Sunday 30 June 2013

ujian sebagai Anugerah???


Terpaku mata melihat beberapa kilauan yg sangat cantik pada beberapa helaian daun diluar tingkap .. embun! Persis intan permaya apabila disapa sang mentari pagi . angina pagi mengoles pipi, dingin. Membuai hati, mengusik naluri. Subhanallah,agungnya ciptaanMu! Tak kan bisa ditandingi oleh sesiapapun….
Merenung diri sendiri,kenapa diri ini seringkali diuji? Hingga terfikir diminda adakah aku tidak dikasihi Ilahi?
Astaghfirullahal’azim… persoalan sebegitu tidak patut dizahirkan. Mana mungkin Allah melupakan hamba2nya sedangkan mereka yang kufur pun Allah masih berterusan memberi nikmat pada mereka.Apalagi jika dibandingkan dengan hambanya yang beriman dan bertakwa. Ssemakin bertambah2lah nikmat dan kurnianya….
UJIAN SEBAGAI ANUGERAH????
Ya, ujian adalah anugerah daripada Allah untuk hambanya yang terpilih. Ujian membawa seseorang lebih dekat dirinya kepada Allah. Lebih khusyuk ibadahnya kepada Pencipta, lebih insaf dirinya daripada segala dosa. Syukurlah atas nikmat ujian. Tidak semua orang terpilih untuk diuji dan ujian terhadapa hambaNya adalah berbeza antara seorang individu dengan yang lain. Ujian yg ditimpakan adalah mengikut kemampuan hambanya. Ingatlah akan janji2 Allah dalam Firmanya:
            ‘Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya’(al-Baqarah:286)
Dan perlu diingat, bahawa setiap kesusahan yang Allah timpakan itu tidak akan selamanya susah. Setiap kesusahan dan permasalahan pasti ada kesenangan dan jalan penyelesaiannya.
maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, ”(as-nasyrah:7)
~orang yg diuji adalah org yg drindui Allah....Allah trlalu rindukan rintihannya......~
syukran ukhti Aisyah Daud...



Friday 28 June 2013

Kelahiranku....

Alhamdulillah, syukur ya ALLAH. Tanggal 27 jun 2013 genaplah usia ku 20 tahun. rasa tak percaya pula bila umur dah mencecah ke tahap tu. tapi ini lah realiti yg harus diterima. umur dah mencapai angka 2. tapi amal dan kebajikan entah ke mana. hmm bermacam-macam ucapan yg aku terima. Doa panjang umur tu paling kerap lah.Apa yang paling penting bukan sekadar panjang umur, tapi umur itu tidak tersia-sia macam tu jer. punyai bekal untuk kesana nanti.
Dapat 1 ucapan yg berbunyi "sanah helwah ya ukht, ingatlah, betul umur bukan menentukan apa-apa... tapi, umur membawa kamu semakin dekat dengan mati. kamu semakin dekat denag kubur. jadi persiapkanlah bekalmu secukup2nya kerana Izrail itu setiap hari menjenguk kita. hanya menunggu saat-saatnya sahaja. semoga ALLAH menambahkan keberkatan pada umurmu seiring doa-doa sahabat."
Sungguh terkesan...InsyaALLAH ...Doa dan ingatan kalian membantu aku membina diri.
banyak sungguh kenangan yg terlakar pada kelahiran kali ini. terima kasih pada semua ucapan yg telah aku terima dari sahabat2, alang aiman,sudi dgr celoteh hari2.Ruhil for that vdeo yg melelhkan air mata..hihi... pada akak yg bagi cincin tu. tenkiu dear. walaupun dirimu sendiri dalam kesempitan, aku janji akan menjaga cincin tu.. thanks buat azie dan dalila yg memeriahkan mlm bfdayku....berhabis duit sbb celbrated my bufday. aku tak mengharap lebih pun.. taklupa buat huda, amal n mira jugak...kek coklat yg sedap.skit perut konon...heheheh..
buat teman-teman sekelas, thanks a lot untuk rehlah yg sangat2 seronok n bezzzz kt sg tekala tu.even banyak ujian nk smpai ke sana, tapi kita boleh juga smpai dgn selamat

.. hikmahnya kita tak tahu.apa yg paling penting,ianya menjadi kenangan terindah buat kita semua....akan kuingat sampai bila2 saat2 'indah' itu even aku kena agak teruk....hihi
harap-harap kita semua jadi sahabat till jannah.no gduh2 n su'uzhon..ada pape xpuas hati, boleh selesai cara baik.itu  lebih baik....
satu jer doa dan harapan ku sempena ulang tahun kali ini... MENJADI SOLEHAH.....
hati sering berbisik...aku ingin menjadi wanita solehah dan muslihah...
namun wasilah untuk sampai kepadanya amat susah! payah!
terasa berat pada mujahadah, lelah istiqamah...
berbekalkan kurniaan pinjamanNya....
tidak berhenti aku memohon,
moga diteguhkan azam tanpa kenal erti menyerah,
ditetapkan hati untuk meneruskan islah,

hingga aku berjaya mencapai SOLEHAH....
~anak soleh adalah pencen kubur mak ayah~
~wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan....~
 الَّذِينَ آمَنُواْ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُواْ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ فَقَاتِلُواْ أَوْلِيَاء الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفاً
 Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.~surah An- Nisa':76~
moga hidup ini terus berjalan seiring dengan rahmat dan keredhaanNya.... thank buat bonda tercinta. tanpanya,aku tidak mengenal dunia ini....
#creditted to Aishah Daud#


Thursday 13 June 2013

Sebaik-baik penolong..


