Sunday 22 March 2020

Covid19: Ujian atau Hikmah



Bismillahirrahmanirrahim.... Selamat pagi pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Dunia hari ini sedang diuji dengan begitu hebat. Siapa lagi yang tidak tahu tentang Covid 19. Covid 19 yang merupakan satu virus yang berasal dari Wuhan, China dan kini telah tersebar dengan begitu cepat ke seluruh negara. Malaysia tidak terkecuali dalam hal ini.

Memasuki gelombang kedua, Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada seluruh rakyat Malaysia. Namun seperti biasa, rakyat tetap berdegil dan tidak mengendahkan arahan dari pihak beerkuasa.

Dan hari ini 23 Mac 2020, memasuki hari keenam PKP,  kita telah menyaksikan kematian yang terus meningkat dan mangsa yang positif Covid 19 terus bertambah dari semasa ke semasa. Tempoh yang diberikan oleh penguasa untuk stay at home nampaknya disia-siakan.

Padahal bukan kita tidak tahu bahawa virus ini boleh menjangkiti orang lain, akan tetapi masyarakat kita lebih suka untuk ingkar arahan.

Dalam tempoh kita diuji ini, banyak hikmah yang kita boleh ambil. Ianya satu teguran dan tamparan yang hebat daripada Allah SWT. Gunakanlah masa yang diberi untuk stay at home ini sebaik-baiknya bagimeluangkan masa bersama keluarga yang tercinta , bermuhasabah diri dan mendekatkan diri kita pada Allah. Perbanyakkanlah amal ibadah sebagai bekal dan mohon ampun kepada Allah atas dosa-dosa yang telah kita lakukan.

Banyak aktiviti yang boleh kita lakukan sepanjang tempoh PKP, antaranya ialah:


  1. Lazimi dengan membaca Al-quran. Moga-moga Kalamullah ini menjadi perisai terkuat buat kita semua.
  2. Lakukan solat hajat dan amalan-amalan sunat.
  3. Berpuasa sunat.
  4. Perbanyakkan istighfar. Mohon ampun dengan Allah.
  5. Almalkan zikir-zikir tertentu dan doa-doa agar terhindar dari wabak.
  6. Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga. 
  7. Lakukan pelbagai akhtiviti yang bermanfaat seperti membaca buku, menulis dan banyak lagi.

Kita berusaha melindungi diri kita sebagaimana yang disarankan oleh pihak berwajib seperti menjaga kebersihan diri, kerap membasuh tangan dengan sabun dan hand sanitizer, selebihnya kita berdoalah kepada Allah agar dijauhkan daripada wabak yang merbahaya ini.


Berikut doa agar terhindar dari wabah penyakit, termasuk virus corona, dikutip dari buku kumpulan Do'a & Wirid karya Yazid bin Abdul Qadir Jawas.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ ، وَالجُنُونِ ، والجُذَامِ ، وَسَيِّيءِ الأسْقَامِ

Allaahumma innii'auudzu bika minal baroshi wal junuuni wal judzaami wa sayyi il asqoom


Artinya:
"Ya Allah, Aku berlindung kepada-Mu dari penyakit belang, gila, lepra dan keburukan segala macam penyakit."
Doa tersebut sesuai dengan Hadis Riwayat Abu Dawud nomor 1554.


Jangan pernah berhenti berdoa kepada Allah agar wabak Covid 19 ini segera berakhir. Kita semua tahu, Allah sedang murka saat ini. Jangan pula ditambah dan diundang lagi kemurkaan Allah. Sehebat apa pun kita hari ini, kita tidak boleh menolak dan melawan kuasa yang lebih besar iaitu Allah.

                                  

Ambillah iktibar dan hikmah dari ujian ini serta berhentilah mengeluh. Hari ini kita diberi kesihatan dan ahli keluarga kita dalam keadaan baik, syukurillah. Allah maha tahu segala-galanya.  Sesungguhnya Allah sangat merindui rintihan hambaNya lalu diuji sehebat ini.

Ingatlah, ujian hari ini untuk mendekatkan diri kita kepada Allah, bukan menjauhkan lagi diri kita daripada Allah.

Semoga yang membaca post kali ini diberi kesihatan yang baik dan dijauhkan daripada wabak Covid 19.

Jaga diri dan ahli keluarga yang lain, ambil langkah berjaga-jaga dan stay at home!
Kalau kita tak mampu nak membantu meringankan beban orang lain, jangan pula kita menjadi penyumbang masalah dan beban padaorang lain. Terima kasih kepada semua barisan hadapan yang bertungkus-lumus sepanjang tempoh covid 19 ini. Moga jasa kalian mendapat tempat tertinggi disisi Allah kelak.


Amin ya Rabbal Alamin...

Yang terperap  dirumah,
Siti Nor Hayati Binti Mohd Daud..