Wednesday 31 December 2014

Bersyukur Saat Diuji :)

Memasuki ambang 2015, sungguh diri ini tlh diuji.. Tp aku yakin, hikmah yg lbih bsar akan menunggu...moga aku trus diberi ketenangan...Tapi aku bersyukur sangat ada sahabat yg baik disisi saat diri diuji...  Syukran sahabat yg mmbantu.. Nabon, Cak Ud, Omma Maya, Kak Cak Syida...semoga Allah bersma kalian.
Bila bangun ja pagi , rasa tak khusyuk nak solat subuh bila teringatkan ujian yg mnimpa... tp, aku cuba juga nak gagahkan diri dengan Dhuha selepas itu... Still cant go... Banyak sangat dosa aku dalam 2014 ya Allah... Arap sangat ujian ini menyapu bersih dosa-dosa aku yg telah lalu...

Alhamdulillah dah tengahari ni, aku dah boleh lupa sikit demi sikit apa yang berlaku... esok plak final exam bkal bermula... Aku yakin, Allah Yuftah 'Alaina :)

Sebelum buka buku, layan lgu Rahmat Ujian sat.semalam Nabon bagi lagu ni suh aku dengar. Walaupun sebelom ni aku memang dah hafal lagu ni, tapi kali ni deep sangat. menginsafkan..

Dalam derita ada bhgia
Dalam gembira mungkin terselit duka..
Tak siapa tahu, tak siapa pinta ujian bertamu..

Bibir mudah mengucap sabar
Tp hatilah yg remuk menderita..
Insan memandang mempunyai berbagai tafsiran.
Segala takdir, terimalah dgn hati terbuka..
Walau tersiksa, ada hikmahnya....
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa..
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi...
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

 Yeahhh... Ima Wa Mae He Susume.. Go hayat...
#BersyukurSaatDiuji
#AllahWithYou
#Dosa2014vsUjian2015

Saturday 27 December 2014

Imam Abu Hasan Asyari




Tiga  minggu lepas, aku belajar mengenal pengasas mazhab Asyairah dalam kelas aliran akidah bersama Tan Sri Syukor.  Jadi aku merasa terpanggil untuk berkongsi siapa kah gerangan Abu Hasan al-Asyari dan bagaimana beliau boleh mengasaskan mazhab akidah ini.
Mazhab ini merupakan golongan yang majoriti dipegang oleh umat Islam seluruh dunia. Kemunculan mereka adalah renteten daripada serangan demi serangan ilmu kalam daripada luar terutamanya falsafah kuno daripada Yunani (Greece) dan Parsi antaranya golongan Muktazilah yang mana kumpulan ini asalnya diwujudkan untuk mempertahan kan Islam namun atas keghairahan mereka menggunakan akal melebihi sumber utama iaitu al-Quran dan Sunnah menyebabkan mereka telah menjadi sesat. Sebagaimana kata-kata Imam Syafie:
“Pandanganku terhadap ahli ilmu kalam seperti pandangan Saidina Umar al-Khattab terhadap golongan pendusta yang mencelup-celup agama.”
Asya’irah adalah sebuah aliran mazhab yang ingin membawa pendirian wasatiyyah antara golongan ekstrim seperti yang terlampau berpegang pada nas iaitu golongan Musyabbihat dan Mujassimah atau golongan yang ekstrim berpegang pada hujjah akal seperti Muktazilah.
Pengasas Asya’irah ialah Imam Ali bin Ismail Bin Ishaq bin Salim bin Abdullah bin Musa bin Bilal bin Bardah bin Abu Musa Asy’ari. Merupakan keturunan Abu Musa Asy’ari , sahabat Rasulullah SAW yang agung. Beliau lahir pada 260 H di Basrah. Meninggal pada 330H. Terdapat beberapa khilaf yang mengatakan beliau meninggal pada 332 H.  Imam Abu Hasan al-Asy’ari pada mulanya berasal daripada mazhab Muktazilah dan merupakan murid kepada Abi Ali al-Jubbaie (Tokoh besar Muktazilah). Imam Asy’ari merupakan seorang pelajar yang bijak, cepat faham, cekap dan sebagainya.
Berlaku khilaf yang menyebabkan Abu Hasan al-Asy’ari keluar dari Muktazilah melalui sebuah kisah yang masyhur. Dalam satu majlis ilmu, Abu Hasan al-Asy’ari bertanya pada gurunya, Abu Ali al-Jubbaie:

