Tuesday 29 December 2015

Kekasih Halalku

Jangan coba coba sentuh hatiku
Kalau kau tak niat serius
Bila ku benar benar jatuh cinta
Apa kau mau tanggung jawab

Bukan berarti kutak suka kau dekati aku
Tapi ku takut kau hanya memberiku harapan palsu


Apakah kau menaruh hati padaku
Dan berniat menjadikan aku
Kekasih halalmu
Only one for you

Jangan coba coba dekati aku
Hanya karena kau ingin tahu
Bila ku benar benar jatuh cinta
Kupasti kan slalu setia

Bukan berarti kau tak boleh mendekati aku
Tapi aku takut kau hanya memberiku harapan palsu


Woo o u hu  apakah kau menaruh hati padaku
Dan berniat menjadikan aku
Kekasih halalmu
Only one for you
Only one for you

Kalau kau benar sayang
Jangan pernah kecewakan diriku
Promise me you marry me
I will be the best for you


Only one for you, aku dihatimu, kekasih halalmu
 
 
lagu Noura 
 

Tuesday 22 December 2015

Pasti VS Tadika




Lawak petang-petang ni, saje nyembang ngan budak rumah sebab tak tau nk buat apa. Nak kluar jejalan pun, xder sape nak temankan. Lagipun cuaca kat luar macam nak hujan, berangin jer. Tapi nak pesan awal2 ni, korang yang baca ni jgn cepat sentap pulak… terutamanya alumni2 tadika dan pasti… tak menyebelah mana-mana pihak pun. Saja nk suka2 aje. Tapi kalau ada yg nak marah pun, sy boleh buat apa? Ahah…
So sesambil lipat kain tu, budak dua orang ni buat celoteh plak. Sembang sal dulu. Sekolah PASTI & TADIKA. Memang kelakar. Aku n Iz ni alumni Pasti, dan si Ruh ni tadika.
Ruh: aku ingt lagi dulu aku sekolah tadika Wan Yah.
Yat: apa kelas kau nama tadika mcm tu? Tak menarik langsung. Aku dulu Pasti al-Falah.
Iz: haaa btul tu. Aku Pasti Nurul Iman kot, nama pun dah memang terbaik kauuuu…
Ruh: a’aaa la, aku baru ingat nama tadika aku…
(kami dua orang pun tercongok la tunggu nak tau nama tadika dia)
Ruh: Tadika Kemas….
Hahhahah bukan main la kami gelak sakan. Sakit perut tahan gelak ni haa…
Yat: uiiit Ruh, bukan ke mmang semua TAdika nama tadika kemas? Adoyaiii…
Ruh: aku dulu lepas balik tadika suka tengok budak2 pasti balik dari sekolah, pakai bju hijau, tudung herot, rambut kluar…  haha
Iz: amboiii2, elok lagi la budak pasti, walaupun pakai tudung rambut terkeluar, still lagi pakai. Kau budak2 tadika apa tau… memang tak pakai tudung langsung.. hahah
Yat: betul tu iz, lagi satu manhaj pembelajaran kita pun mmg lain kot… belajar 3 bahasa kot, mngira dlm Ba, Bi dan Bm. Hafal doa..
Ruh: ahaha aku pun belajar lah wei… one two threeee… (kami sama2 gelak)…
Ruh: wehhh zaman pasti, tadika tu bukan aada apa2 pun…x membawa makna pun..
Yat: uit sapa kata. Dari kecil la nak kena didik elok2. Melentur buluh biar dari rebungnya. Tak gitu ehhhh… lagipun, budak2 la ingatan kuat. Nak ingt benda elok2…
Ruh: ada aku kesah… nanti la aku nak tubuh Tadika pasti kemas!
Iz: tak payah nak gabung2 sangat la…manhaj kami berbeza…
Hahhahahaha… okay, dah maghrib…. Tu aje ceritanya…sebenarnya panjang lagi… takut menyentuh sensitivity masyarakat pulak. Tapi ini sekadar sembang kosong waktu petang sahaja. Kalau ada nk terasa kea pa, ambiklah… peace no war…. Wassalam…. chowwww

Monday 30 November 2015

Isteri Solehah

Isteri yang baik

Adalah isteri yang berbuat taat. Yang menyedari, taat itu adalah sebuah pengorbanan. Berkorban dalam mentaati suami itu bukti penghambaan kita kepada Allah. Ya! Bukti Penghambaan kita kepada Allah..

Isteri yang baik,
yang tidak menolak permintaan suaminya dengan sesuka hati.
Hatinya sedia untuk hadir saat diperlukan,
Kuat saat pasangan kelemahan,
menyedia santapan saat suami kelaparan,
menyejukkan saat dunia luar kepanasan,
dan menenangkan saat suami kesusutan..

Isteri yang baik,
adalah isteri yang setia. Bukan setia tanpa cinta, tetapi kesetiannya bersulam usaha memperindah rumah tangga..
Setia isteri itu pada doanya. Keluarnya suami berjihad di muka bumi Allah, diiringi senjata utuh dari doa isterinya..

Isteri yang baik itu,
jujur dan telus kepada suaminya.. Tidak rela dirinya berlaku bohong kepada Si suami, yang Allah anugerahkan sudah terbaik untuk dirinya..
Isteri yang baik itu telus, ikhlas dalam amalannya. Dia tidak mahu dimurkai Allah dengan murka suaminya..


Isteri yang baik,
adalah yang lembut bicaranya. Jika ada keputusan suaminya yang dirasakan tidak sesuai, akan diusahakan untuk berbincang dengan suaminya. Bahkan, dia berbincang dalam jiwa sedia untuk berlaku taat pada hasil syura mereka.
Kerana dia yakin, di dalam syura rumah tangga itu, punya keberkatan yang luar biasa.

