Sunday 28 February 2016

Dilema puasa dalam rawatan perubatan.(Diskusi fiqh perubatan)





Alhamdulillah tsummalhamdulillah... berpraktikal di Pusat Islam HUSM K.kerian bagai 1 nikmat buat aku. banyak sebab knpa aku ckp mcm tu. antaranya, ramai geng, staff yg baik2 dan sporting, pengalaman yang baik berdasarkan jobskop.... Alhamdulillah aku dikalangan org yang terpilih untuk merasai pengalaman ini....

semalam 28 Feb 2016, kami student praktikal Pusat Islam bersama semua staff join Seminar Pengurusan Pesakit. tersangat lah menarik.. ilmu baru buat aku bila dapat belajar Fiqh perubatan. kalau sebelum ini sewaktu belajar aku tak pernah terlibat dengan bidang perubatan. kini baru sedar yang dalam bidang perubatan sangat2 memerlukan pakar dalm bidang syariah sebab banyak berdepan dengan isu2 semasa yg berkait rapat dengan pengamalan harian dan ibadah.

kami sempat dengar perbentangan dr ustazah ttg perkara2 yg mnjadi kesepakatan ulama dalm perkara2 berkaitan rawatan yg tidak membatalkan seseorang yg sedang berpuasa..

1) Inhaler, adakah ia membatalkan puasa? dalam inhaler mengandungi ubat air dan oksigen. jawapannya TIDAK BATAL puasa sebab, bila seseorang menggunakan inhaler, kemungkinan ubat , air yang di spray itu masuk ke ke perut dengan hnya berjumlah tersangat kecil iaitu 0.006sm shj. lagipun ia bukanlah makanan dan tdak memberi tenaga kepada pemakainya.
sepakat ulama mengatakan tidak batal kecuali fatwa Pulau Pinang yg mengatakan ianya membatalkan puasa.

*Bahan yang masuk kedalam perut terlalu sedikit maka ia adalah diMAAFkan. ianya dikiaskan melalui situasi kita berkumur. kemungkinan air dari hasil kita berkumur ketika berwuduk itu masuk ke perut itu ada ada kecil sahaja.

2) Ubat letak bawah lidah(kebiasaanya org sakit jantung)
Juga TIDAK BATAL puasa sebab ianya tidak smpai ke perut dan terus larut di bawah lidah sahaja.

3) Endoskop- Wayar yg dimasukkan ke perut melalui mulut utk menyuluh punca sakit di dalam perut.
Juga TIDAK BATAL puasa sebab ia bukan makanan dan tdk membekalkan tenaga pada badan . semata-mata melibatkan rawatan sahaja.

4)Nasal drop/ear drop. juga sama. TIDAK BATAL. ubat yg dititiskan itu tidak sampai keperut .

5)Oksigen. TIDAK BATAL.

6)Dialisis/hemodialisis.
ada dua pendapat disini...Sekiranya ubat itu mengandungi glukosa, maka ianya membatalkan puasa dan bgtu sebaliknya.

Sebenarnya banyak lg contoh2nya. Tak sempat nak menaip semua. hanya ini yg mampu di kongsikan. Sampaikan walau satu ayat. makanya, tuntutlah ilmu kerana ianya penyuluh buat kita...
Sekian...

Sumber: Pusat Islam HUSM. :)




ps: Program terdekat Pusat islam ialah Bicara Kemanusiaan pada 10 Mac 2016. jemput hadir!

No comments:

Post a Comment