Thursday 23 May 2013

Duhai bonda


 
Ruang sempit bilik asrama kediaman pelajar itu agak sunyi pada waktu petang. Asyifa bersendirian dibiliknya memandangkan  rakan-rakan sebiliknya keluar membawa haluan masing-masing. Seorang ke pasaraya(Mirna) untuk membeli keperluan, seorang berdiskusi (Fifah)dan seorang lagi merupakan student arkitek(Fatin) yang menuntut dirinya menginfakkan hampir sepenuh masanya di studio fakulti untuk menyiapkan model-modelnya. Fatin jarang sekali menjenguk wajahnya ke bilik lantaran kesibukan dengan tugasan.
Suasana sunyi petang dengan bunyi kipas yang berputar ligat di atas kepala membawa Asyifa mengingat kembali cerita duka yang dibawa oleh Fifah.  Kisahnya berkisar tentang masalah keluarganya. Kasihan sekali ibunya kerana menanggung derita diperlakukan seperti hamba abdi di rumah sendiri oleh menantu sulongnya. Fifah tidak tahan untuk mendengar luahan hati ibunya setiap kali dia menelefon ibunya di kampung.
Fifah berasal dari keluarga yang agak berada. Ibunya yang sedang meniti hari-hari tua kini menetap bersama anak sulongnya di rumahnya sendiri. Abang sulong Fifah kini sedang mengambil alih syarikat kontraktor arwah ayahnya setelah ayahnya meninggal dunia sekitar sepuluh tahun yang lalu. Abangnya kini beristeri dan mempunyai 4 orang cahaya mata. Anak sulongnya kini berada di tahun 6 dan bakal menduduki UPSR beberapa bulan sahaja lagi.
Apa yang menyedihkan di sini ialah, menantu yang sudah seperti anak sendiri itu tidaklah seperti yang diharapkan oleh si ibu. Sudahlah hidup menumpang di rumah si ibu mertua, dilayannya seperti pembantu rumah.anak-anaknya yang masih kecil dibiarkan ibu yang meniti hari tua itu menjaganya. Anak dara sulong yang sedang meningkat dewasa juga tidak boleh diharap untuk membantu meringankan beban si nenek. Apa yang pasti,makin menambah beban.
Arwah suaminya pernah berpesan, “jika semua anak-anak kita dah kahwin nanti, Zah janganlah sesekali tinggal bersama menantu perempuan. Besar risikonya nanti”. Benar sekali kata suaminya itu. Namun apa dayanya sekarang. Masakan dia mahu menyuarakan kehendak batinnya di hadapan anak sulongnya itu. Anak sulongnya itu tidak pernah tahu akan apa yang dilalui oleh si ibu dan apa yang di lakukan oleh si anak lantaran sibuk dengan urusan syarikat.
Pernah satu malam, si menantu membeli pizza untuk di makan bersama anak-anak dan suami, ibu di sisi tidak di endahkan. Bukan si ibu ingin mengemis, tapi sekurang-kurangnya ajaklah dia sekali untuk menjamah walau sesuap. Tidak akan habis ibu itu memakan pizza itu kerana itu bukanlah kegemarannya. Walhal selepas makan, rumah bersepah-sepah. Pinggan mangkuk meenuhi sinki, ibu tua itulah yang mengemas dan mecucinya. Aduh, kasihan. Akan tetapi, apabila seluruh keluarga Fifah berkumpul ketika cuti hujung tahun atau cuti sekolah, perwatakan kakak ipar mulai berubah. Ringan tangannya membantu si mertua. Ramah mulutnya. Ahhh sungguh hipokrit. Di belakang ipar-duainya, sebaliknya pula yang berlaku. Memasak, membasuh, mengemas dan membeli barangan dapur, kesemuanya si ibu yang menanggung.
Kerjaya menantu sebagai nurse kekadang menuntutnya bekerja pada shift malam. Lalu anak kecil yang masih merangkak terpaksa tidur bersama nenek. Namun, sekicil sukar tdur pada waktu malam dan selalu merengek-rengek. Hal ini menyebabkan si ibu tua terpaksa berjaga sepanjang malam demi cucu nya.
Bukankan perbuatan sebegini termasuk dalam dosa-dosa menderhaka kepada ibu bapa? Bukankah ibu mertua kita itu juga ibu kita???Nauzubillahi min dzalik!

Ibubapa Menurut al-Sunnah.

Terdapat banyak hadis sahih yang menerangkan kedudukan ibubapa di dalam Islam dan tuntutan untuk berbuat baik kepada mereka. Berikut dikemukakan sebahagian daripada hadis-hadis tersebut diikuti dengan penjelasan tentang petunjuk hukum dan pengajaran daripadanya:

   1.      Keredhaan Allah Terletak Pada Keredhaan Ibubapa.
   2.      Derhaka Kepada Ibubapa Termasuk Dosa Besar.
   3.      Ibu Lebih Utama Berbanding Ayah.
   4.      Kepentingan Menggembirakan Ibubapa.
   5.      Wajib Meminta Izin Ibubapa Sekalipun Dalam Urusan Agama.
   6.      Kehinaan Anak Yang Tidak Berbuat Baik Kepada Ibubapa Yang Lanjut Umur.
   7.      Tidak Boleh Membenci Dan Memutuskan Hubungan Dengan Ibubapa.
   8.      Doa Ibubapa Pasti Dikabulkan.
   9.      Anak Yang Berbuat Baik Kepada Ibubapanya Memiliki Darjat Yang Istimewa.
  10.     Dikabulkan Doa Anak Yang Berbuat Baik Kepada Ibubapa.
  11.     Ibubapa Memiliki Hak Terhadap Sebahagian Harta Anak.
  12.     Ibubapa Memiliki Hak Dalam Pemilihan Pasangan Hidup Anak. 
Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.[ Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 2654 (Kitab al-Syahadat, Bab apa yang diperkata berkenaan sumpah palsu).]

Hadis ini membenarkan apa yang disebut sebelum ini, bahawa hubungan seorang anak dengan ibubapanya memiliki kaitan dengan hubungannya kepada Allah. Jika seorang anak berbuat baik kepada kedua ibubapanya sehingga mereka redha kepadanya, maka Allah juga redha kepada anak tersebut. Akan tetapi jika seorang anak tidak berbuat baik sehingga menimbulkan kemurkaan ibubapanya, maka Allah juga murka kepadanya.
 (ya allah, ampuni aku sebagai anak yg sentiasa melukai hati si ibu... sebagai insan biasa, aku tidak terlepas dari melalukan dosa dan kesalahan. biasalah, iman manusia itu bertambah dan berkurang. namun aku cuba sedaya upaya untuk terus istiqamah semampuku.. semoga ibuku meredhaiku... tak sabar rasanya nak tuggu cuti semester. Ingin menatap wajah si Ibu yang redup. terlalu rindu <3 ...sabarlah duhai hati.Ayuh menjadi anak yang berbakti di hari tua mereka..... )

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin
  

Padamu ku harap
Kau hadir dalam hariku
Agarnya kau tahu betapa ku cinta padamu
Setiap masa
Seolah ada di sisi…
Kasih padamu takkan pernah padam

Sayangku hanya engkau di hati
Jiwaku ini kosong tanpa pelukanmu
Oh belaianmu

Kasih kita ditakdirkan
Bersama takkan engkau ku persiakan
Walau terkadang hatimu dah terusik olehku

Selagi ada nyawa seluruh daya
Kan ku pastikan kau gembira
Segala cinta dan saat bahagia
Oh ibu ke akhir hayatku