Wednesday, 2 June 2021

Buku Selamat Tinggal Purnama karya Teme Abdullah.

 

Serius nak bagitahu kamu semua, baca buku Teme  boleh jadi makin 'stress'.

Hurm...

Mana tak stress kalau lepas baca tu nak baca lagi, nak baca lagi๐Ÿฅด

Sejujurnya Buku [Selamat Tinggal Purnama] Strain Pertama dan Strain Kedua ni aku beli tahun lepas. 27 Okt 2020. Ambil masa yang lama untuk baca sebab bertangguh.

26 Mei 2021 Teme lancarkan 2 buah buku baru lagi. Kapal Terakhir Di Dunia. Disebabkan nak beli buku baru tu, aku perlu habiskan bacaan buku lama.

Jadi aku kosongkan fikiran, tarik nafas dan mula baca. 2 hari setengah jer siap dua buah ๐Ÿคฏ

Sebab apa cepat sangat tu? Macam aku bagitahu awal-awal, bila baca tu susah nak jumpa titik dan makin stress nak tahu apa kejadian selepas itu. ๐Ÿคญ

Buku-buku Teme ni menarik sebab:

1. Sesiapa yang baca buku-buku Teme sebelum ini, pasti kenal gaya penulisannya yang sentiasa berfikir di luar kotak. Seperti buku Empayar, buku STP ini Teme membawa kita kenal satu dunia baharu yang sangat berbeza dengan dunia yang kita diami hari ini.

Negara tersebut bernama Nusaraya, serba canggih, hidup dengan segala aplikasi dan nyawa manusia bergantung pada mata kredit. Maknanya, kalau mata kredit kau habis, tamatlah riwayat.

2. Susunan plot cerita yang terancang dan digarap dengan sehabis baik. Jadi kita baca cerita yang tersusun elok ni, kita akan lebih menjiwai jalan cerita. Maka akan muncullah pelbagai perasaan dalam diri seperti marah, sedih, suka, kecewa dan tertekan. Itulah yang aku rasa sewaktu menghabiskan STP.

3. Sebagaimana penulisnya seorang yang berimu dan berpendidikan tinggi, begitu juga dengan karyanya yang diselitkan dengan ilmu dan nilai. Walaupun ianya sekadar novel fiksyen yang tak menyentuh soal keagamaan pun, tapi nilainya sangat tinggi.

4. Plot twist yang cukup hebat. Tak dinafikan, semua pembaca inginkan sebuah pengakhiran cerita yang cukup indah.

Sebelum pengakhiran Strain Kedua, pembaca disajikan dengan sebuah kesedihan atas kehilangan. Tapi plot berubah 100% di titik-titik terakhir. Dari situ kau akan cari semula perkaitan dari awal-awal cerita.

5. STP sesuai diangkat sebagai filem/drama memandangkan cerita ini pun berkisar tentang dunia anak seni yang popular.

Ianya boleh juga dijadikan sebagai satu teguran buat semua golongan yang terlibat dengan dunia seni.

.
Ini hanyalah pandangan mata kecil aku untuk buku Selamat Tinggal Purnama.

Perasaan setiap kali habiskan bacaan buku-buku Teme, aku sering mengharapkan ada sambungannya lagi dan lagi. Ideanya sangat segar.

Cukup dulu untuk #reviewbuku kali ini. Kalau rajin aku cuba riview buku lain lagi. Ini sempena menyahut seruan sifu Izzul Islam Shuhaimi untuk buat headline yang hook dan penulisan guna nombor ๐Ÿคฃ

Entah jadi ke tidak, mohon ampun maaf dan tunjuk ajar lagi sifu. Terima kasih๐Ÿค—

Yang belajar membaca dan menulis,
Siti Nor Hayati ✅

Sunday, 5 July 2020

Mahkota Kiasan (Memoir Covid 19)

Tak kisah lah apa pun yang terjadi..
Yang penting buku Mahkota Kiasan (antalogi puisi)  dah sampai ke tangan..