Imam Abu Hasan: “Apa pandangan imam jika tiga beradik meninggal dunia? Yang pertama meninggal ketika kecil. Yang kedua meninggal ketika dewasa dan meninggal dalam keadaan soleh dan beriman. Manakala yang ketiga pula meninggal ketika sudah dewasa namun dalam keadaan kufur. Jika sikecil bertanya kepada Tuhannya mengapa tidak membiarkannya membesar sehingga menjadi orang soleh dan dapat memasuki syurga bersama saudaranya. Apakah yang akan Tuhan jawab?”

Abu Ali Al-Jubbaie: “Tuhan pasti menjawab bahawa Aku lebih mengetahui sekiranya dibiarkan engkau membesar , pasti engkau akan menjadi kufur. Sesungguhnya lebih elok kau mati kecil.”

Imam Abu Hasan: “Jika yang ketiga pula bertanya yang dimatikan ketika sudah dewasa dalam keadaan kufur pula bertanya kepada Tuhan, mengapa tidak ditentukan ajalnya ketika kecil sahaja asalkan dia tidak mati dalam keadaan kufur? Sesungguhnya dia redha mati kecil walaupun tidak sampai pada tahap saudara kedua yang memcapai martabat soleh. Apa pula pandangan tuan akan persoalan ini?

            Maka, Abu Ali al-Jubbaie tersentap dan terperangkap dengan soalan muridnya oleh kerana beliau ghairah meenggunakan akal dan membelakangkan alQuran dan Sunnah. Lalu Imam Abu Hasan meninggalkan halaqah gurunya dan bertaubat pada Allah.

Saturday 15 November 2014

Manhaj Talaqqi Bil Qabul(pengajian bersanad)






Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang. Telah ditugaskan ke atas diriku untuk menonton satu video yang cukup bermanfaat. Video berdurasi selama 50 minit yang telah disampaikan oleh Syeikh Usamah tentang Manhaj al-Azhar (Talaqqi bil Qabul).
Sebagaimana yang kita telah sedia maklum, pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat sentiasa berdamping dengan Rasulullah. Disaat terdapat  persoalan dan kekeliruan, Rasulullah menjadi tempat rujukan yang paling utama. Segala-galanya boleh diselesaikan dengan mudah.
Namun, benarlah firman Allah yang bermaksud, “Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati”. Selepas kewafatan Rasulullah SAW, umat Islam mula berpecah menjadi beberapa kumpulan seperti Syiah, Khawarij, Murjiah, Jabariah dan Qadariah. Zaman terus berlalu sehingga muncullah para ulama’ ijtihad dan imam empat mazhab iaitu, Imam Hanbali, Imam Maliki, Imam Syafie, dan Imam Hanafi.
Hadirnya ulama-ulama mazhab dan ulama ijtihad,lalu sejarah perkembangan ilmu bermula. Ahli ilmu berusaha sesungguh hati mereka untuk menuntut ilmu sehingga sebahagian daripada mereka telah menjadi pakar dalam ilmu-ilmu tertentu. Selepas itu, lahir sebanyak 90 mazhab. Akan tetapi, hanya empat mazhab daripadanya yang menjadi keutamaan.
Selain itu, lahir ramai ulama dalam bidang fiqh dan tidak ketinggalan juga ulama dari bidang akidah seperti Abu Hasan al-Asy’ari. Umat Muhammad SAW berdiri atas dasar akidah yang dibawa oleh Abu Hasan al-Asy’ari melalui situasi Talaqqi bil Qabul. Manhaj ini wajib untuk ummat secara akademik. Maka, dari manhaj ini telah berkembang madrasah ilmu pada kurun kelima dan keenam.
Ulama hebat Hujjatul Islam Imam al-Ghazali telah mengambil pendekatan konsep pembelajaran dan pengajian(talaqqi) di masjid dalam bidang hadis, fiqh, al-Quran dan sebagainya. Walaupun ilmu keagamaan telah berkembang, pembelajaran astronomi dan ilmu-ilmu lain tetap terus berkembang sehingga berkembangnya madrasah ke Syam.
Pada tahun 656H, jatuhnya Khilafah Abbasiah di tangan Tatar. Selepas itu, Kaherah mulai diiklan secara meluas lalu Kaherah menjadi singgahsana ummah dan pusat dunia pada waktu itu. Kaherah telah membentuk satu tamadun yang baru dalam peradaban dunia dengan adanya pemimpin-pemimpin terkemuka, wujudnya bangunan-bangunan, hatta Ibn Khaldun pada awal kurun  kesembilan berkata dalam kitabnya yang masyhur ‘Kitab Mukaddimah’ : “ Kami melihat pengajian pada waktu kita ini adalah di kota Kaherah, Mesir. Seolah-olah Mesir menjadi ibu kota kepada ilmu dan thaqafah pada dunia seluruhnya. Hal ini semuanya berlaku pada pertengahan kurun ke tujuh atau secara tepatnya pada tahun 658H.
Umat Islam pada ketika itu menerima manhaj al-Azhar (Talaqqi bil Qabul). Selain itu, Ulama terkenal seperti ulama Haramain telah menjadi pemikir, tempat rujukan kepada kitab-kitab dan aliran mereka. Maka jadilah al-Azhar sebagai kayu ukur dan Azhar as-Syarif memiliki suasana ilmu dikemuncak aktif kala itu.
Melalui Azhar as-Syarif ini , maka lahirlah ramai ulama yang mahir dalam pelbagai bidang.  Al-Azhar pada ketika itu telah mengajar hampir 70 bidang ilmu seperti fiqh, syariat, akidah, perubatan, astronomi dan pelbagai jenis ilmu lagi. Tidak hairanlah wujudnya ulama yang mampu menguasai 30 bidang ilmu seperti al-Allamah Abd Mun’im ad-Damanhuri dan Syeikh Hasan Attar.
Demikianlah gambaran Talaqqi bil Qabul yang kita nampak. Terlalu banyak kelebihannya hatta mampu melahirkan ulama yang luar biasa hebatnya dalam menuntut ilmu.


