Wednesday 18 September 2013

Hawa Convention 2.0



Dengan nama Allah, aku menulis……
Sabda Rasulullah SAW:
“Dunia adalah hiasan, seindah hiasan adalah Wanita Solehah.”

Syukur Alhamdulillah kerana dengan segala rahmatNya, pihak MPP USIM berjaya menganjurkan satu program mega iaitu Hawa Convention 2.0 3 hari lepas dengan menggunakan hampir 90% kekuatan dan tenaga kaum hawa. Program ini adalah program kesinambungan Hawa Conv 1.0 yang berlangsung pada Disember lalu. Tahniah kepada ukht Nadrahtul Huda yang merupakan pengarah program merangkap TYDP MPP USIM.
Alhamdulillah juga kali ini aku berpeluang  dan dipilih Allah untuk sama-sama duduk dalam majlis tersebut yang berjalan selama dua hari. Dengan sedikit bayaran, aku rasa cukup-cukup berbaloi berbanding dengan apa yang aku dapat sepanjang program berjalan.
Terlalu banyak isu berkaitan kaum hawa dibangkitkan dan di bahaskan oleh ustaz2 terkemuka termasuk Dr Maza, Dr Zahazan, Dr Zulkifli alBakri dan ramai lagi penceramah-penceramah yang hebat.
Dr Yusoff al-Qardhawi ada menyatakan: “ Sesungguhnya isu berkaitan wanita adalah isu yang sangat besar pada zaman ini dan kesannya amat mendalam, ini kerana wanita mempunyai peranan yang besar dalam kehidupan keluarga dan kehidupan masyarakat. Tidak mungkin keluarga dan masyarakat itu menjadi baik, sekiranya wanita itu tidak menjadi solehah.”
Banyak lagi ilmu lain yang mula dipelajari. Berkenaan isu poligami dan penerimaan masyarakat, penyusuan ibu dan pengurusan bayi. Sungguh banyak pendedahan-pendedahan awal didedahkan kepada kami sebagai peserta.
Muslimah adalah asset utama negara. Ramai tokoh wanita yang tidak kita ketahui siapa dia namun sumbangannya terhadap dunia cukup besar sehingga kini. Oleh itu, sama-samalah kita menuntut ilmu dan memartabatkan kaum wanita agar tidak lagi dipandang enteng oleh sesetengah golongan. Menurut sabda Rasulullah SAW: “ menuntut ilmu itu adalah wajib keatas setiap orang lelaki dan perempuan.”(Hr Ibn ‘Addiy, al-Baihaki dan al-Tabarani).
Sebelum mengakhirkan kalam kali ini, suka sangat nak berkongsi 5 Qualities of Super Women yang di bentangkan oleh Bro Faridzul:
1.      Character: what you give, you get back. Starting from today, find at least 1 person to help everyday. Kita mungkin boleh menipu diri kita, tapi tidak pada orang lain.
2.      Charisma: anggaplah everyone is important because to become superwoman, you should learn how to listen. Kita akan nampak berkarisma apabila kita berjaya membuat orang lain rasa dihargai.
3.      Confidence: only you can convince your ownself. We need to avoid using negative words either to urself or other people. Sebab dalam badan kita banyak terkandung air. Dan air akan terbentuk dengan apa yang didengar, diperkatakan. Jika positif, maka positiflah. Begitulah sebaliknya.
4.      Communication: be clear as a bell. Berkomunikasilah perkara yang baik-baik.
5.      Concentration.


Harap-harap lepas ni ada lagi Hawa Convention 3.0. Tak sabar menunggu!!! Harap lebih ramai yang dapat menyertai program-program seperti ini. Setakat ini sahaja saya mampu berkongsi untuk kali ini… Be a gud Muslimah, Be a super women! InsyaAllah. Allah ada bersama kita.
Mungkinkah kita Sumayyah abad ini or Zainab alGhazali? Ataukah berilmu seperti Aisyah ummahatul mukminin?? Mari menjadi mukminah!!!

No comments:

Post a Comment