Tuesday 26 August 2014

Ibrah surah Al-Qalam dan adik huffaz 30 Juz


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

"Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis" al-Qalam:1

Subhanalllah....

Hanya itu yang terungkap di bibir apabila mendengar bacaan dari adik Jamaluddin yang merupakan seorang Huffaz. Merdu, menusuk ke hati. Sayu hati, speechless. Hanya kerana kesalahan yang sedikit dia terpenjara. Undang-undang dunia yang selamanya memang tidak akan adil.

Namun, apa yang dibacanya yang merupakan petikan dari surah Al-Qalam itu membawa maksud yang cukup besar.
Hikmah terbesar dari Adik Jamaluddin apabila terpenjara ialah, dia mampu menjadi imam kepada banduan-banduan yang lain, menjadi contoh tauladan dan ikutan, malah hati yang keras boleh menjadi lembut apabila di simbah dengan ayat-ayat al-Quran. Sungguh kita tidak tahu akan hikmah tersebut sebelum ini. Ramai yang terkesan dan tersentuh hatinya apabila mendengar bacaan darinya.
Dan melalui adik ini juga, mataku terbuka luas untuk menghayati apa yang terkandung di dalam surah AL-QALAM ini.
 Benarlah. Allah itu lebih tahu segala-galanya.
"Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk." Al-Qalam:7

 http://www.youtube.com/watch?v=qEnvPDUgOik

Surah ini banyak memberi peringatan pada orang-orang yang zalim dan orang yang berbuat baik.
Azab pedih dijanjikan pada mereka yang suka mencaci, memfitnah serta menghalangi orang lain dr berbuat baik serta golongan yang sangat kejam. sila rujuk ayat 11 sehingga 16 surah al-Qalam.

Namun Allah itu sungguh adil kerana, taman-taman Syurga dijanjikan pada mereka yang bertaqwa padaNya.

"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan bagi mereka taman-taman Syurga yang penuh nikmat, di sisi Tuhan mereka." al-Qalam:34

Yakinlah pada apa yang Allah janjikan dan percaya padaNya. Kerana.... al-Quran adalah PERINGATAN!

"Padahal Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi umat manusia seluruhnya" -al-Qalam:52




Sunday 24 August 2014

Hawa Convention Special Return

Dengan lafaz Bismillah aku menulis. Assalamualaikum buat sahabat-sahabat yang sudi membaca. setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi kerana program yang dinanti-nanti ramai telahpun tiba. Jika sebelum ini, kita ada HAWA Convention 1.0 dan 2.0. Konvensyen ini merupakan satu inisiatif , TYDP MPP USIM sesi akademik 2013/2015, (Nurul Syakirin Ahmad Najid) selaku pengarah program Hawa kali dengan  membawakan Hawa Convention Special Return kepada kita semua yang bergelar mahasisiwi, wanita, dan hawa-hawa sekalian. 



Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan serta pengetahuan yang menyeluruh berhubung dengan wanita, secara berperingkat sama ada individu,keluarga,kepimpinan dalam masyarakat, negara mahupun dunia dan segala informasi berhubung ruang lingkup wanita agar peserta konvensyen ini dapat berperanan dan berfungsi secara efektif dan proaktif sebagai seorang wanita.

Konvensyen seumpama ini dilihat sebagai satu konvensyen yang sangat baik bagi semua siswi di seluruh IPTA dan IPTS juga seluruh wanita di Malaysia kerana hasil daripada konvensyen ini akan dapat memberi suatu pengetahuan yang sangat bermanfaat dan kefahaman yang sangat berguna berkenaan wanita dari pelbagai aspek pengetahuan sama ada dari sudut fiqh, ibadat, akhlak dan juga syariah. Peserta konvensyen ini akan menyaksikan pembentangan kertas kerja oleh para ilmuan yang profesional dalam pelbagai bidang seterusnya membawa kepada impak yang sangat positif.



HCSR kini bertemakan Women Inspiring the World dan simbolik bunga origami yang cantik.