Tuesday 14 October 2014

Bicara Tentang Jihad.

Assalamualaikum wbt. Mungkin dalam kalangan kita semua sedia maklum dengan kalimah JIHAD. Dari kecil, pemikiran kita dipasakkan dengan kalimah ini. Malah bercita-cita untuk berjihad lagi.

Skop jihad sebenarnya terlalu luas. tidak terhenti sekadar keluar berjihad di medan perang. Jihad also mrangkumi jihad dalam membangunkan ekonomi, politik, sosial , pendidikan, kesihatan etc. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Islam ialah Rahmatan lil Alamin. membawa rahmat kesekalian alam. Maka jihad mrupakan lambang keagungan Islam smasa zaman yang di syariatkan utk mempertahan kebenaran penganutnya, bukan utk menzalimi org lain. Kerana agama kita tidak zalim.

Namun hari ini, ramai dikalangan kita menyalah-anggap tentang isu jihad ini. Atas rasa bertanggungjawab, Ustaz Fadhil Noor menterjemah buku Ringkasan Fiqh Jihad karangan Dr Rejab Abu Meleh sebagai sebuah hadiah berharga kepada kita sebagai rakyat marhaen ini.


Di sini sy sengaja ingin mengemukakan sedikit mukaddimah kepada buku ini. Sebagai satu langkah taaruf sahaja. Namun utk tahu lebih detail, eloklah kita membeli kitab Fiqih Jihad karangan Dr Yusuf al-Qaradhawi ataupun ringkasan fiqh jihad Dr Rejab Abu Meleh dan hadam sebetul-betulnya.

Sedikit Mukaddimah:

Kitab Fiqih Jihad karangan Dr Yusuf al-Qaradhawi telah diterbitkan oleh Maktabah Wahbah di Kaherah , Mesir. Beliau begitu teliti sehingga menangguhkan penerbitannya sehingga kandunga kitab ini betul-betul memuaskan hati beliau. Setelah itu, lahirlah kitab ini yang mampu menjawab persoalan2 umat masa kini berkaitan jihad.






Menurut Dr Yusuf Qaradhawi, isu jihad tidak terlalu mendapat perhatian walaupun ianya adalah isu yang teramat penting dan diperlukan orang ramai.Ini kerana, sebenarnya terdapat golongan yang berasa khuatir untuk membuka  pintu perbincangan dan penulisan berkenaan jihad krn kebimbangan trhadap ijtihad yang dikeluarkan dalam keadaan lemah seperti keadaan umat kita.

