Sunday 5 July 2020

Mahkota Kiasan (Memoir Covid 19)

Tak kisah lah apa pun yang terjadi..
Yang penting buku Mahkota Kiasan (antalogi puisi)  dah sampai ke tangan..

Corona dalam bahasa Sepanyol yang membawa maksud Mahkota. Mahkota Kiasan (Corona Metaforica).

Tersangatlah puitis bait-bait puisi saudara Fedtri Yahya .

Benarlah yang tertulis tu..
Beliau menikam dengan puitis sekali.
Buku ni menceritakan hampir semua isu yang terjadi sepanjang Covid 19 melanda negara kita.
Kekal menjadi kenangan abadi.
Subhanallah, memang Allah kurniakan idea yang mencurah-curah buat beliau untuk siapkan buku ini sepanjang PKP.

Baru saja baca selembar "Risalah Menyerlah Indah Warkah Basyirah" nyanyian DSCT. Memahami makdud disebalik lagu itu...
Penuh dengan pengharapan dan doa🤗

Bacalah,  dari situ kita akan menyingkap sesuatu.

Allah berfirman:

"Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia(timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak mereka merasakan sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)."
[Surah Ar-Rum :14]



No comments:

Post a Comment