Sunday 10 December 2017

Bicara soal jodoh.

Assalamualaikum wbt. khaifa haalukum jamiian? lama benar tak jenguk laman blog ni. dah penuh sesawang. last post May 2017.

Alasan biasa.. Sibuk,tak ada idea dan malas. tapi memang agak sibuk pun. Dan sekarang diwaktu guru-guru lain enak bercuti, saya juga sedang menjalani hari2 yang amat sukar di IPG KDRI Batu Rakit. Program DPLI mod kursus dalam cuti.

Baru seminggu disini, terasa penatnya lain macam. tak mustahillah ada senior yang keguguran kandungannya kerana stress. Allah..

eh, maaf terlari topik pulak.

Entry kali ni saya tulis khas hasil soalan terkumpul soal jodoh saya.

Bermula Januari 2017 saya ditaklifkan sebagai Guru Dini , saya mula ditanya soalan berkenaan jodoh.

"Yat, bila nak kawen?"
"Yat, dah ada calon ke belum?"

tak kurang dari itu, ada pulak matchmaker yang tak berbayar ni masuk line. Ada jugak lah beberapa orang. siriesly saya sangat tak suka dan tak selesa. saya baru saja nak mulakan hidup bekerjaya.

tapi itu bukan bermakna saya ingin melawan takdir. Andai jodoh saya cepat, saya tak akan menolak.Allah pasti bukakan pintu hati saya untuk ke arah itu.

Yang hairannya, dulu sebelum saya bergelar guru dini, tak ada pun yang bertanyakan untuk mencalonkan nama saya kepada sy. eh, tup tup jadi cikgu, ramai pulak yang cari.

sebenarnya apa yang dicari???

kemonlah brother n sister...

Dulu saya jadi babysitter dan penjual nasi kerabu, sebelah mata pun orang tak pandang. dah jadi cikgu, ramai pulak yang tanya. ker ingat cikgu tu kaya?

sedarlah, segelintir cikgu2 yang ada dalam dunia ini berumah besar, berkereta mewah dan jalan bermegah itu semua adalah hasil loand dari bank. cikgu2 tak kaya pun. ini hakikat...

Nak cari yang kaya silakan. sekarang ramai bisneswoman kaya seperti Dato seri Vida . bukan apa saya cakap begini kerana, mentaliti masyarakat kita yang agak pandang serong pada pkerja kelas bawah. bila orang itu naik setangga, mula lah dikejarnya. ubahlah.

nak cari jodoh pun ada kriterianya. bukan main hentam aje.

Nabi muhammad SAW telah mengajarkan kita tentang hadits tentang menikahi wanita karena 4 perkara, dimana ini adalah sebuah hadits yang diriwayatkan oleh imam bukhori dan imam muslim dari abu hurairah r.a. Adapun bunyi dari hadits tersebut adalah sebagai berikut :
تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ ِلأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِيْنِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّيْنِ تَرِبَتْ يَدَاكَ
(رواه البخاري و مسلم عن أبى هريرة)
ertinya :
Seorang wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan karena agamanya, maka pilihlah karena agamanya, nescaya kamu beruntung. (Dikutip dari kitab mukhtar al-hadits an-nabawi hal 63 n0 21.)

Ini ciri2 yang Rasulullah ajar kita. kalau pilih kerana agama, InsyaAllah tak akan rugi.

hmmm penat taip...lama tak menaip panjang sikit... ape pun guys, soal jodoh maut ditangan Allah semuanya. Moga kita semua dipertemukan jodoh yang terbaik pada masa yang tepat suatu hari nant. aminnn... bubbyee...nak sambung buat esemen dulu lah...