Dr Yusuf juga trut mempelbagaikan sasaran manusia yang memerlukan buku ini, antaranya:


  1. Golongan ulama syariah(ahli fiqih)
  2. Golongan pengamal undang-undang(hakim dan peguam)
  3. Umat Islam
  4. Golongan sejarah
  5. Ahli pemikir
  6. Orientalis'
  7. Golongan yang gemar berdialog
  8. Ahli politik
  9. Golongan Pendidikan
  10. Golongan tentera
Kitab ini ditulis berlandaskan manhaj yang betul iaitu berpandukan AlQuran dan sunnah serta fiqh2 Islam, perbandingan antara mazhab, realiti semasa DLL.
Untuk ketahui ttg hukum jihad, pendapat2 ttg jihad mnurut ulama2 lain dan perbezaan antara jihad DLL, boleh dapatkan buku di atas. panjang untuk dihuraikan disini. sengaja ingin berkongsi ttg isu jihad. supaya kita lbh proaktif dan mmbuka mata ttg isu ini.

Sesungguhnya saat ummat Islam berada pada tahap kelemahan dan kealpaan, maka jihad adalah pencetus kebangkitan umat yang mampu mengembalikan mereka kepada pentas yang asal. tanpa jihad, umat islam akan dipandang hina dan rendah.

Ingat, Islam bukan agama yang zalim dan terorist dan peperangan bukanlah matlamat asal Islam, akan tetapi itulah jalan terakhir utk mmpertahankan agama dan negara.

Rujukan:Ringkasan Fiqh Jihad.
Siti Nor Hayati Mohd Daud.
PTSL,UKM



Thursday 9 October 2014

Wanita Inspirasi Dunia

Alhamdulillah, dah dekat sebulan HCSR 2014 berlalu meninggalkan kita. Gembira dapat menjadi salah satu drp penggerak HCSR.. Moga stiap apa yg tlah disampaikan dalam HCSR boleeh di ambil sebagai panduan dalam kehidupan kita sehari-harian.

Syukur juga artikel berkenaan HCSR 2014 diterima masuk paper Utusan Malaysia dan Berita Harian 2 minggu yang lepas. Penulisan artikel bukanlah mudah.perlukan fakta yg tepat .






Inilah penulisan artikel ku yang pertama atas bimbingan saudara Azmil Abu Seman(YDP USIM) dan Kak Syakirin (TYDP USIM). Dan inilah yg memberi semangat untuk aku terus menulis. kat bawah ini aku nak sertakan artikel ku yang sebenar sebelum diedit masuk paper :)




