Monday 30 November 2015

Isteri Solehah

Isteri yang baik

Adalah isteri yang berbuat taat. Yang menyedari, taat itu adalah sebuah pengorbanan. Berkorban dalam mentaati suami itu bukti penghambaan kita kepada Allah. Ya! Bukti Penghambaan kita kepada Allah..

Isteri yang baik,
yang tidak menolak permintaan suaminya dengan sesuka hati.
Hatinya sedia untuk hadir saat diperlukan,
Kuat saat pasangan kelemahan,
menyedia santapan saat suami kelaparan,
menyejukkan saat dunia luar kepanasan,
dan menenangkan saat suami kesusutan..

Isteri yang baik,
adalah isteri yang setia. Bukan setia tanpa cinta, tetapi kesetiannya bersulam usaha memperindah rumah tangga..
Setia isteri itu pada doanya. Keluarnya suami berjihad di muka bumi Allah, diiringi senjata utuh dari doa isterinya..

Isteri yang baik itu,
jujur dan telus kepada suaminya.. Tidak rela dirinya berlaku bohong kepada Si suami, yang Allah anugerahkan sudah terbaik untuk dirinya..
Isteri yang baik itu telus, ikhlas dalam amalannya. Dia tidak mahu dimurkai Allah dengan murka suaminya..


Isteri yang baik,
adalah yang lembut bicaranya. Jika ada keputusan suaminya yang dirasakan tidak sesuai, akan diusahakan untuk berbincang dengan suaminya. Bahkan, dia berbincang dalam jiwa sedia untuk berlaku taat pada hasil syura mereka.
Kerana dia yakin, di dalam syura rumah tangga itu, punya keberkatan yang luar biasa.

Duhai para Wanita dan isteri,,

Fahamilah suamimu,
kepenatannya, penat orang berjuang.. Sibuknya, sibuk seorang pencinta Islam, Marahnya, marah orang berilmu..
Engkau dan dia bersatu atas perjuangan agama ini, maka seharusnya menjadi kesyukuran bagi isteri yang baik apabila suaminya istiqamah berkorban atas jalan perjuangan..

Isteri itu mudah kecewa,

Apabila emosinya berjaya menguasai imannya..

Apabila terlalu melihat kepada kelemahan suaminya,

Apabila terlalu berfikir tentang apa yang sepatutnya dia peroleh..

Sedangkan isteri itu menjadi kunci kepada kuat atau lemahnya bahtera rumah tangga.

Maka perkuatkanlah dirimu duhai isteri..


Pernikahan atas jalan juang ini, adalah kesungguhan dua insan yang disatukan atas aqad janji kepada Allah, bersungguh membawa bahtera menuju Redha Allah, berbekalkan kesetiaan dan kepercayaan yang utuh terhadap agama pasangannya.. Itu kuncinya.

"Tidak perlu menunggu suami semulia Baginda Nabi Muhammad s.a.w, Untuk berusaha menjadi isteri sebaik, setulus Khadijah..
Kerana kalau kita faham, taat dn ikhlas kita bukan kerana dia, Si suami, tp kerana Allah semata-mata..
Dari:Ummu Maryam buat semua bakal bidadari2 syurga...

27.11.2015

No comments:

Post a Comment