Corona dalam bahasa Sepanyol yang membawa maksud Mahkota. Mahkota Kiasan (Corona Metaforica).

Tersangatlah puitis bait-bait puisi saudara Fedtri Yahya .

Benarlah yang tertulis tu..
Beliau menikam dengan puitis sekali.
Buku ni menceritakan hampir semua isu yang terjadi sepanjang Covid 19 melanda negara kita.
Kekal menjadi kenangan abadi.
Subhanallah, memang Allah kurniakan idea yang mencurah-curah buat beliau untuk siapkan buku ini sepanjang PKP.

Baru saja baca selembar "Risalah Menyerlah Indah Warkah Basyirah" nyanyian DSCT. Memahami makdud disebalik lagu itu...
Penuh dengan pengharapan dan doa๐Ÿค—

Bacalah,  dari situ kita akan menyingkap sesuatu.

Allah berfirman:

"Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia(timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak mereka merasakan sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)."
[Surah Ar-Rum :14]



Saturday, 23 May 2020

Syamail Muhammadiah 30: Buah-buahan Rasulullah Pernah Makan

29 Ramadhan 1441H

[Syamail 29: Gelas Minum Rasulallah ]

๐Ÿ‘‰Anas Bin Malik mengeluarkan gelas yang terbuat dari kayu keras dan dilapisi besi seraya berkata,  'Wahai Tsabit, ini adalah gelas Rasulullah SAW. .'." [Riwayat Tirmidzi,Bukhari dan Ahmad]

๐Ÿค—Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda.. 

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan

Syamail Muhammadiah 29:Gelas Minum Rasulullah

29 Ramadhan 1441H

[Syamail 29: Gelas Minum Rasulallah ]

๐Ÿ‘‰Anas Bin Malik mengeluarkan gelas yang terbuat dari kayu keras dan dilapisi besi seraya berkata,  'Wahai Tsabit, ini adalah gelas Rasulullah SAW. .'." [Riwayat Tirmidzi,Bukhari dan Ahmad]

๐Ÿค—Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda.. 

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan

Syamail Muhammadiah 28:Doa Sebelum dan Sesudah Makan

28 Ramadhan 1441H

[Syamail 28: Doa Sebelum dan Sesudah Makan]

๐Ÿ‘‰ Aisyah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Apabilah salah seorang kalian makan dan lupa menyebut nama Allah pada saat hendak makan,  maka hendaklah ia mengucapkan ' Bismillahi awwaluhu wa akhiruhu(Dengan nama Allah di awal dan di akhir) ." [Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud, Darimi dan Ahmad ]

๐Ÿ‘‰ Umar bin Abi Salamah RA juga meriwayatkan :
"Suatu hari, ia mendatangi Rasulullah SAW, di rumah baginda ada makanan. Rasulullah berkata,  'Kemarilah,  sebut nama Allah dan makanlah dengan tangan kanan apa yang ada dihadapanmu'." [Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah, Nasa'i, Darimi, Baihaqi dan Ahmad]

๐Ÿ‘‰ Abu Said AlKhudri RA meriwayatkan :
"Setiap kali Rasulullah SAW usai makan, baginda selalu mengucapkan, 'Alhamdulillahi lladzi at'amana wa saqana wa ja'alana muslimin (Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan dan minum serta menjadikan kami sebagai Muslim) '."[Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah, Nasa'i, Ibnu Sunni, Ahmad dan Abu Syaikh]

๐Ÿค—Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda..   Marilah kita sama-sama mengikut sunnah baginda Rasul.

