Monday 23 November 2015

Bait Muslim(Man jadda wa jodoh)



Assalamualaikum wbt..
Sedar tak sedar, umur kita makin hari makin meningkat.  Kawan, sahabat, teman sekuliah makin ramai bertukar status. Tapi kita masih di tahap yg sama (mungkin aku jer).  Entry kali ini just nak kongsi sedikit perkongsian dari sahabat, saudari Atikah Syafii. Aku Cuma memuatkan balik nukilannya ke blog ini sahaja.
Bagaimana kita ingin menjemput jodoh? Ya, ramai orang kata ‘InsyaAllah ada la tu nanti jodoh buat saya’ ‘jodoh tak ke mana’…. Tapi, Allah tetap sarankan kita untuk berusaha terlebih dahulu.  Allah luaskan kita dengan banyak cara selagi tetap dilandasan syarak…
1-      Istiqamah berdoa untuk dapatkan jodoh.
“Ya Allah, permudahkan jalan bagiku untuk mendapat pasangan yang soleh, tunangkan dia denganku, dan jadikanlah dia sahabatku dunia dan akhirat”

Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

Baca doa:

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً

Al Furqan:74. Dan orang orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.

Sewaktu membaca Qurratu a’yun itu, minta betul-betul supaya Allah beri suami dan anak-anak yang penyejuk di mata dan penenang dihati yang boleh menjadi asbab untuk kita menjadi tidak pemarah tidak menjadi isteri dan ibu yang derhaka. Niatkan untuk kita kita juga menjadi penyejuk di mata  keluarga kita.
(Doa ini lebih mengajar kita untuk sedikitpun tidak memandang rupa tetapi keikhlasan.)

2-      Istikharah sentiasa, selepas maghrib pun boleh. Bila kita serious, Allah pun akan pandang serious akan apa yang kita minta.
-minta dijauhkan dari yang batil
-minta Allah bukakan hati kita jika hati belum lagi terbuka untuk kahwin
-minta Allah bagi petunjuk,dekatkan pada siapa jodoh kita.
-sekalipun dah bertunang atau kahwin, teruskan istikharah dan berdoa.

3-      Mula melangkah
-Bila kita nampak org yang soleh/solehah, baik akhlaknya, doakan dalam hati . jangan hanya pandang pada rupa.
-Beri ruang pada hati
-Jika dah ada nama calon, panjatkan pada Allah, istikharah dan cuba risik khabar tentang si dia.

4-      Tawakkal
Cuba baca balik lepas ayat 74 surah al-Furqan Allah kata apa. insyaAllah kita akan tertampar sendiri.

-munajat dan hajat yang serious dihadapan Allah.
-cuba latih diri utk tidak terus menolak lamaran. Siasat terlebih dahulu latar belakang orang itu.

InsyaAllah, Allah akan mudahkan jalan bagi kita kalau kita ikhlas dan setia meminta padaNya. Matlamat ini semua adalah, supaya kita lebih matang , usaha tambah kemahiran dan melatih utk kawal emosi yang tidak matang.
Jodoh itu semua kita kena akur dengan masa dan ketentuan Allah.

>Kayu ukur keseriusan itu adalah pada keseriusan doamu <
Sekadar nasihat dari sahabat buat sahabat……. Selamat berbaitul muslim.

No comments:

Post a Comment