Wednesday 2 June 2021

Buku Selamat Tinggal Purnama karya Teme Abdullah.

 

Serius nak bagitahu kamu semua, baca buku Teme  boleh jadi makin 'stress'.

Hurm...

Mana tak stress kalau lepas baca tu nak baca lagi, nak baca lagi๐Ÿฅด

Sejujurnya Buku [Selamat Tinggal Purnama] Strain Pertama dan Strain Kedua ni aku beli tahun lepas. 27 Okt 2020. Ambil masa yang lama untuk baca sebab bertangguh.

26 Mei 2021 Teme lancarkan 2 buah buku baru lagi. Kapal Terakhir Di Dunia. Disebabkan nak beli buku baru tu, aku perlu habiskan bacaan buku lama.

Jadi aku kosongkan fikiran, tarik nafas dan mula baca. 2 hari setengah jer siap dua buah ๐Ÿคฏ

Sebab apa cepat sangat tu? Macam aku bagitahu awal-awal, bila baca tu susah nak jumpa titik dan makin stress nak tahu apa kejadian selepas itu. ๐Ÿคญ

Buku-buku Teme ni menarik sebab:

1. Sesiapa yang baca buku-buku Teme sebelum ini, pasti kenal gaya penulisannya yang sentiasa berfikir di luar kotak. Seperti buku Empayar, buku STP ini Teme membawa kita kenal satu dunia baharu yang sangat berbeza dengan dunia yang kita diami hari ini.

Negara tersebut bernama Nusaraya, serba canggih, hidup dengan segala aplikasi dan nyawa manusia bergantung pada mata kredit. Maknanya, kalau mata kredit kau habis, tamatlah riwayat.

2. Susunan plot cerita yang terancang dan digarap dengan sehabis baik. Jadi kita baca cerita yang tersusun elok ni, kita akan lebih menjiwai jalan cerita. Maka akan muncullah pelbagai perasaan dalam diri seperti marah, sedih, suka, kecewa dan tertekan. Itulah yang aku rasa sewaktu menghabiskan STP.

3. Sebagaimana penulisnya seorang yang berimu dan berpendidikan tinggi, begitu juga dengan karyanya yang diselitkan dengan ilmu dan nilai. Walaupun ianya sekadar novel fiksyen yang tak menyentuh soal keagamaan pun, tapi nilainya sangat tinggi.

4. Plot twist yang cukup hebat. Tak dinafikan, semua pembaca inginkan sebuah pengakhiran cerita yang cukup indah.

Sebelum pengakhiran Strain Kedua, pembaca disajikan dengan sebuah kesedihan atas kehilangan. Tapi plot berubah 100% di titik-titik terakhir. Dari situ kau akan cari semula perkaitan dari awal-awal cerita.

5. STP sesuai diangkat sebagai filem/drama memandangkan cerita ini pun berkisar tentang dunia anak seni yang popular.

Ianya boleh juga dijadikan sebagai satu teguran buat semua golongan yang terlibat dengan dunia seni.

.
Ini hanyalah pandangan mata kecil aku untuk buku Selamat Tinggal Purnama.

Perasaan setiap kali habiskan bacaan buku-buku Teme, aku sering mengharapkan ada sambungannya lagi dan lagi. Ideanya sangat segar.

Cukup dulu untuk #reviewbuku kali ini. Kalau rajin aku cuba riview buku lain lagi. Ini sempena menyahut seruan sifu Izzul Islam Shuhaimi untuk buat headline yang hook dan penulisan guna nombor ๐Ÿคฃ

Entah jadi ke tidak, mohon ampun maaf dan tunjuk ajar lagi sifu. Terima kasih๐Ÿค—

Yang belajar membaca dan menulis,
Siti Nor Hayati ✅

Sunday 5 July 2020

Mahkota Kiasan (Memoir Covid 19)

Tak kisah lah apa pun yang terjadi..
Yang penting buku Mahkota Kiasan (antalogi puisi)  dah sampai ke tangan..

Corona dalam bahasa Sepanyol yang membawa maksud Mahkota. Mahkota Kiasan (Corona Metaforica).

Tersangatlah puitis bait-bait puisi saudara Fedtri Yahya .

Benarlah yang tertulis tu..
Beliau menikam dengan puitis sekali.
Buku ni menceritakan hampir semua isu yang terjadi sepanjang Covid 19 melanda negara kita.
Kekal menjadi kenangan abadi.
Subhanallah, memang Allah kurniakan idea yang mencurah-curah buat beliau untuk siapkan buku ini sepanjang PKP.

Baru saja baca selembar "Risalah Menyerlah Indah Warkah Basyirah" nyanyian DSCT. Memahami makdud disebalik lagu itu...
Penuh dengan pengharapan dan doa๐Ÿค—

Bacalah,  dari situ kita akan menyingkap sesuatu.