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan

Syamail Muhammadiah 27: Wudhu Rasulullah SAW Ketika Hendak Makan

27 Ramadhan 1441H

[Syamail 27: Wudhu' Rasulullah Ketika Hendak Makan]

๐Ÿ‘‰ Ibnu Abbas RA meriwayatkan, maksudnya:
"Pada suatu hari, Rasulullah SAW  keluar dari tempat buang hajat.  Lalu baginda diberikan makanan.  Kemudian baginda ditanya: 'tidakkah engkau merasa perlu untuk berwudhuk?' Rasulullah SAW menjawab 'Jika aku hendak solat,  maka aku akan berwudhuk.'." [Riwayat Tirmidzi,Muslim dan Nasa'i]

๐Ÿ‘‰ Salman RA juga meriwayatkan :
"Aku membaca pernyataan berikut dalam kitab Taurat, 'Sungguh, berkah makanan yang diperoleh dengan berwudhuk setelahnya. ' Maka aku menyebutkan apa yang telah kubaca dalam kitab Taurat itu kepada Rasulullah SAW. Baginda berkata,  'Berkah makanan itu diperoleh dengan berwudhuk sebelum dan sesudahnya." [Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud, Hakim, Ahmad dan Baghawi]

๐Ÿค—Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda.. 

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan

Syamail Muhammadiah 26:Lauk Pauk Rasulullah

Qadha yang semalam๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

26 Ramadhan 1441H

[Syamail 26: Lauk Pauk (Makanan) Rasulullah]

๐Ÿ‘‰Umar Al-Khattab RA meriwayatkan, maksudnya:
"Makanlah minyak zaitun dan manfaatkanlah sebagai minyak.  Sungguh minyak zaitun berasal dari tumbuhan yang diberkahi." [Riwayat Tirmidzi,Hakim dan Ibn Majah]

๐Ÿ‘‰ Anas Bin Malik RA juga meriwayatkan :
"Rasulullah SAW sangat menyulai buah labu.  Maka setiap kali diberi makanan atau diundang dalam jamuan makan, saya selalu mengikuti dan memberikan buah labu dihadapan baginda kerana saya tahu baginda sangat menyukainya." [Riwayat Darimi,  Abu Dawud, Nasaie dan Ahmad]

๐Ÿ‘‰ Aisyah RA meriwayatkan:
"Rasulullah SAW menyukai manis-manisan dan madu. " [Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ibnu Majah ]

๐Ÿ‘‰ Abu Hurairah RA meriwayatkan:
"Rasulullah SAW pernah diberikan daging bahagian kaki.  Rasulullah SAW sangat menyukainya. Maka baginda menggigit daging itu." [Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim dan Ahmad]

๐Ÿค—Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang kesukaan Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda.. 

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan

Syamail Muhammadiah 25: Roti Rasulullah

Ramadhan yang bakal pergi๐Ÿ˜จ๐Ÿ˜ข

25 Ramadhan 1441H

[Syamail 25: Roti Rasulullah]

๐Ÿ‘‰Aisyah RA meriwayatkan, maksudnya:
"Keluarga Rasulullah SAW tidak pernah memakan roti gandum hingga kenyang selama dua hari berturut-turut sampai baginda wafat." [Riwayat Tirmidzi,Bukhari, Muslim, dan Ibn Majah]

๐Ÿ‘‰ Ibnu Abbas RA juga meriwayatkan :
"Rasulullah SAW dan keluarganya pernah harus menahan lapar selama beberapa malam berturut-turut kerana ketiadaan makanan.  Sebahagian besar roti yang mereka makan adalah roti gandum." [Riwayat Tirmidzi, Ibn Majah dan Ahmad]

๐Ÿค—Kesimpulannya, dalam hayat Rasulullah sendiri banyak menanggung lapar dan penderitaan. Itulah sunnah orang berjuang. Maka kita juga harus bersabar menahan lapar untuk beberapa hari lagi dibulan puasa. Sedar tak sedar,  Ramadhan bakal pergi๐Ÿ˜ฅ

Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda.. 

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan

Sunday, 17 May 2020

Syamail Muhammadiah 24: Cara Rasulullah Makan

24 Ramadhan 1441H

[Syamail 24: Cara Rasulullah Makan]

๐Ÿ‘‰Kaab bin Malik RA meriwayatkan, maksudnya:
"Usai makan,  Rasulullah SAW menjilat jari-jarinya sebanyak tiga kali." [Riwayat Tirmidzi]

๐Ÿ‘‰ Anas bin Malik RA juga meriwayatkan :
"Rasulullah SAW pernah diberi kurma.  Saya melihat baginda makan sambil duduk dengan betis ditegakkan kerana lapar." [Riwayat Tirmidzi, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad]

๐Ÿค—Jom makan ikut sunnah.  Guna 3 jari dan jilat jari agar tak comot. Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda.. 

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan

Syamail Muhammadiah 23: Bertopang

23 Ramadhan 1441H

[Syamail 23: Bertopang]

๐Ÿ‘‰Fadhl bin Abbas RA meriwayatkan, maksudnya:
"Saya mengunjungi Rasulullah SAW ketika baginda sakit menjelang wafat. Kepala baginda diikat dengan pembalut kuning. Maka saya mengucapkan salam kepada baginda, kemudian baginda memanggil, 'Wahai Fadhl ! Saya menjawab,  'saya memenuhi panggilan engkau wahai Rasulullah.' Baginda bersabda,  'Kencangkanlah pembalut kepalaku ini'! Lalu saya pun melaksanakan permintaan baginda. Kemudian baginda duduk dan meletakkan tangan ke pundakku (bertopang).  Setelah itu baginda berdiri lalu masuk ke dalam masjid." [Riwayat Tirmidzi ,Abu Ya'ala dan Thabrani]

๐Ÿค—Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda.. 

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan

Syamail Muhammadiah 22: Cara Rasulullah Bersandar

22 Ramadhan 1441H

[Syamail 22: Cara Rasulullah Bersandar]

๐Ÿ‘‰Jabir bin Samurah RA meriwayatkan, maksudnya:
"Aku melihat Rasulullah SAW bersandar ke bantal di sisi kiri tubuh baginda." [Riwayat Tirmidzi Abu Dawud dan Ahmad]

๐Ÿ‘‰ Abu Juhaifah RA meriwayatkan :
"Rasulullah SAW bersabda: 'Aku tidak akan makan sambil bersandar'. "
[Riwayat Tirmidzi,  Bukhari Abu Dawud,  Ibnu Majah, Ahmad dan Baihaqi]

๐Ÿค—Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda.. 

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan

Thursday, 14 May 2020

Syamail Muhammadiah 21:Cara Rasulullah duduk

21 Ramadhan 1441H

[Syamail 21: Cara Duduk Rasulullah]

๐Ÿ‘‰Qailah binti Makhramah RA meriwayatkan, maksudnya:
"Qailah melihat Rasulullah SAW di dalam masjid,  baginda duduk dengan lutut diangkat menempel perut. Qailah berkata, 'ketika saya melihat Rasulullah duduk dengan sangat khusyuk, saya gementar kerana khuatir'." [Riwayat Tirmidzi Abu Dawud dan Bukhari]

๐Ÿ‘‰ Abdullah bin Zaid RA meriwayatkan :
"Dia (Abdullah) melihat Rasulullah SAW tidur terlentang di dalam masjid dan meletakkan salah satu kakinya di atas kaki yang lain. "
[Riwayat Tirmidzi,  Bukhari dan Muslim]

๐Ÿค—Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda.. 

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan

9 Wasiat Surah alHujurat

9 wasiat Allah dalam surah al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia, selepas 9 hari kita berpuasa di bulan ke-9 Hijrah (Ramadan)!

Wasiat 1: “ูَุชَุจَูŠَّู†ُูˆุٓงْ” = Selidik suatu khabar yang sampai padamu.

Wasiat 2: “ูَุฃَุตูۡ„ِุญُูˆุงْ” = Damaikan saudara yang bersengketa.

Wasiat 3: “ูˆَุฃَู‚ุۡณِุทُูˆุٓงْ‌ۖ” = Berlaku adil.

Wasiat 4: “ู„َุง ูŠَุณุۡฎَุฑۡ” = Jangan mencemuh/merendahkan orang lain.

