Tuesday 30 July 2013

Dirimu kelahiran Ramadhan :)

Alhamdulillah, dua hari lepas Allah telah mengurniakan aku sekeluarga anak saudara baru bersempena ramadhan al-mubarak kali ini. tanggal 28 Julai 2013 bersamaan 19 ramadhan 1434 hijrah, lahirlah sorang Muhammad Danish Amsyar...
Muhammad-yang terpuji
Danish-yg bijak/pandai
Amsyar-cergas
nama yg cukup baik..
     gambar Danish Amsyar yg baru berusia 3 hari.moga2 jadi anak soleh dan penyambung risalah nabi. pembebas ummat islam... dulu abangnya juga lahir pada bulan ramadhan.hihi... 22ogos2011... tapi lupa plak berapa ramadhan. yang pasti dua minggu sebelum raya. Muhammad Darwish... juga membawa maksud yg bijak pandai.. InsyaAllah berkat panggilan yg baik, maka baik juga jdnya... panggilan kan merupakan 1 doa...
hmmm ni plak foto darwish selepas lahir dulu...skarang dah jd abang. jangan nakal2...jga adk Danish baik2 tau.kena jadi abg yg bertanggungjawablah. semoga berkat ramadhan itu tertumpah kpd kalian dua beradik....
Pejam celik2, umur Darwish dah nak masuk dua tahun.... Dah dapat adik pun... hihi mcam kembar plak korang dua bradik...mka masa lahir pun hmpir sama....jangan lupa balik beraya tau....
Salam Ramadhan & aidilfitri .... Darwish& Danish Amsyar <3



Oh ramadhan!



Sedar atau tak sekarang kita dah masuk ke fasa ke 3 ramadhan. Di sepuluh malam terakhir. Huhu… cepat sungguh masa berlalu kan. Cuma ibadat kita saja yang jauh tertinggal.
Masih sempat untuk kita memperbanyakkan amalan sunat. Bertadarrus smada berseorangan dan beramai-ramai. Mengimarahkan rumah Allah dan banyak lagi. Tapi sedar atau tidak, apabila menginjak ke 10 malam terakhir, masjid semakin surut dan pasaraya mula melimpah??? Mungkin kita tidak perasan atau kita tidak cakna.
Corong-corong radio semuanya memainkan lagu-lagu raya. Bunyi mercun menghiasi malam hingga ke subuh. Jalan raya mula bersesak-sesak menuju Bandar… ahhh meriahnya hatta tidak terasa sedih walau sedikitpun bahawa Ramadhan bakal beranjak pergi.
Pencarian bermula!!!!!!!
“Sesungguhnya kami telah menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr. Dan tahukah kamu bahawa apakah malam kemuliaan itu?? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turunnya malaikat dan Jibrildgn izin tuhanNya utk mengatur semua urusan . sejahteralah malam itu sehingga terbit fajar.” {alqadr:1-5}
Bak kata sheih Nuruddin:
“keberkatan masa itu adalah apabila kita diberi masa yg sama seperti orang lain,  akan tetapi kita mampu melalukan lebih banyak pekerjaan, tanggungjawab, amanah dan ibadah drpd apa yg dilakukan oleh orang lain.”
Fastabiqul Khairat!!
Moga Allah pertemukan kita dengan Lailatulqadr dalam keadaan kita beribadah kerana Allah s.w.t. Ameenn.