Setiap insan tidak akan terlepas dari dibelenggu pelbagai masalah termasuklah kaum hawa. Isu akidah, pergolakan dalam keluarga , permasalahan kaum wanita serta masalah sosial. Hal ini terjadi disebabkan kerana kurangnya aplikasi nilai murni dalam kehidupan seharian. Namun, tidak dinafikan bahawa kaum wanita mula melebarkan pengaruhnya melalui bidang keilmuan dan kepimpinan sehingga boleh diibaratkan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Pada hakikatnya, tuntutan agama masih kurang dipraktikkan sehingga meledaknya pelbagai gejala negatif dalam keluarga,masyarakat dan Negara.
Sejajar dengan masalah yang timbul, Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) USIM telah mengambil satu inisiatif baru bagi mengurangkan masalah tersebut. Atas rasa tanggungjawab dan prihatin, pihak MPP USIM  mula menganjurkan sebuah konvensyen yang diberi nama Hawa Convention 1.0 bermula Disember 2012 dan kesinambunganya Hawa Convention 2.0 pada September 2013 di bawah pimpinan MPP USIM sesi 2012/2013 dengan jayanya.
Hawa Convention Special Return peringkat kebangsaan dibawah pimpinan Timbalan Yang Dipertua MPP USIM sesi 2013/2014 yang bertemakan “Women Inspiring The World” hadir untuk kesekian kalinya bagi menyuntik inspirasi baru buat semua kaum hawa. Konvensyen kali ini  dijangka akan melibatkan semua siswi dan kakitangan wanita USIM, siswi di seluruh IPTA dan IPTS di Malaysia, orang awam serta wanita yang bukan beragama Islam.. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan serta pengetahuan yang menyeluruh berhubung dengan wanita, secara berperingkat sama ada individu, keluarga, kepimpinan dalam masyarakat, negara mahupun dunia dan segala informasi berhubung ruang lingkup wanita agar peserta konvensyen ini dapat berperanan dan berfungsi secara efektif dan proaktif sebagai seorang wanita.
Konvensyen seumpama ini dilihat sebagai satu konvensyen yang sangat baik bagi semua siswi di seluruh IPTA dan IPTS juga seluruh wanita di Malaysia kerana hasil daripada konvensyen ini akan dapat memberi suatu pengetahuan yang sangat bermanfaat dan kefahaman yang sangat berguna berkenaan wanita dari pelbagai aspek pengetahuan sama ada dari sudut fiqh, ibadat, akhlak,keluarga dan juga syariah.
 Peserta konvensyen ini menyaksikan perkongsian ilmu oleh para ilmuan yang profesional dalam pelbagai bidang seterusnya membawa kepada impak yang sangat positif.  Modus operandi konvensyen ini seakan-akan menyahut tuntutan Allah swt supaya menuntut ilmu kerana ianya satu kefarduan ke atas setiap individu Muslim sebagaimana yang diriwayatkan oleh hadith Ibn Majah.
Sebagai siswi yang terdidik, mereka tidak seharusnya memikirkan soal yang remeh seperti cinta dan bersuka-suka agar mereka lebih terkehadapan, proaktif dan berfikir diluar kotak fikiran. Dengan hadirnya ilmuan seperti Dr Ahmad Wifaq, yang membincangkan soal ’Wanita dalam Maqasid Syariah’ maka misi konvensyen akan mampu dicapai.  Konvensyen ini juga dilihat membawa sedikit kelainan dengan menampilkan selebriti tanah air iaitu Catriona Ross, Salima Habibi dan Pencetus Ummah Rahmat dalam sebuah forum, ’Wanita dan Glamor’. Slot ini bakal mengenengahkan cara wanita berhadapan dengan dunia hari ini yang terdedah dengan fitnah kerana wanita signifikan dengan fitrah yang suka kepada perhatian. Selain itu, slot ini juga menekankan bagaimana ingin berpersonaliti menarik anjuran Islam. Hal ini selari dengan apa yang dituntut dalam Islam seperti apa yang terkandung dalam hadith riwayat Muslim dan Tirmizi mafhumnya, ‘Sesunguhnya Allah itu cantik dan suka akan kecantikan’.
            Skop konvensyen ini bukan sekadar menyaksikan pembentangan kertas kerja, malah pihak penganjur turut menghadirkan satu slot demostrasi masakan oleh Chef Hanieliza yang juga merupakan penulis buku masakan di PTS Publishing. Tambahan pula, konvensyen ini turut menghiburkan para peserta yang hadir dengan sebuah konsert yang dihadiri artis nasyid terkenal tanah air iaitu kumpulan Nowseeheart serta seorang penyanyi antarabangsa yang popular menerusi lagunya “Don’t Forget Allah” iaitu Farid Sanullah. Konsert  yang diadakan ini membuktikan bahawa Islam turut menganjurkan umatnya untuk berhibur selagi tidak melangkaui batasan syariat yang telah ditetapkan.
            Sehubungan dengan itu, MPP USIM serta semua yang terlibat menaruh harapan besar agar segala usaha ini mendapat sokongan dan diterima oleh semua golongan masyarakat. Dalam pada itu, laungan ‘Mempelopori Sains Islam, Memimpin Keilmuan’ yang sering diuar-uarkan USIM akan dapat dicapai sekiranya mahasiswi bangkit mengubah paradigma mereka seterusnya mampu dijadikan sebagai sumber inspirasi kepada masyarakat diluar selari dengan tema  konvensyen ini, ‘Women Inspiring the World’. ( Wanita Inspirasi Dunia)



Selamat Menulis. Wassalam

Monday 15 September 2014

Puisi Bicara Tentang Wanita




Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana mengizinkan Hawa Convention berjalan dengan jayanya. Di sini saya ingin kongsikan sebuah puisi yang telah dikarang oleh alfadhil ustaz M. Hariri Mohd Daud dan dia jugalah yang turut mendeklamasikan sajak ini pada malam Sempena Konsert Selembut Sutera, Hawa Convention. 13 September 2014 :)

Puisi Bicara Tentang Wanita




Bicara tentang wanita
Zaman Jahiliah sudah asyik memuja
Puja mereka puja menghina
Manis dimulut
Dikubur jua ditanam hidup-hidup.