Bunga origami lima kelopak ini membawakan 5 maksud penting HCSR.
1- Inspirasi
2- Keilmuan
3- Ketakwaan
4- Personaliti
5-Kekeluargaan


Apa yang menarik mengenai konvensyen Hawa kali ini ialah, ianya turut terbuka pada Non-Muslim. Antara aturcara menarik yang menanti kita ialah:



ATUR CARA
KONVENSYEN HAWA PERINGKAT KEBANGSAAN



HariPertama, 13 September 20143 (Sabtu)
Masa
Atur Cara
8.00 – 8.30am
Kehadirandan Pendaftaran Peserta dan Minum Pagi
8.30 – 10.30 am
Slot 1 : Refleksi Surah An-Nur.
           Ustaz Sukki Othman
10.30 – 11.00 am
Rehat
11.00 – 1.00 pm
Slot 2 :Keluarga Inspirasi Muhammad dan Khadijah.
           Ustazah Zawiah Hassan
           Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
1.00 – 2.00pm
MakanTengahari dan Solat Zuhur
2.00– 4.00 pm
Slot 3: Wanita dan Glamour
           PU Rahmat (Moderator)
           Salima Habibi
           Catriona Ross
4.00 – 5.00pm
Rehat, Solat dan makan petang
5.00 – 7.00 pm
Slot 4: Wanita Coretan Sejarah.
           Dr Zulkifli Al-Bakri
8.00 – 10.30 pm
Konsert Selembut Sutera
UNIC, Ustaz Hariri 
10.30pm
Jamuan dan bersurai

HariKedua, 14 September 2014 (Ahad)
Masa
Atur Cara
8.00 – 8.30am
Kehadiran dan Pendaftaran Peserta
8.30 – 10.30 am
Slot 5 : ‘Aisyah Inspirasi Keilmuan Wanita
           Ustazah Shadiya Abbas
10.30 – 11.00 am
Rehat
11.00 – 1.00 pm
Slot 6 : Air Tangan Penambat Hati (Demonstrasi Masakan)
           Chef Hanieliza
1.00 – 2.00pm
MakanTengahari dan Solat Zuhur
2.00 – 4.00pm
Slot khas: Wanita Inspirasi Negara.
                Tun Dr. Siti Hasmah
                Dr Nik Salida Suhaila
4.00 – 5.00pm
Perasmian Penutup.

Personaliti-personaliti jemputan juga tidak kurang hebatnya. sayang sekiranya kita terlepas peluang yang cukup menarik ini :) diantaranya Sohibussamahah DR Zulkifli al-Bakri (Mufti WP), Ustaz Dusuki, DR Nik Salida Suhaila, Salima Habibi, Chef Hanieliza, Ustzah Zawiah, UNIC, Ustaz Mohd Hariri Mohamad Daud dan ramai lagi.




ops, sebelum terlupa.. HCSR kali ini membawa lagu tema yang bertajuk "I'm a Queen" by JADE..

Ku Ingin bagai mutiara
Terjaga di dasar samudera
Cantik sekilau mentari
Cantik sewarna pelangi


You see..
Behind my veil i’m a queen..
I have a beauty that no body seen..
Luckily his precious i have been..

Indahku hanyalah milikNYA
Indahku untuk cintaNYA
Cantik sekilau mentari
Cantik sewarna pelangi


Butiran serba sedikit mengenai program adalah seperti berikut:

HAWA CONVENTION SPECIAL RETURN
~Women Inspiring The World~
Tarikh:13 & 14 Sept.2014

 Tempat: DKP 3,USIM.
 

 Yuran peserta :
Individu (Pelajar USIM & pelajar luar)-RM 65
Berkumpulan (pelajar 5 orang)- RM60
Orang awam-RM70

Untuk pendaftaran atau sebarang pertanyaan, boleh rujuk saudari Auni: 013-6863098.

Like page FB Hawa Convention. (https://www.facebook.com/hawaconventionusim)

terbuka pada NON-MUSLIM !

Jumpa di DKP 3, USIM nanti :)

terima kasih...