Wasiat 5: “ูˆَู„َุง ุชَู„ูۡ…ِุฒُูˆุٓงْ” = Jangan mengaibkan.

Wasiat 6: “ูˆَู„َุง ุชَู†َุงุจَุฒُูˆุงْ” = Jangan melabel.

Wasiat 7: “ูฑุฌุۡชَู†ِุจُูˆุงْ ูƒَุซِูŠุฑًุ۬ง ู…ِّู†َ ูฑู„ุธَّู†ِّ” = Jauhi dari banyak berprasangka buruk.

Wasiat 8: “ูˆَู„َุง ุชَุฌَุณَّุณُูˆุงْ” = Jangan mencari-cari kesalahan orang lain.

Wasiat 9: “ูˆَู„َุง ูŠَุบุۡชَุจ” = Jangan mengumpat.

Renungi surah ini, tadabbur ayat ini, dan amalkan wasiat ini, nescaya hubungan kita sesama manusia akan terpelihara!

-Dr. Kamilin Jamilin-

Wednesday, 13 May 2020

Syamail Muhammadiah 20: Penutup kepala Rasulullah

20 Ramadhan 1441H

[Syamail 20: Penutup Kepala Rasulullah]

๐Ÿ‘‰Anas bin Malik RA meriwayatkan, maksudnya:
"Rasulullah sering mengenakan penutup kepala hingga pakaian baginda menyerupai pakaian penjual minyak. " [Riwayat Tirmidzi dan Baihaqi]

๐Ÿค—Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda.. 

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan

Syamail Muhammadiah 19: Cara Rasulullah Berjalan

19 Ramadhan 1441H

[Syamail 19: Cara Rasulullah Berjalan]

๐Ÿ‘‰Abu Hurairah RA meriwayatkan, maksudnya:
"Saya tidak pernah melihat apa pun yang lebih indah dari Rasulullah SAW, seolah-olah matahari beredar di wajah baginda. Saya juga tidak pernah melihat orang yang berjalan lebih cepat daripada Rasulullah SAW, seolah-oleh bumi dilipat untuk baginda. Sungguh kami harus memaksa diri (untuk berjalan seperti Rasulullah) dan baginda tidak peduli (terhadap rasa lelah kami). " [Riwayat Tirmidzi, Ahmad ,Abu Syaikh dan Ibnu Sa'd]

๐Ÿ‘‰ Ali bin Abi Talib pula meriwayatkan:
"Ali bin Abi Talib menggambarkan karakteristik fisikal Rasulullah SAW,  Baginda berjalan dengan mengangkat kaki seakan-akan baginda sedang menuruni tanah yang landai. " [Riwayat Tirmidzi, Ibnu Sa'd, dan Baihaqi]

๐Ÿค—Oleh itu jom ubah cara kita berjalan. Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda.. 

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan

Syamail Muhammadiah 18: Sarung Rasulullah

18 Ramadhan 1441H

[Syamail 18: Sarung Rasulullah]

๐Ÿ‘‰Abu Burdah meriwayatkan, maksudnya:
"Aisyah RA menunjukkan sehelai pakaian dan sarung yang tebal kepada kami, kemudian ia berkata,  'Rasulullah SAW wafat ketika mengenakan dua pakaian ini. " [Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim,  Abu Dawud,  Nasa'i, ,Abu Syaikh dan Ibnu Majah]

๐Ÿ‘‰ Hudzaifah bin al-Yaman pula meriwayatkan:
"Rasulullah SAW memegang urat betisku dan betis baginda, lalu berkata,  'Inilah batas engkau mengenakan sarungmu. Jika engkau enggan,  maka janganlah sarung itu sampai menutupi kedua mata kakimu. " [Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah,  Nasa'i dan Ahmad]

๐Ÿค—Oleh itu kaum Adam,  teladanilah Rasulullah. Jangan terlalu labuh mengenakan kain sarung /pelikat hingga tertutup buku lali. Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda.. 