Bicara tentang wanita
Islamlah agama yang membela
Membela dengan cinta
Cinta yang membentuk rasa
Menzahirkan makna
Membela yang hina, menjadi bidadari syurga.

Apabila kita membela wanita
Bukan kerana dipaksa
Tetapi arahan Yang Maha Kuasa
Apabila kita membela wanita
Bukan kerana hak asasi
Tetapi suruhan Nabi.

Lihatlah pada sabda Baginda
Mengangkat Khadijah isteri tercinta
Insan bertuah mendahului syahadah
Namamu Khadijah
Didalam sirah dan juga surah.

Rasulullah SAW bersabda
Khadijah beriman kepadaku, disaat orang lain ingkar kepadaku
Khadijah membenarkanku, disaat orang lain mendustaiku
Dia memberikan harta, ketika orang yang tidak beri apa-apa.

Bicara tentang wanita
Bicara tentang keberanian
Wanita bernama Ummu Aiman
Perang Uhud menjadi bukti
Nyawa digantung untuk Yang Maha Agung
Dalam suasana kelam kabut, busur panah Hibban Al-Ariyyah menusuk tubuh
Ummu Aiman Syahid
Berita ini sampai kepada Nabi
Diarah sahabat membunuh pembunuh

Lihatlah ketabahan Srikandi Sumayyah
Dengan payah mempertahankan Akidah
Dipadang pasir, terik sang mentari
Dijemur didera dipaksa Murtad
Keluarga Yaasir tetap tekad
Apa jua mereka hadap

Abu Jahal pedang menghunus
Nyawa sudah dipedang musuh
Sumayyah isytihar akidah sungguh sungguh
Ditusuk tombak tiada terperi
Terrkejut sang negeri
Malaikat menyambut di syurga firdausi
Wanuta pertama syahid menemui Ilahi

Demikian pesona cinta dan keajaibannya
Berkorban apa saja untuk agama

Asma' binti umais kembali dari Habsyah pergi menemui Rasulullah.
"Wahai Rasulullah, sesungguhnya wanita berasa berputus asa".
Rasulullah bertanya, apa sebabnya?
Asma' menjawab, " kerana kebaikan mereka tidak disebut dalam Al-Quran".
Selepas itu turunlah ayat surah Al-Azhab ayat 35.

Firman Allah, "lelaki yang menyrbut nama Allah banyak-banyak dan perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak,
Allah telah sediakan bagi mereka
keampunan dan pahala yang besar".

Duhai wanita
Nikmat mana lagi ingin kamu dustakan!

Jika ditanya bagaimana Islam membela wanita
Itulah antara kisahnya
Sempurna
Kerana Tuhan menciptakan kamu dengan sempurna
Maka sempurnakan upaya mendekati kesempurnaanNya
Jika tidak
Bererti tidak sempurna
Jika tidak, kau dustai kesempurnaanNya.

USIM
13 September 2014

Tuesday 2 September 2014

Penampilan Istimewa Hawa Convention Special Return

Assalamualaikum wbt.

Moga sentiasa dalam redhaNya. Road to HCSR kian terasa. Tinggal beberapa hari shj lagi. Ada debaran, ada senyuman, ada tangisan dan ada pelbagai rasa... Hanya satu di saat ini, agar Allah kuatkan langkah dan tidak dipatahkan semangat.

Tujuan saya menulis kali ini untuk memperkenalkan selebriti/penceramah/panel jemputan bagi program Hawa Convention Special Return. Disini juga saya sertakan aturcara program yang telah di ubah sedikit dari segi penceramah dan tajuknya.