Selasa:
            Tatkala kawan membawa perkhabaran supaya menjelaskan duit deposit rumah sewa, hatiku mula mulai gusar. Manakan tidak, sekarang di pengakhiran semester. Duit dalam akaun simpanan semestinya menyusut kerana sumber kewangan utamaku hanya lah pinjaman PTPTN. Duit yang tinggal hanya untuk cukup-cukup makan sepanjang minggu bahasa yang bakal berlangsung dua minggu lagi.
 Tidak tergamak pula untuk meminta wang saku dari mak kerana mak hanyalah seorang ibu tunggal yang tidak mempunyai apa-apa profession dan perkerjaan. Adik-beradik? Hummm, masing-masing menggalas tanggujawab keluarga mereka. Tidak dinafikan, mereka turut menyumbang dana perbelanjaan, namun untuk sekadar makan-makan. Segan pula nak meminta-minta. Kakak yang paling dekat denganku pula masih praktikal. Ahhh sukar.
Perhatian cuba dialihkan pada buku Kaedah Dakwah yang terbuka menanti dibaca. Sebentar lagi aku akan menempuhi peperiksaan final Dakwah. Persoalan duit rumah sewa diketepikan buat seketika. Lagipun duit tersebut perlu dijelaskan pada hari khamis(dua hari lagi).

Khamis:
            Usai exam bahasa arab, aku duduk bersembang seketika bersama kawan-kawan mengenai rumah sewa sambil-sambil menjawab quiz ICT. Masalah duit masih belum selesai. Aku nekad untuk keluarkan semua yang ada dalam akaun. Namun tiba-tiba handfonku berdering menandakan isyarat mesej masuk. Hanya ungkapan Alhamdulillah yang terlafaz. Duit zakat dari Usim yang ku tunggu-tunggu telah dideposit ke akaun aku. Terasa Allah terlalu dekat dan memahami situasi aku dikala itu sedang orang lain tidak mengetahui. Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan aku disaat itu. Pertolongan yang tak disangka-sangka hadir tika saat diri betul-betul memerlukan.
Moral of the story….. tak ada apa pun nak cakap. So, kita jangan la terlalu bergantung pada manusia kerana rezeki itu dari ar-Razak. bukan dari tuuuttttttttt……. Cuma berwasilahkan pada makhluk jer. Percaya dan yakin pada Allah. Jadi usahlah bersedih. Allah bersama kita.
Terfikir balik, mungkin inilah kuasa solat Dhuha. Pembuka rezeki. Pelapang dada. Allah membantu setiap hambanya dengan cara yang berbeza.




Doa dhuha….
“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.
Jangan sekadar solat dan berdoa atas tikas sejadah tanpa usaha pulak!heheheh. Sekadar perkongsian biasa untuk suka-suki…. Wallahu’allam….

Sunday 2 June 2013

Jalan menujuMu.


Bismillahirrahmanir Rahim.
Semoga Allah merahmati penulisanku ini. Bersaksikan mu ya allah, jalan dakwah bukan senang seperti yang di sangka.ramai diantara kita yang tahu bahawa dakwah itu penting dan itu adalah kerja utusan mulia Muhammad SAW. Namun seramai manakah yang sanggup memikul dakwah ini dan mewarisi pekerjaan Muhammad SAW?
Sebagai insan yang bergelar muslim, kita di tuntut untuk menyampaikan walau satu ayat.  Seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW: “Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi.
Allah mendatangkan ayat didalam al-Quran yang menuntut kita utuk menyampaikan dakwah seperti:
“ Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, dan mengerjakan kebajikan dan berkata: sesungguhnya aku termasuk dalam golongan muslim yang berserah diri?” fushilat:33.
Skop dakwah tidak terhenti hanya pada menyeru manusia kepada makruf dengan lisan. Namun juga dengan perbuatan. Sebagaimana insan mulia yang kita teladani iaitu Muhammad SAW. Baginda bukan sahaja menyeru sekada menyeru, akan tetapi dibuktikan dengan amal-amal yang baik. Walaupun diri dihina dan dicaci sehina-hinanya, telinga tidak terasa pedih dengan penghinaan lantaran manisnya syurga yang hendak dicapai.
“serulah manusia ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik.” An-Nahl:125.
Matinya seorang da’ie dan kader, bukan beerti dakwah juga terkubur di situ. Akan tetapi, kitalah penyambung wasilah mereka dimuka bumi ini. Infakkan masa jua tenagamu di jalan dakwah. Pasti Allah akan membalasnya dengan setimpal atas apa yang kita kerjakan.
Siapakah lagi yang mampu melihat dunia yang semakin rosak akhlak pemudanya? Lengkapkan ilmu didada untuk kepentingan ummah. Persiapkan diri untuk pertemuan dengan Allah yang abadi.
Semoga dikuatkan hati-hati ini untuk terus menyampaikan dan menyampaikan…….


Duhai sang murobbi…..
Selayaknya bagi jiwa-jiwa yang mengazzamkan dirinya di jalan ini
Menjadikan dakwah sebagai laku utama
Dialah visi, dialah misi, dialah obsesi
Dialah yang menggelayuti di setiap desah nafas
Dialah yang akan mengantarkan jiwa-jiwa ini kepada ridho dan maghfiroh Tuhannya kelak

Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu

Terik matahari tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai tak lunturkan azzammu
Ragakan terluka tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia tak silaukan pandangmu

Semua makhluk bertasbih panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa limpahkan rahmat atasmu

Terik matahari tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai tak lunturkan azzammu
Ragakan terluka tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia tak silaukan pandangmu

Duhai pewaris nabi duka fana tak berarti
Surga kekal abadi balasan ikhlas di hati

Cerah hati kami, kau semai nilai Rabb suci
Tegak panji Ilahi bangkit generasi Robbani

(sang murobbi: Izzatul Islam)