Tuesday 29 April 2014

S'pore Osem....

Sebulan yang lepas, rumet lama aku ada call (yanie). dia invite aku join dia ke singapore. Masa tu agak trpikir la juga nak ikut atau tak. maklumlah tengah-tengah sem ni aku bukan ada duit sangat. so, aku pn tanya la kakak aku, dia kata join je lah. Bila lagi kan nak kenal tempat orang. so, aku apa lagi... terus setujulah. Tambah-tambah pula semua ditanggung beres termasuk pasport... tp duit makan dan membeli belah duit sendirilah....takkan la orang bagi betis nak paha pula. bersama aku ada seorang lagi ex- rumet yang sama-sama masa tinggal dkat KK1 dulu ( Azie).

 sampailah masa yang di tetapkan. 25 apr 14 malam kami bertolak ke Johor dengan bas usim. so dari sana kami tukar bas untuk masuk ke sempadan Singapore. Urusan Imegresen di sana sungguh ketat. mula-mula masuk jer ke sana, aku sudah terkagum dengan binaan-binaan yang sungguh kreatif dan tiada di Malaysia. bukan ingin membangga-banggakan negara orang, tapi sekadar memuji kehebatan mereaka. Even negaranya hanya sekangkang kera berbanding kita, namun mereka jauh lebih maju. LAgi satu, negara mereka bukan lagi negara Islam, tetapi negara demokratik. segolongan besar kaum cina yang bermastautin. kebanyakan mereka dari golongan elit. sepanjang perjalanan, tidak seorangpun yang aku temui pengemis atau yang tidur di kaki lima.

Tempat yang mula-mula aku lawati ialah, Merlion Park. terlalu ramai foreigner di sana. India, Korea, Cina, mat saleh dan pelbagai. tak lama di situ kerana kami beralih ke Garden yang juga terdapat berhampiran. Bayangkan sebuah Garden yang berada di tengah2 kota. sungguh cantik. haa lagi satu nak puji Spore. boleh kata buminya cukup cantik. bumi hijau. tenang mata memandang kehijauan. disetiap bangungan ada pokok melambai dan menjalar di bangungan2. sungguh istimewa. Udara yang berhembus segar membuatkan kami selesa dengan pengembaraan.

Singaporian boleh dikatakan sungguh berdisiplin dalam daily life mreka. As muslim, kita kna ambik ibrah dan contoh dari mreka dari segi kebersihan. Frankly speaking, spenjang perjalanan banyak tempat yg kitorang lawati, kami tak jumpa sampah dekat lantai- lantai mahupun di jalanan. padahal majoriti mereka non-muslim. Malu la kita jika tidak mampu mendisiplinkan diri sperti mreka.

Menurut tour guide yang mmbawa kami swaktu di sana, jenayah dan kecurian tidak banyak berlaku disana. Ini kerana law di Singapore sungguh ketat ditambah pula dengan rakyat yg agak bertamadun. jadi tidak menjadi malash besar dalam kehidupan mereka.

Destinasi terakhir kami tak lain dan tak bukan di Pulau Sentosa. kami pergi Universal Studio, tp bukan masuk dalam tau, bergambar kat luar jer. hari pn dah petang. tak berbaloi kalau nk menjelajah dalam tu. Seluruh Pulau Sentosa pun kami tak sempat nk jelajah.

Walaupun sehari jer kat sana, mataku terbuka luas dengan way of life mreka. betullah kata orang, ijauh berjalan luas pandangan. andai di beri ruang dan waktu, rasa nak jer terbang ke tempat lain lagi...nk travel ke bnyak2 tempat. we can learn from observation and experience. Buat masa sekarang, kembali menuntut ilmu terlebih dahulu... Ilmu penuh didada, terbanglah kemana pun, InsyaAllah kita pun selamat.....


 foto azie + yani @ merlion park.... mcam kembar...




 Universal Studio...beznyer kalau dapat masuk. tapi, kat luar pun jadilah....





 haa...ini kami bergambar nga warga dari cina. mereka mintak nk brgmbar brsma. so kita raikan mereka seramah mgkin :)



yang ni mmang lawak. bawa maggi cup dari Malaysia semata2  nak save bajet...heheh, nasib kami mmg baik sbb bleh dpatkan hot water @ seven eleven. orang lain tak buat macam kami. xper..pngalaman kan. tak buat, tak tahu... hik2..