Thursday 12 June 2014

Antara sabar dan mengeluh..




Salam Nisf Sya'ban dan Salam Jumaat Kareem.. entry ari ini saya petik dari cerpen sy Syabab Kasih... mcm mana kita nak bezakan sabar dan mngeluh..hmm ikuti kisa kt bawah.

                                ***********************************************
Khairina al-Hijjazi mengatur langkah lesu memasuki bilik yang dikhaskan untuk para pelajar ma’zurah(pelajar-pelajar yang ‘uzur’) yang terletak di Blok B, tingkat 2 bangunan SMASA. Tazkirah pada petang ini akan disampaikan oleh Ustazah  Salmiah .
Setelah pelajar ma’zurah mengambil tempat masing-masing, Ustazah Salmiah melangkah masuk diiringi Haura selaku pengerusi majlis pada hari ini. Majlis dibuka dengan bacaan Ummul Furqan, al-Fatihah seperti biasa. Seterusnya majlis diserahkan kepada Ustazah Salmiah untuk memberi pengisian pada hari ini.
“Assalamualaikum anak-anak yang tercinta. Seperti kebiasaan, hari ini kita bertemu kembali dalam satu majlis ilmu rutin yang diadakan setiap hari disekolah kita. Hari ini ustazah nak sentuh sedikit soal antara sabar dan mengeluh. Ustazah tahu, ramai diantara kita yang tidak tahan apabila diuji dengan ujian yang berat. Justeru, kita sering mengeluh dengan nasib yang menimpa kita.” Matanya dilemparkan ke segenap penjuru bilik ma’zurah. “Ustazah ingin berkongsi satu cerita mengenai keluhan dan kesabaran” ungkap Ustazah Salmiah. Semua pelajar memberi perhatian dan menunjukkan minat untuk mendengarnya.
“Satu ketika dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi menunaikan haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf, tiba-tiba dia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. ‘Demi Allah aku tidak pernah melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti dia tidak pernah risau dan bersedih hati.’ Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan yang keluar dari mulut Abul Hassan lalu dia bertanya, ‘Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah, aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan duka hati kerana risau, dan tiada seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini.’ Abul Hassan bertanya, ‘Bagaimana hal yang merisaukanmu?’ lalu wanita itu menjawab, ‘pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata kepada adiknya, ‘Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing?’ jawab adiknya, ‘baiklah kalau begitu.’Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah yang memancut keluar dan dia lari ke bukit yang mana di sana dia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku,tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya lau habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka dia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua. ’ Lalu Abul Hassan bertanya, ‘bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?’Wanita itu menjawab, ‘Tiada seorangpun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan dia menemukan diantara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji. Dan adapun mengeluh, maka orang tidak akan medapat ganti melainkan sia-sia belaka.’ Demikianlah cerita di atas.
 “Oleh itu, pelajar yang disayangi,andai diri diuji, bertahanlah. Cubalah mengukir senyuman walaupun ianya terlalu pahit. Contohilah wanita itu meskipun diri tak mampu menjadi sepertinya. Pasti ada kemanisan disebalik semua dugaan yang yang menanti disebalik semua dugaan yang kita lalui.” Pesan Ustazah Salmiah.
“Ustazah ingin mengakhiri tazkirah pada hari ini satu petikan ayat al-Quran yang berbunyi,: ‘Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.(al-Baqarah:286) ’ sila renung-renungkan ayat itu. Orang yang sering diuji ialah orang yang paling dekat dan disayangi Allah kerana allah terlalu rindu untuk mendengar rintih rayu hambanya. Jadi bersyukurlah. Wallahua’allam.
Khairina mengangguk lemah. Ya, betul apa yang disampaikan oleh Ustazah Salmiah. Cukup memberi manfaat. Allah sayangkan hambaNya dan Allah merindui rintihan hambaNya. Oleh sebab itu, Allah datangkan ujian kepada hamba-hambaNya supaya supaya mereka sedar dan kembali kepada Pencipta.
‘Allah berfirman kepada malaikat,: Pergilah kamu kepada hambaku, timpakanlah berbagai macam ujian kepadanya kerana aku rindu untuk mendengar suaranya(doa).’ Hadith riwayat Tabrani.
Untungnya menjadi orang mukmin, semakin musibah melanda, semakin mustajab doanya.