Wednesday 4 September 2013

Duhai Insan Bergelar Lelaki….


Bismillahirramanirrahim…
Dahulu,
wanita dibawah jagaan lelaki,
mereka sehabis daya menjaganya...
tiada siapa brani menggoda dan mendekat...
kini,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki xkisah auratnya terbuka...
wanita kini bebas binasa.....
~ukht Fatimah Syarha~
lelaki jenis apa zaman ini??
dirinya sendiri tidak terjaga....
rosak binasa ummah dan bangsa..
ayuhlah syabab!
usah dayus...
kelak dosa,kamu yang menanggung!!
~ana~
Teringat kembali, baru-baru ni saya ada letak satu status yang di atas ini dalam 1 group. Namun ada seorang hamba Allah yang agak marah dengan status itu. Yang pasti dia adalah seorang LELAKI.
Dia kata, ‘dosa sendiri buat, tapi nak salahkan orang lain pulak. Dia yang tak pandai nak jaga diri.’ Rungutnya.
Ya, betul. Perempuan memang dilahirkan sebagai insan yang agak lemah. Ibarat tulang yang bengkok, jika di bentuk dengan keras, maka patahlah ia. Harus berhati-hati dalam mendidik. Perlu sentiasa ditegur dan di beri peringatan.
 Tujuan sebenar bukanlah ingin menghina lelaki. Jauh sekali di sudut hati, ini adalah teguran yang cukup indah demi menjaga mereka kelak. Kerana sayangnya kita pada mereka sang lelaki. Justeru, ingatlah…. Jika saudara kita ingin terjun ke neraka, kitalah yang berperanan untuk menariknya kembali dari azab itu.
Duhai lelaki, kamu dilahirkan sebagai sebagai seorang pelindung. Bukan dayus semata-mata.
Ar-rijalu Qawwamuna ‘alannisa.
Namun disini bukan bermakna wanita itu tidak mampu untuk berdiri sendiri. Kasihanilah saudara lelaki kita. Jagalah dirimu agar menjadi mawar yang berduri. Akan menusuk tangan sesiapa yang akan cuba memetiknya.
Oleh itu wanita, usahlah kau membebankan lelaki. Jagalah diri sebaik-baiknya kerana ada 4 jenis lelaki yang akan ditarik oleh wanita ke neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul. :

1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila si suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiamkan diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya, jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.

Firman Allah SWT:-

4 jenis lelaki ditarik perempuan ke neraka.

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)

p/s:Dedikasi ini khas buat Allahyarham Hj Mohd Daud b. Yusoff, ayah yang terbaik dalam dunia ini. Sehingga ke akhir hayatnya, jasanya pada anak-anak tidak pernah terhenti. Syukran. Hanya Allah yang mampu membalas jasamu,duhai ayah.

Sumber:
- Syabab Musafir Kasih.
- See more at: http://luvislam92.blogspot.com/2013/01/peranan-lelaki-dalam-mendidik-wanita.html#sthash.266lDrL6.dpuf

No comments:

Post a Comment