Allah berfirman:

"Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia(timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak mereka merasakan sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)."
[Surah Ar-Rum :14]



Saturday 23 May 2020

Syamail Muhammadiah 30: Buah-buahan Rasulullah Pernah Makan

29 Ramadhan 1441H

[Syamail 29: Gelas Minum Rasulallah ]

๐Ÿ‘‰Anas Bin Malik mengeluarkan gelas yang terbuat dari kayu keras dan dilapisi besi seraya berkata,  'Wahai Tsabit, ini adalah gelas Rasulullah SAW. .'." [Riwayat Tirmidzi,Bukhari dan Ahmad]

๐Ÿค—Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda.. 

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan

Syamail Muhammadiah 29:Gelas Minum Rasulullah

29 Ramadhan 1441H

[Syamail 29: Gelas Minum Rasulallah ]

๐Ÿ‘‰Anas Bin Malik mengeluarkan gelas yang terbuat dari kayu keras dan dilapisi besi seraya berkata,  'Wahai Tsabit, ini adalah gelas Rasulullah SAW. .'." [Riwayat Tirmidzi,Bukhari dan Ahmad]

๐Ÿค—Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda.. 

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan

Syamail Muhammadiah 28:Doa Sebelum dan Sesudah Makan

28 Ramadhan 1441H

[Syamail 28: Doa Sebelum dan Sesudah Makan]

๐Ÿ‘‰ Aisyah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Apabilah salah seorang kalian makan dan lupa menyebut nama Allah pada saat hendak makan,  maka hendaklah ia mengucapkan ' Bismillahi awwaluhu wa akhiruhu(Dengan nama Allah di awal dan di akhir) ." [Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud, Darimi dan Ahmad ]

๐Ÿ‘‰ Umar bin Abi Salamah RA juga meriwayatkan :
"Suatu hari, ia mendatangi Rasulullah SAW, di rumah baginda ada makanan. Rasulullah berkata,  'Kemarilah,  sebut nama Allah dan makanlah dengan tangan kanan apa yang ada dihadapanmu'." [Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah, Nasa'i, Darimi, Baihaqi dan Ahmad]

๐Ÿ‘‰ Abu Said AlKhudri RA meriwayatkan :
"Setiap kali Rasulullah SAW usai makan, baginda selalu mengucapkan, 'Alhamdulillahi lladzi at'amana wa saqana wa ja'alana muslimin (Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan dan minum serta menjadikan kami sebagai Muslim) '."[Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah, Nasa'i, Ibnu Sunni, Ahmad dan Abu Syaikh]

๐Ÿค—Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda..   Marilah kita sama-sama mengikut sunnah baginda Rasul.

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan

Syamail Muhammadiah 27: Wudhu Rasulullah SAW Ketika Hendak Makan

27 Ramadhan 1441H

[Syamail 27: Wudhu' Rasulullah Ketika Hendak Makan]

๐Ÿ‘‰ Ibnu Abbas RA meriwayatkan, maksudnya:
"Pada suatu hari, Rasulullah SAW  keluar dari tempat buang hajat.  Lalu baginda diberikan makanan.  Kemudian baginda ditanya: 'tidakkah engkau merasa perlu untuk berwudhuk?' Rasulullah SAW menjawab 'Jika aku hendak solat,  maka aku akan berwudhuk.'." [Riwayat Tirmidzi,Muslim dan Nasa'i]

๐Ÿ‘‰ Salman RA juga meriwayatkan :
"Aku membaca pernyataan berikut dalam kitab Taurat, 'Sungguh, berkah makanan yang diperoleh dengan berwudhuk setelahnya. ' Maka aku menyebutkan apa yang telah kubaca dalam kitab Taurat itu kepada Rasulullah SAW. Baginda berkata,  'Berkah makanan itu diperoleh dengan berwudhuk sebelum dan sesudahnya." [Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud, Hakim, Ahmad dan Baghawi]

๐Ÿค—Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda.. 

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan

Syamail Muhammadiah 26:Lauk Pauk Rasulullah

Qadha yang semalam๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

26 Ramadhan 1441H

[Syamail 26: Lauk Pauk (Makanan) Rasulullah]

๐Ÿ‘‰Umar Al-Khattab RA meriwayatkan, maksudnya:
"Makanlah minyak zaitun dan manfaatkanlah sebagai minyak.  Sungguh minyak zaitun berasal dari tumbuhan yang diberkahi." [Riwayat Tirmidzi,Hakim dan Ibn Majah]

๐Ÿ‘‰ Anas Bin Malik RA juga meriwayatkan :
"Rasulullah SAW sangat menyulai buah labu.  Maka setiap kali diberi makanan atau diundang dalam jamuan makan, saya selalu mengikuti dan memberikan buah labu dihadapan baginda kerana saya tahu baginda sangat menyukainya." [Riwayat Darimi,  Abu Dawud, Nasaie dan Ahmad]

๐Ÿ‘‰ Aisyah RA meriwayatkan:
"Rasulullah SAW menyukai manis-manisan dan madu. " [Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ibnu Majah ]

๐Ÿ‘‰ Abu Hurairah RA meriwayatkan:
"Rasulullah SAW pernah diberikan daging bahagian kaki.  Rasulullah SAW sangat menyukainya. Maka baginda menggigit daging itu." [Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim dan Ahmad]

๐Ÿค—Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang kesukaan Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda.. 

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan