Monday 31 December 2012

sahabat


 


Lahirnya kita dalam satu fikrah,
Bagi melunaskan misi yang sama,
Menegakkan kebenaran,
Meruntuhkan kebatilan.
SAHABAT,
Ayuhlah kita bersinergi,
Mengotakan janji pada Ilahi,
Andai gugur syahid menanti,
Andai rebah syuga Firdausi sebagai janji.
SAHABAT,
Andai bukan sekarang,bila lagi?
Andai bukan di sini,di mana lagi?
Andai bukan kita,lalu siapa lagi?
Kitalah permata agama yang dicari,
Buat menerangi ummah sejagat,
Selamatkan ummah dari barah yang semakin bernanah,
Selamatkan ummah dari gejala yang kian merebak,
Usah bertangguh-tangguh dalam kebaikan,
Usah berlengah-lengah dalam kebenaran,
Ayuh sahabat ‘Fastabiqul Khairat’,
Jangan goyah dengan mehnah,
Andai perjuangan itu manis,
Pasti ramai menyertainya.
SAHABAT,
Allah berfirman pada malaikatnya,
Pergilah kamu kepada hambaku,
Timpakanlah pelbagai ujian kepadanya,
Kerana aku ingin mendengar rintihannya.
SAHABAT,
Perjuangan itu memang pahit,
Kerana Allah menjanjikan syurga yang manis,
Bersabarlah di alam perjuangan,
Kerana dari Abu Said al-Khudri r.a,
Rasulullah bersabda,
Seseorang itu tidak dikurniakan sesuatu yang lebih baik,
Serta yang lebih luas,
Melainkan bersabar.
(INNALLAHA MA’ASSOBIRIN.)

2 comments:

  1. lagi pahit laluan perjuangan, lagi manis keredhaan TUHAN...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya benar sekali... andai prjuangan tnpa ksusahan... itu bkan namanya berjuang....brjuang tu mmg pahit krn syurga itu kn manis :)

      Delete