Monday 29 February 2016

TUNTUTAN JIHAD SEMASA




Assalamualaikum....

Pagi ni aku tolong kawan buat slide power point utk Khutbah Jumaat utk bacaan 4 Mac 2016 bersamaan 24 Jamadil Akhir 1437H yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan . Alhamdulillah, sekurang-kurangnya aku tahu intipati khutbah. So, nak berkongsi la sikit dengan kawan2.

Tajuk khutbah minggu ini berkisar tentang Tuntutan Jihad Semasa.

PENGERTIAN JIHAD
Bahasa: Berusaha bersungguh-sungguh dengan sepenuh daya dan upaya untuk mendapatkan sesuatu .

Firman Allah dalam kitab AlQuran surah al-An'am:109 :

(وَأَقْسَمُوا بِاللَّهِ جَهْدَ أَيْمَانِهِمْ )
Ertinya:
“Dan mereka pula bersumpah dengan nama Allah, dengan sumpah yang bersungguh- sungguh

JENIS-JENIS JIHAD SEMASA:

1)Jihad menuntut ilmu

Ø Menguasai ilmu adalah satu jihad kerana ilmu akan melahirkan umat Islam yang maju, berdaya saing, dan mampu dalam segala bidang.
مَنْ خَرَجَ فِي طَلَبِ الْعِلْمِ فَهُوَ فْي سَبِيلِ اللهِ حَتَّى يَرْجِعَ
Hadis diriwayat oleh Tirmizi

Maksudnya:
Sesiapa yang keluar menuntut ilmu maka ia berjuang di jalan Allah hingga ia kembali.


2) Jihad menguasai ekonomi dan kewangan.
ØKemajuan ekonomi dan kewangan penting untuk menentukan  kekuatan sesebuah negara dan bangsa.

ØTindakan menguasai ekonomi negara dengan tujuan memelihara keamanan, dan kesejahteraan negara tergolong dalam erti kata jihad yang sebenar.

3) Jihad memperkukuh kesatuan dan perpaduan ummat.
ØManusia dicipta oleh Allah SWT dengan sifat dan watak yang berbeza-beza adat, budaya, cara hidup serta fahaman politik.
ØAllah memerintahkan kita untuk bersatu dan berpegang teguh dengan agama Allah.
Ø
Firman Allah SWT dalam Surah Ali-Imran:
واَعْتصِمُواْ بِحَبْلِ الله جَمِيْعًا وَلاَ تَفَـرَّقوُا وَاذْ كـُرُو نِعْمَتَ الله عَلَيْكُمْ إٍذْكُنْتُمْ أَعْـدَاءً  فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلـُوبِكُمْ  فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً وَكُنْتُمْ عَلىَ شَفاَ خُـفْرَةٍ  مِنَ النَّاِر فَأَنْقـَدَكُمْ مِنْهَا كَذَالِكَ يُبَبِّنُ اللهُ لَكُمْ اَيَاتِهِ لَعَلـَّكُمْ تَهْـتَدُونَ ’{ال عـمران 103}
Ertinya : “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah   dan janganlah kamu sekalian berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu semua ketika kamu bermusuh-musuhan maka Dia (Allah) menjinakkan antara hati-hati kamu  maka kamu menjadi bersaudara sedangkan kamu diatas tepi jurang api neraka, maka Allah mendamaikan antara hati kamu. Demikianlah Allah menjelaskan ayat ayatnya  agar kamu mendapat petunjuk” 

Kesimpulan yang boleh dibuat dari intipati khutbah ini ialah:
•Memahami tuntutan jihad semasa dengan meletakkan Fiqh aulawiyat(keutamaan) dalam membuat pertimbangan hidup yang mana perlu diutamakan dan yang mana perlu dikemudiankan.
•Sebagai umat islam yang beriman, kita dituntut untuk memperkasakan ilmu pengetahuan dan ekonomi bagi melahirkan umat yang maju dalam segala bidang.
•Memperkasakan perpaduan dalam kalangan kita bagi melahirkan umat yang disegani dan dihormati.
•Sentiasa berpegang kepada prinsip kesederhanaan dalam semua perkara dengan menolak segala gerakan pelampau yang boleh menggugat kesejahteraan dan keamanan.
“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, karena sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. (QS. Al-Baqarah: 190)
Sekian.... 

No comments:

Post a Comment