Sunday 20 October 2013

Sekecil-kecil pertolongan


Assalamualaikum semua. Kita baru sahaja melepasi fasa Aidul Adha@ hari raya Haji. Beruntung bagi mereka2 yg terpilih untuk menjadi tetamu Allah. Semoga hajinya mabrur=) amin…
As we know, kama arofna…  aidul adha juga sebenarnya dikaitkan dengan erti pengorbanan.. hmm pernahkah kita berkorban demi Islam walaupun hanya sedikit sebelum ini?
Tidak kiralah apa jua pengorbanan sekalipun, janji membawa pada kebaikan, itu sudah dikira 1 pahala yang ckup besar disisi Allah. Alaisa kazalik??
Nak kongsi sedikit berkenaan 1 cerita, walaupun seringkali kita dengar namun jarang sekali kita nak hayati betul2.
Dahulu ada seekor burung pada zaman Nabi Ibrahim A.S yg cukup berani, hebat dan menginsafkan. Tahukah kita apa peranan burung itu??
Semasa Nabi Ibrahim dibakar hidup2 dalam api yang sangat marak oleh raja yg zalim si Namrud, tiba2 ada seekor burung yang asyik berulang alik ke lautan dan membawa air diparuhnya lalu cuba memadam api yang sedang marak membakar badan Nabi kekasih Allah.
Tiba2 ada 1 suara yg menegur perbuatan  si burung kecil itu…
“Hey burung. Hentikanlah perbuatanmu itu. Aku lihat sia2 belaka. Air yang sedikit itu takkan mampu utk memadam api yang besar.” Sindir suara itu…
“Wahai suara….. padam tak padam bukan kerja aku. Padam tak padam adalah kerja tuhanku. Aku takut nanti di akhirat kelak, apabila ditanya  apakah usaha yang aku cuba lalukan lalu aku tidak mampu menjawabnya. ” jawab si burung yang baik hati.
Burung yang kecil itu sedar akan tanggungjawabnya dan takutkan Allah. Sedangkan dia seekor  haiwan yang tidak berakal. Malah kita??hmmm fikirlah sendiri.
Pada pandangan insan, memang usaha yg sedikit itu tidak dipandang, namun disisi Allah ganjarannya cukup besar.
Jadilah kita seperti sang burung yang membantu Islam.
maka barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan mendapat balasannya.” (Al-Zalzalah:7)
Atau kita ingin seperti sang suara jahat yang sering menghasut orang2 lain dalam mengerjakan kebaikan??
“dan barangsiapa mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, nescaya dia akan mendapat balasannya.” (Al-Zalzalah:8)
Jika kita tidak mampu untuk membuat 1 kebaikan, bantulah didalam doa. Doa itu senjata bagi org2 mukmin. insyaAllah dengan doa yang sedikit, Allah akan kabulkan kerana Dia itu Pengasih dan Penyayang terhadap hambanya.
Bersangka baiklah dengan Allah.
Ana inda zonni ‘abdi bi..aku bersma sangkaan hambaku:hadis qudsi.
http://www.youtube.com/watch?v=Z4ciJSkxkUA

No comments:

Post a Comment