ATURCARA HCSR

Hari Pertama, 13 September 2014 (Sabtu)
Masa
Atur Cara
8.00 – 8.30am
Kehadiran dan Pendaftaran Peserta dan Minum Pagi
8.30 – 10.30 am
Slot 1 : Refleksi Surah An-Nur
            Ustaz Sukki Othman
10.30 – 11.00 am
Rehat
11.00 – 1.00 pm
Slot 2 : Keluarga Inspirasi Muhammad dan Khadijah.
            Ustazah Zawiah Hassan
            Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
1.00 – 2.00pm
Makan Tengahari dan Solat Zuhur
2.00– 4.00 pm
Slot 3 : Wanita dan Glamour
            PU Rahmat (Moderator)
            Salima Habibi
            Catriona Ross
4.00 – 5.00pm
Rehat, Solat dan makan petang
5.00 – 7.00 pm
Slot 4: Wanita Dalam Maqasid Syariah.
           Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar
8.00 – 10.30 pm
Konsert Selembut Sutera
           Farid Sanullah, Nowseeheart, Ustaz Mohd Hariri
10.30pm
Jamuan dan bersurai

Hari Kedua, 14 September 2014 (Ahad)
Masa
Atur Cara
8.00 – 8.30am
Kehadiran dan Pendaftaran Peserta
8.30 – 10.30 am
Slot 5 : wanita Inspirasi Dakwah Rasulullah.
            Ustazah Shadiya Abbas & Ustazah Nabilah
10.30 – 11.00 am
Rehat
11.00 – 1.00 pm
Slot 6 : Air Tangan Penambat Hati (Demonstrasi Masakan)
            Chef Hanilieza
1.00 – 2.00pm
Makan Tengahari dan Solat Zuhur
2.00 – 4.00pm
Slot khas: Wanita Inspirasi Negara.
            Dr. Nik Salida Nik Salleh
4.00 – 5.00pm
Perasmian Penutup.



                                  PANEL/PENCERAMAH/SELEBRITI JEMPUTAN

1) USTAZ SUKKI OTHMAN (PROGRAM TANYALAH USTAZ TV9)

2) USTAZAH ZAWIAH HASSAN (MURSYIDAH)



3) USTAZ AHMAD DUSUKI ABD RANI (PENCERAMAH JEMPUTAN)







4) RAHMAT IKHSAN (PENCETUS UMMAH)






5) SALIMA HABIBI






6) CATRIONA ROSS (PELAKON)






7) DR. AHMAD WIFAQ (PENSYARAH USIM)






8) USTAZ HARIRI (PEGAWAI JAKIM)







9) NOWSEEHEART (KUMPULAN NASYID TANAH AIR)






10) FARID SANULLAH (ARTIS ANTARABANGSA)






11) USTAZAH SHADIYA ABAS (PERSONALITI TV3)






12) USTAZAH NABILAH YUSUF (PROGRAM TANYALAH USTAZAH TV9 & PENSYARAH USIM)






13) CHEF HANIELIZA (CHEF & PENULIS BUKU MASAKAN)





14) DR. NIK SALIDA SUHAILA NIK SALLEH (RANCANGAN AL-MARAAYA TV9, PENCERAMAH BEBAS, PENSYARAH USIM)






Alhamdulillah, barisan panel dan penceramah yang cukup hebat. Siapa yang belum kenal mereka? Apa kata jom LIKE page HAWA CONVENTION  dan ikuti perkembangan HCSR dari semasa ke semasa.

Jangan lupa dengarkan radio Salam Fm di frekuensi 91.1 (Lembah Klang) kerana sketsa promo HCSR sudah mula disiarkan bermula 28 Ogos 2014.

Butiran serba sedikit mengenai program adalah seperti berikut:

HAWA CONVENTION SPECIAL RETURN
~Women Inspiring The World~
Tarikh:13 & 14 Sept.2014

 Tempat: DKP 3,USIM.
 

 Yuran peserta :
Individu (Pelajar USIM & pelajar luar)-RM 65
Berkumpulan (pelajar 5 orang)- RM60
Orang awam-RM70

Untuk pendaftaran atau sebarang pertanyaan, boleh rujuk saudari Auni: 013-6863098.

Like page FB Hawa Convention. (https://www.facebook.com/hawaconventionusim)

Juga terbuka pada NON-MUSLIM !

#pendaftaran akan ditutup pada 10 sept 2014.





Sebelum terlupa , kami ada menyediakan booth jualan.Booth jualan ini akan dibuka sepanjang program dua hari ini. Antaranya booth PTS, Telaga Biru, dan banyak lagi. Pelbagai hadiah menarik menanti anda :)


Jumpa di DKP 3, USIM nanti :)
Sekian, ilalliqo'. Wassalam.