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan

Sunday, 10 May 2020

Syamail Muhammadiah 17: Serban Rasulullah

17 Ramadhan 1441H

[Syamail 17: Serban Rasulullah]

๐Ÿ‘‰Jabir RA meriwayatkan, maksudnya:
"Nabi saw memasuki kota Makkah pada hari Fathu Makkah dengan mengenakan serban berwarna hitam dikepala baginda. " [Riwayat Tirmidzi, Muslim,  Abu Dawud,  Nasa'i, Darimi,Abu Syaikh dan Ahmad]

๐Ÿ‘‰ Ibnu Abbas RA pula meriwayatkan:
"Sungguh,  Rasulullah SAW pernah berkhutbah di hadapan orang-orang dengan mengenakan serban hitam dikepala baginda. " [Riwayat Tirmidzi dan Ahmad]

๐Ÿค—Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda.. 

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan

Saturday, 9 May 2020

[Syamail Muhammadiah 16: Pelindung Kepada Rasulullah Ketika Perang



16 Ramadhan 1441H

[Syamail 16: Pelindung Kepada Rasulullah Ketika Perang]

๐Ÿ‘‰Anas biN Malik RA meriwayatkan, maksudnya:
"Nabi saw memasuki kota Makkah dengan mengenakan migfar, kemudian seseorang menganmtakan kepada baginda, 'Ini Ibnubl Khatal sedang bergantung pada kain kaabah' Maka baginda berkata : Bunuhlah dia!  Ibn Syihab berkata: ' Saya mendapat informasi ketika saat itu bahawa Rasulullah tidak sedang berihram. " [Riwayat Tirmidzi, Bukhari,  Abu Dawud, Muslim,  Nasa'i,   Ibnu Majah, Darimi,Malik dan Ahmad]

๐Ÿค—Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda.. 

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan

Friday, 8 May 2020

Syamail Muhammadiah 15:Baju Besi Rasulullah




15 Ramadhan 1441H

[Syamail 15: Baju Besi Rasulullah]

๐Ÿ‘‰Zubair bin Awwam RA meriwayatkan, maksudnya:
"Pada perang Uhud,  Rasulullah SAW mengenakan dua baju besi. Baginda mencuba naik ke atas sebuah batu besar,  tetapi baginda tidak mampu melakukannya.  Maka Rasulullah mendudukkan Talhah lalu baginda menaiki tubuhnya sehingga baginda berhasil naik ke atas batu tersebut.  Saya mendengar Rasulullah SAW berkata: 'Talhah berhak mendapatkan pahala dan syurga'." [Riwayat Tirmidzi, Hakim, Baihaqi dan Ibnu Hibban]
.
๐Ÿค— Alangkah beruntungnya sahabat-sahabat Rasulullah yang hidup sezaman dengan baginda. Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda.. 

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan

Thursday, 7 May 2020

Syamail Muhammadiah 14:Ciri Pedang Rasulullah

14 Ramadhan 1441H

[Syamail 14: Ciri Pedang Rasulullah]

๐Ÿ‘‰Hud bin Abdullah bin Said meriwayatkan dari datuknya, maksudnya:
"Rasulullah SAW memasuki kota Mekah pada hari Fathu Mekah dengan membawa pedang yang dihujungnya ada emas dan perak. Talib bertanya tentang apa yabg dimaksud dengan perak yang ada di pedang baginda.  Hud menjawab ' Hujung pegangan pedang Rasulullah terbuat dari perak." [Riwayat Tirmidzi, Abu Syaikh]
.
๐Ÿ‘‰ Ibnu Sirin meriwayatkan, maksudnya:
"Kubuat pedangku sama dengan bentuk dengan pedang Samurah bin Jundab.  Samurag juga mengatakan bahawa bentuk pedangnya sama dengan bentuk pedang Rasulullah. Pedang Samurah itu sendiri sama dengan bentuk pedang Bani Hanifah." [Riwayat Tirmidzi]

๐Ÿค— Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda.. 

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan