Sunday 28 August 2016

Hilangnya permata agama


Assalamualaikum... sebenarnya ini entry kedua. Semalam hmpir setengah jam taip entry prtama... tapi terpadam macm tu aje.. Allahu..
Perkhabaran duka di pagi hari...
Alfatihah buat sahabatku si Bintang Syurga..  Almarhum Muhammad Saiful Azim bin Hairudin,28 Ogos 2016...
Selamat berehat ditaman syurga sahabat... sungguh aku cemburu melihat pengakiranmu.....
Rasa kehilangan....tiada lagi kata2 nasihat yang menampar telinga ini...
Tapi kat sini aku tampilkan nasihat2 almarhum Azim.

HIJAU PUTIH

Tiada madrasah terbaik bagiku, mengajar silibus perlawanan, meraih harga diri, menggodam marabahaya, menggebu keberanian menulis, mencanai intelektual, mengenal erti persahabatan tulus mulus dan juga cerminan hidup. Bagi aku PAS telah menyediakan ruang pendidikan yang besar kepadaku selama ini.


Aku tidak malu mengakui sebagai pencinta ulama dalam perjuangan PAS ini. Bagiku sesiapa yang ingin memenggal kewibawaan ulama dari jemaah ini bermakna ingin merenggut nyawaku juga.


Dengan mereka, aku mengenali fikrah perjuangan bahkan mengajarku abjad al-Quran dan pelbagai disiplin ilmu Islam. Aku akan terus berjuang untuk membentengi jemaah Islam ini daripada pemerkosaan anasir luar. Tiada kompromi teman !

#Istiqamah
#SehinggaParaPemudaMengerti


AL-MARHUM SAIFUL AZIM
04 April 2016

Dan ini ada sedikit pesanan akhir beliau yg di hantar ke grup wasap kami pada jam 12.57am 28 ogos.

Pesan sahabat.

Jangan biarkan dirimu terlalu lama bersama dengan mereka-mereka yang tidak melangsungkan kerja-kerja memenangkan Islam, serta memahamkan masyarakat perihal ajaran Allah dan Rasul.

Bukan apa, dibimbangi kelak nanti kamu akan dihinggapi penyakit yang sangat bahaya iaitulah, terputusnya diri dan hati daripada meneruskan kerja-kerja memenangkan Islam di atas muka bumi Allah ini.

Untukmu Sahabat.

Sungguh ia adalah satu pesanan yg trakhir. Arwah seakan2 tahu yg dia akan pergo meninggalkan kita semua..
Macam mana pun kita xbleh trima, inilah hakikatnya...Allahurabbi... sungguh mati itu sbaik2 peringatan bt kita smua...syg kita pda dia bgaikan keluarga...tp Allah jauh lbh syg pdanya... Allah ambil dia dlm.keadaan baik..sy bgga prnh jd kwn Azim... sy bgga😭😭😭😭😭😭

Ramai yg hadir utk solatkan jenazahmu, hantar kau ke tempat baru.
Subhanallah...Allah muliakan kematian mu atas segala perjuangan mu demi agama..

Ibu Azim sendri terkejut melihat hadirin yang begitu ramai.. dalam hati kecil nya terfikir, 'anak aku ini seorang ulama kah? Atau org besar berjawatan?... ya Allah, ibu mana yang tidak bangga punya anak hebat di mata Allah..

Ibu Azim kata, dia tak rasa anaknya sudah meninggal dunia, tetapi dia rasa Azim hanya keluar seperti biasa, menyampaikan ceramah, berdakwah, join aktivis motor, jadi amilin..  kerana itulah aktiviti semasa hayatnya...

Aku sendri sukar percaya yg Azim sudah berpindah ke dunia lain...
Allah maha hebat...
Wajah Azim tenang di balik kain kafan, meninggal dalam keadaan berwuduk menghadap Allah.. Husnul Khatimah muatmu sahabat...

Kematianmu sungguh menghidupkan hati aku yang kering ini...

Sungguh ramai org mampu bersabar, tp tak ramai redha.. aku akui itu...namun aku cuba utk redha dan tenangkan hati... tp sedih itu datang bertimpa2'' mengenangkan tarikh konvo yg mendekat.. sorang dari kalangan rakan kelas telah pergi... peritnya rasa...

Aku yakin... ini juga salah satu impian almarhum Azim utk capai scroll ijazah sesama...

Langit mana lagi yang mampu menampung air dr terus menitis.... begitu jgak aku....
Hipokritnya aku bila berpesan pad semua supaya bersabar dab sapu air mata tp aku aku sndri tersedu sedan...

Aku jd saksi bahawa engkau shabat terbaik, engkau anak yang soleh, engkau bintang dakwah, permata jemaah, Rijal sodhaqu, berjiwa rabbani, berfikrah haraki, berjasad jundi... itulah engkau...seorang anak muda yang istiqamah...

Saiful Azim tenanglah ditempat rehat yang abadi setelah penat berjuang di dunia...
ALLAHU AKBAR... syurga buat mu.. wassalam..

Muhammad Saiful Azim
1993- 28 Ogos 2016..

#AlmarhumSaifulAzim
#Dalamkenangan
#Alfatihahbuatmu


*Banyak yg ingin aku coretkan...namun lidah kelu... ayat smakin terbelit2.. ini sahaja yang termampu...

No comments:

Post a Comment