah islamiknya…
Teringat saya dengan kata-kata Ustaz Fadhli Shaari, jika kita sibuk mengejutkan kekasih hati(yang belum halal) untuk bertahajjud, itu adalah coklat syurga berbaur neraka. Melakukan kebaikan dalam kemungkaran. . Itu bukan dakwah namanya, tetapi musnah. Ellleh rakan sebilik pun malas nak kejut. Kononnya cinta kerana Allah.
Allah melarang jelas lelaki dan perempuan daripada saling berpandangan dengan niat suka-suka,apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu. Ingin ditekankan bahawa,bercinta sebelum berkahwin adalah jalan-jalan menghampiri zina dan ia adalah perbuatan yang dilarang di dalam islam. Tetapi, ramai yang menyanggah apabila bercinta sebelum berkahwin dikatakan menghampiri zina. Ayat yang cukup popular dalam kalangan remaja ialah, ‘kami tidak berzina,kami hanya keluar makan-makan aje, main sms sahaja dan pelbagai alasan lagi yang mereka kemukakan.’ Mereka lupa bahawa Allah memberi amaran keras: Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina adalah perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. Al-Israk:32. Mula-mula mungkin hanya ber‘sms’, kemudian keluar lalu bersama semakin bertindak berani.
Zina boleh berlaku dalam apa jua keadaan sekalipun. Mata, hati, telinga, tangan dan sebagainya.

Mari kita rujuk kembali panduan kita iaitu al-Quran. Memang ada yang bertanya, ‘kita kan dijadikan oleh Allah untuk hidup berpasang-pasangan, jadi mengapa tidak boleh bercinta?’. Ya,benar sekali. Allah ada menyebut dalam surah Yaasin ayat 36: ‘Maha suci Allah yang menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa yang mereke tidak ketahui.’ Dan juga dalam surah al-Hujurat ayat 13. Tapi, jangan kita lupa, Allah turut memberi amaran kepada kita dalam surah an-Nur ayat 30: ‘Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman: hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya,yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka kerjakan.’ Serta sambungannya pada ayat 31 surah yang sama.
andai benar cinta, biarlah smpai ke syurga...
andai benar cinta, tggalkanlah kemudharatan...
andai benar cinta, jauihilah neraka...
andai benar cinta, setialah...
andai benar cinta, berjuanglah mati-matian...
dan jika benar cinta, berpimpinlah tangan ke gerbang abadi...
itulah cinta yang tdk terjual beli...
(cinta selepas halal buatmu)

~rabbana hablana min azwajina,wazurriyyatina qurrata a'yyun...waja'alna lilmuttaqin imama~
Ya Allah, aku menolak cinta dari insan bernama lelaki,
Aku sudah tidak hiraukan apa kata orang padaku.
Kerana aku ingin cuba untuk setia padaMu…
Aku tidak akan menduakan cinta ini sebelum saatnya…
Aku ingin mencintaiMU….
Semoga si dia juga turut mencintaiMu di saat ini untuk diri ini,
Semoga si dia juga turut setia…
Jagalah hati ini daripada disentuh tangan-tangan bernafsu…
Dunia bukan matlamatku…
Akhirat tujuan asal adanya aku…
Sukarnya hati untuk bermujahadah…
Aku berharap aku akan kekal di jalan ini…
Amin ya Rabb…
“Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi
Pesanan untuk diri yang menulis dan sahabat-sahabat. Moga ditetapkan hati dan temui cinta yang hakiki.
20 April 2013.