Tuesday 14 October 2014

Bicara Tentang Jihad.

Assalamualaikum wbt. Mungkin dalam kalangan kita semua sedia maklum dengan kalimah JIHAD. Dari kecil, pemikiran kita dipasakkan dengan kalimah ini. Malah bercita-cita untuk berjihad lagi.

Skop jihad sebenarnya terlalu luas. tidak terhenti sekadar keluar berjihad di medan perang. Jihad also mrangkumi jihad dalam membangunkan ekonomi, politik, sosial , pendidikan, kesihatan etc. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Islam ialah Rahmatan lil Alamin. membawa rahmat kesekalian alam. Maka jihad mrupakan lambang keagungan Islam smasa zaman yang di syariatkan utk mempertahan kebenaran penganutnya, bukan utk menzalimi org lain. Kerana agama kita tidak zalim.

Namun hari ini, ramai dikalangan kita menyalah-anggap tentang isu jihad ini. Atas rasa bertanggungjawab, Ustaz Fadhil Noor menterjemah buku Ringkasan Fiqh Jihad karangan Dr Rejab Abu Meleh sebagai sebuah hadiah berharga kepada kita sebagai rakyat marhaen ini.


Di sini sy sengaja ingin mengemukakan sedikit mukaddimah kepada buku ini. Sebagai satu langkah taaruf sahaja. Namun utk tahu lebih detail, eloklah kita membeli kitab Fiqih Jihad karangan Dr Yusuf al-Qaradhawi ataupun ringkasan fiqh jihad Dr Rejab Abu Meleh dan hadam sebetul-betulnya.

Sedikit Mukaddimah:

Kitab Fiqih Jihad karangan Dr Yusuf al-Qaradhawi telah diterbitkan oleh Maktabah Wahbah di Kaherah , Mesir. Beliau begitu teliti sehingga menangguhkan penerbitannya sehingga kandunga kitab ini betul-betul memuaskan hati beliau. Setelah itu, lahirlah kitab ini yang mampu menjawab persoalan2 umat masa kini berkaitan jihad.






Menurut Dr Yusuf Qaradhawi, isu jihad tidak terlalu mendapat perhatian walaupun ianya adalah isu yang teramat penting dan diperlukan orang ramai.Ini kerana, sebenarnya terdapat golongan yang berasa khuatir untuk membuka  pintu perbincangan dan penulisan berkenaan jihad krn kebimbangan trhadap ijtihad yang dikeluarkan dalam keadaan lemah seperti keadaan umat kita.

Dr Yusuf juga trut mempelbagaikan sasaran manusia yang memerlukan buku ini, antaranya:


  1. Golongan ulama syariah(ahli fiqih)
  2. Golongan pengamal undang-undang(hakim dan peguam)
  3. Umat Islam
  4. Golongan sejarah
  5. Ahli pemikir
  6. Orientalis'
  7. Golongan yang gemar berdialog
  8. Ahli politik
  9. Golongan Pendidikan
  10. Golongan tentera
Kitab ini ditulis berlandaskan manhaj yang betul iaitu berpandukan AlQuran dan sunnah serta fiqh2 Islam, perbandingan antara mazhab, realiti semasa DLL.
Untuk ketahui ttg hukum jihad, pendapat2 ttg jihad mnurut ulama2 lain dan perbezaan antara jihad DLL, boleh dapatkan buku di atas. panjang untuk dihuraikan disini. sengaja ingin berkongsi ttg isu jihad. supaya kita lbh proaktif dan mmbuka mata ttg isu ini.

Sesungguhnya saat ummat Islam berada pada tahap kelemahan dan kealpaan, maka jihad adalah pencetus kebangkitan umat yang mampu mengembalikan mereka kepada pentas yang asal. tanpa jihad, umat islam akan dipandang hina dan rendah.

Ingat, Islam bukan agama yang zalim dan terorist dan peperangan bukanlah matlamat asal Islam, akan tetapi itulah jalan terakhir utk mmpertahankan agama dan negara.

Rujukan:Ringkasan Fiqh Jihad.
Siti Nor Hayati Mohd Daud.
PTSL,UKM



Thursday 9 October 2014

Wanita Inspirasi Dunia

Alhamdulillah, dah dekat sebulan HCSR 2014 berlalu meninggalkan kita. Gembira dapat menjadi salah satu drp penggerak HCSR.. Moga stiap apa yg tlah disampaikan dalam HCSR boleeh di ambil sebagai panduan dalam kehidupan kita sehari-harian.

Syukur juga artikel berkenaan HCSR 2014 diterima masuk paper Utusan Malaysia dan Berita Harian 2 minggu yang lepas. Penulisan artikel bukanlah mudah.perlukan fakta yg tepat .






