Tuesday 26 August 2014

Ibrah surah Al-Qalam dan adik huffaz 30 Juz


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

"Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis" al-Qalam:1

Subhanalllah....

Hanya itu yang terungkap di bibir apabila mendengar bacaan dari adik Jamaluddin yang merupakan seorang Huffaz. Merdu, menusuk ke hati. Sayu hati, speechless. Hanya kerana kesalahan yang sedikit dia terpenjara. Undang-undang dunia yang selamanya memang tidak akan adil.

Namun, apa yang dibacanya yang merupakan petikan dari surah Al-Qalam itu membawa maksud yang cukup besar.
Hikmah terbesar dari Adik Jamaluddin apabila terpenjara ialah, dia mampu menjadi imam kepada banduan-banduan yang lain, menjadi contoh tauladan dan ikutan, malah hati yang keras boleh menjadi lembut apabila di simbah dengan ayat-ayat al-Quran. Sungguh kita tidak tahu akan hikmah tersebut sebelum ini. Ramai yang terkesan dan tersentuh hatinya apabila mendengar bacaan darinya.
Dan melalui adik ini juga, mataku terbuka luas untuk menghayati apa yang terkandung di dalam surah AL-QALAM ini.
 Benarlah. Allah itu lebih tahu segala-galanya.
"Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk." Al-Qalam:7

 http://www.youtube.com/watch?v=qEnvPDUgOik

Surah ini banyak memberi peringatan pada orang-orang yang zalim dan orang yang berbuat baik.
Azab pedih dijanjikan pada mereka yang suka mencaci, memfitnah serta menghalangi orang lain dr berbuat baik serta golongan yang sangat kejam. sila rujuk ayat 11 sehingga 16 surah al-Qalam.

Namun Allah itu sungguh adil kerana, taman-taman Syurga dijanjikan pada mereka yang bertaqwa padaNya.

"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan bagi mereka taman-taman Syurga yang penuh nikmat, di sisi Tuhan mereka." al-Qalam:34

Yakinlah pada apa yang Allah janjikan dan percaya padaNya. Kerana.... al-Quran adalah PERINGATAN!

"Padahal Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi umat manusia seluruhnya" -al-Qalam:52




No comments:

Post a Comment