Saturday 27 December 2014

Imam Abu Hasan Asyari




Tiga  minggu lepas, aku belajar mengenal pengasas mazhab Asyairah dalam kelas aliran akidah bersama Tan Sri Syukor.  Jadi aku merasa terpanggil untuk berkongsi siapa kah gerangan Abu Hasan al-Asyari dan bagaimana beliau boleh mengasaskan mazhab akidah ini.
Mazhab ini merupakan golongan yang majoriti dipegang oleh umat Islam seluruh dunia. Kemunculan mereka adalah renteten daripada serangan demi serangan ilmu kalam daripada luar terutamanya falsafah kuno daripada Yunani (Greece) dan Parsi antaranya golongan Muktazilah yang mana kumpulan ini asalnya diwujudkan untuk mempertahan kan Islam namun atas keghairahan mereka menggunakan akal melebihi sumber utama iaitu al-Quran dan Sunnah menyebabkan mereka telah menjadi sesat. Sebagaimana kata-kata Imam Syafie:
“Pandanganku terhadap ahli ilmu kalam seperti pandangan Saidina Umar al-Khattab terhadap golongan pendusta yang mencelup-celup agama.”
Asya’irah adalah sebuah aliran mazhab yang ingin membawa pendirian wasatiyyah antara golongan ekstrim seperti yang terlampau berpegang pada nas iaitu golongan Musyabbihat dan Mujassimah atau golongan yang ekstrim berpegang pada hujjah akal seperti Muktazilah.
Pengasas Asya’irah ialah Imam Ali bin Ismail Bin Ishaq bin Salim bin Abdullah bin Musa bin Bilal bin Bardah bin Abu Musa Asy’ari. Merupakan keturunan Abu Musa Asy’ari , sahabat Rasulullah SAW yang agung. Beliau lahir pada 260 H di Basrah. Meninggal pada 330H. Terdapat beberapa khilaf yang mengatakan beliau meninggal pada 332 H.  Imam Abu Hasan al-Asy’ari pada mulanya berasal daripada mazhab Muktazilah dan merupakan murid kepada Abi Ali al-Jubbaie (Tokoh besar Muktazilah). Imam Asy’ari merupakan seorang pelajar yang bijak, cepat faham, cekap dan sebagainya.
Berlaku khilaf yang menyebabkan Abu Hasan al-Asy’ari keluar dari Muktazilah melalui sebuah kisah yang masyhur. Dalam satu majlis ilmu, Abu Hasan al-Asy’ari bertanya pada gurunya, Abu Ali al-Jubbaie:

Imam Abu Hasan: “Apa pandangan imam jika tiga beradik meninggal dunia? Yang pertama meninggal ketika kecil. Yang kedua meninggal ketika dewasa dan meninggal dalam keadaan soleh dan beriman. Manakala yang ketiga pula meninggal ketika sudah dewasa namun dalam keadaan kufur. Jika sikecil bertanya kepada Tuhannya mengapa tidak membiarkannya membesar sehingga menjadi orang soleh dan dapat memasuki syurga bersama saudaranya. Apakah yang akan Tuhan jawab?”

Abu Ali Al-Jubbaie: “Tuhan pasti menjawab bahawa Aku lebih mengetahui sekiranya dibiarkan engkau membesar , pasti engkau akan menjadi kufur. Sesungguhnya lebih elok kau mati kecil.”

Imam Abu Hasan: “Jika yang ketiga pula bertanya yang dimatikan ketika sudah dewasa dalam keadaan kufur pula bertanya kepada Tuhan, mengapa tidak ditentukan ajalnya ketika kecil sahaja asalkan dia tidak mati dalam keadaan kufur? Sesungguhnya dia redha mati kecil walaupun tidak sampai pada tahap saudara kedua yang memcapai martabat soleh. Apa pula pandangan tuan akan persoalan ini?

            Maka, Abu Ali al-Jubbaie tersentap dan terperangkap dengan soalan muridnya oleh kerana beliau ghairah meenggunakan akal dan membelakangkan alQuran dan Sunnah. Lalu Imam Abu Hasan meninggalkan halaqah gurunya dan bertaubat pada Allah.

No comments:

Post a Comment