Inilah penulisan artikel ku yang pertama atas bimbingan saudara Azmil Abu Seman(YDP USIM) dan Kak Syakirin (TYDP USIM). Dan inilah yg memberi semangat untuk aku terus menulis. kat bawah ini aku nak sertakan artikel ku yang sebenar sebelum diedit masuk paper :)




Setiap insan tidak akan terlepas dari dibelenggu pelbagai masalah termasuklah kaum hawa. Isu akidah, pergolakan dalam keluarga , permasalahan kaum wanita serta masalah sosial. Hal ini terjadi disebabkan kerana kurangnya aplikasi nilai murni dalam kehidupan seharian. Namun, tidak dinafikan bahawa kaum wanita mula melebarkan pengaruhnya melalui bidang keilmuan dan kepimpinan sehingga boleh diibaratkan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Pada hakikatnya, tuntutan agama masih kurang dipraktikkan sehingga meledaknya pelbagai gejala negatif dalam keluarga,masyarakat dan Negara.
Sejajar dengan masalah yang timbul, Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) USIM telah mengambil satu inisiatif baru bagi mengurangkan masalah tersebut. Atas rasa tanggungjawab dan prihatin, pihak MPP USIM  mula menganjurkan sebuah konvensyen yang diberi nama Hawa Convention 1.0 bermula Disember 2012 dan kesinambunganya Hawa Convention 2.0 pada September 2013 di bawah pimpinan MPP USIM sesi 2012/2013 dengan jayanya.
Hawa Convention Special Return peringkat kebangsaan dibawah pimpinan Timbalan Yang Dipertua MPP USIM sesi 2013/2014 yang bertemakan “Women Inspiring The World” hadir untuk kesekian kalinya bagi menyuntik inspirasi baru buat semua kaum hawa. Konvensyen kali ini  dijangka akan melibatkan semua siswi dan kakitangan wanita USIM, siswi di seluruh IPTA dan IPTS di Malaysia, orang awam serta wanita yang bukan beragama Islam.. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan serta pengetahuan yang menyeluruh berhubung dengan wanita, secara berperingkat sama ada individu, keluarga, kepimpinan dalam masyarakat, negara mahupun dunia dan segala informasi berhubung ruang lingkup wanita agar peserta konvensyen ini dapat berperanan dan berfungsi secara efektif dan proaktif sebagai seorang wanita.
Konvensyen seumpama ini dilihat sebagai satu konvensyen yang sangat baik bagi semua siswi di seluruh IPTA dan IPTS juga seluruh wanita di Malaysia kerana hasil daripada konvensyen ini akan dapat memberi suatu pengetahuan yang sangat bermanfaat dan kefahaman yang sangat berguna berkenaan wanita dari pelbagai aspek pengetahuan sama ada dari sudut fiqh, ibadat, akhlak,keluarga dan juga syariah.
 Peserta konvensyen ini menyaksikan perkongsian ilmu oleh para ilmuan yang profesional dalam pelbagai bidang seterusnya membawa kepada impak yang sangat positif.  Modus operandi konvensyen ini seakan-akan menyahut tuntutan Allah swt supaya menuntut ilmu kerana ianya satu kefarduan ke atas setiap individu Muslim sebagaimana yang diriwayatkan oleh hadith Ibn Majah.
Sebagai siswi yang terdidik, mereka tidak seharusnya memikirkan soal yang remeh seperti cinta dan bersuka-suka agar mereka lebih terkehadapan, proaktif dan berfikir diluar kotak fikiran. Dengan hadirnya ilmuan seperti Dr Ahmad Wifaq, yang membincangkan soal ’Wanita dalam Maqasid Syariah’ maka misi konvensyen akan mampu dicapai.  Konvensyen ini juga dilihat membawa sedikit kelainan dengan menampilkan selebriti tanah air iaitu Catriona Ross, Salima Habibi dan Pencetus Ummah Rahmat dalam sebuah forum, ’Wanita dan Glamor’. Slot ini bakal mengenengahkan cara wanita berhadapan dengan dunia hari ini yang terdedah dengan fitnah kerana wanita signifikan dengan fitrah yang suka kepada perhatian. Selain itu, slot ini juga menekankan bagaimana ingin berpersonaliti menarik anjuran Islam. Hal ini selari dengan apa yang dituntut dalam Islam seperti apa yang terkandung dalam hadith riwayat Muslim dan Tirmizi mafhumnya, ‘Sesunguhnya Allah itu cantik dan suka akan kecantikan’.
            Skop konvensyen ini bukan sekadar menyaksikan pembentangan kertas kerja, malah pihak penganjur turut menghadirkan satu slot demostrasi masakan oleh Chef Hanieliza yang juga merupakan penulis buku masakan di PTS Publishing. Tambahan pula, konvensyen ini turut menghiburkan para peserta yang hadir dengan sebuah konsert yang dihadiri artis nasyid terkenal tanah air iaitu kumpulan Nowseeheart serta seorang penyanyi antarabangsa yang popular menerusi lagunya “Don’t Forget Allah” iaitu Farid Sanullah. Konsert  yang diadakan ini membuktikan bahawa Islam turut menganjurkan umatnya untuk berhibur selagi tidak melangkaui batasan syariat yang telah ditetapkan.
            Sehubungan dengan itu, MPP USIM serta semua yang terlibat menaruh harapan besar agar segala usaha ini mendapat sokongan dan diterima oleh semua golongan masyarakat. Dalam pada itu, laungan ‘Mempelopori Sains Islam, Memimpin Keilmuan’ yang sering diuar-uarkan USIM akan dapat dicapai sekiranya mahasiswi bangkit mengubah paradigma mereka seterusnya mampu dijadikan sebagai sumber inspirasi kepada masyarakat diluar selari dengan tema  konvensyen ini, ‘Women Inspiring the World’. ( Wanita Inspirasi Dunia)



Selamat Menulis. Wassalam