Duhai para Wanita dan isteri,,

Fahamilah suamimu,
kepenatannya, penat orang berjuang.. Sibuknya, sibuk seorang pencinta Islam, Marahnya, marah orang berilmu..
Engkau dan dia bersatu atas perjuangan agama ini, maka seharusnya menjadi kesyukuran bagi isteri yang baik apabila suaminya istiqamah berkorban atas jalan perjuangan..

Isteri itu mudah kecewa,

Apabila emosinya berjaya menguasai imannya..

Apabila terlalu melihat kepada kelemahan suaminya,

Apabila terlalu berfikir tentang apa yang sepatutnya dia peroleh..

Sedangkan isteri itu menjadi kunci kepada kuat atau lemahnya bahtera rumah tangga.

Maka perkuatkanlah dirimu duhai isteri..


Pernikahan atas jalan juang ini, adalah kesungguhan dua insan yang disatukan atas aqad janji kepada Allah, bersungguh membawa bahtera menuju Redha Allah, berbekalkan kesetiaan dan kepercayaan yang utuh terhadap agama pasangannya.. Itu kuncinya.

"Tidak perlu menunggu suami semulia Baginda Nabi Muhammad s.a.w, Untuk berusaha menjadi isteri sebaik, setulus Khadijah..
Kerana kalau kita faham, taat dn ikhlas kita bukan kerana dia, Si suami, tp kerana Allah semata-mata..
Dari:Ummu Maryam buat semua bakal bidadari2 syurga...

27.11.2015

Wednesday 25 November 2015

Warna kehidupan..



Kadang-kadang,
Kita tak suka dengan apa yang orang perlakukan terhadap kita,
Kita tidak suka orang mengarah-arah kita,
Tapi tahukah kita, orang lain juga begitu..

Kadang-kadang,
Kita merasa kecewa tatkala pertolongan yang kita harapkan tidak direspon,
Tidak diendahkan sama sekali malah menjauh,
Tapi sedarkah kita,
Tatkala mereka perlukan pertolongan, adakah kita turut membantu?

Kadang-kadang,
Kita baran sendiri menunggu kemahuan kita dituruti,
Hingga mencuka sepanjang hari,
Tapi sedarkah kita, bukan semua kemahuan kita akan tercapai…

Ya, banyak hal yang kita sukar untuk faham dengan diri sendiri…
Tapi, itulah kompleksnya makhluk bergelar manusia,
Usah mencari sebuah kesempurnaan,
Nanti akan terkecewa sendiri..
Akan tetapi perbaiki keadaan, nescaya taka da yang rugi…


Coretan petang :Asyraful Banat 2.18pm/261115

Monday 23 November 2015

Bait Muslim(Man jadda wa jodoh)



Assalamualaikum wbt..
Sedar tak sedar, umur kita makin hari makin meningkat.  Kawan, sahabat, teman sekuliah makin ramai bertukar status. Tapi kita masih di tahap yg sama (mungkin aku jer).  Entry kali ini just nak kongsi sedikit perkongsian dari sahabat, saudari Atikah Syafii. Aku Cuma memuatkan balik nukilannya ke blog ini sahaja.
Bagaimana kita ingin menjemput jodoh? Ya, ramai orang kata ‘InsyaAllah ada la tu nanti jodoh buat saya’ ‘jodoh tak ke mana’…. Tapi, Allah tetap sarankan kita untuk berusaha terlebih dahulu.  Allah luaskan kita dengan banyak cara selagi tetap dilandasan syarak…
1-      Istiqamah berdoa untuk dapatkan jodoh.
“Ya Allah, permudahkan jalan bagiku untuk mendapat pasangan yang soleh, tunangkan dia denganku, dan jadikanlah dia sahabatku dunia dan akhirat”

Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

Baca doa:

ÙˆَالَّØ°ِينَ ÙŠَÙ‚ُولُونَ رَبَّÙ†َا Ù‡َبْ Ù„َÙ†َا Ù…ِÙ†ْ Ø£َزْÙˆَاجِÙ†َا ÙˆَØ°ُرِّÙŠَّاتِÙ†َا Ù‚ُرَّØ©َ Ø£َعْÙŠُÙ†ٍ ÙˆَاجْعَÙ„ْÙ†َا Ù„ِÙ„ْÙ…ُتَّÙ‚ِينَ Ø¥ِÙ…َاماً

Al Furqan:74. Dan orang orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.

Sewaktu membaca Qurratu a’yun itu, minta betul-betul supaya Allah beri suami dan anak-anak yang penyejuk di mata dan penenang dihati yang boleh menjadi asbab untuk kita menjadi tidak pemarah tidak menjadi isteri dan ibu yang derhaka. Niatkan untuk kita kita juga menjadi penyejuk di mata  keluarga kita.
(Doa ini lebih mengajar kita untuk sedikitpun tidak memandang rupa tetapi keikhlasan.)

2-      Istikharah sentiasa, selepas maghrib pun boleh. Bila kita serious, Allah pun akan pandang serious akan apa yang kita minta.
-minta dijauhkan dari yang batil
-minta Allah bukakan hati kita jika hati belum lagi terbuka untuk kahwin
-minta Allah bagi petunjuk,dekatkan pada siapa jodoh kita.
-sekalipun dah bertunang atau kahwin, teruskan istikharah dan berdoa.

3-      Mula melangkah
-Bila kita nampak org yang soleh/solehah, baik akhlaknya, doakan dalam hati . jangan hanya pandang pada rupa.
-Beri ruang pada hati
-Jika dah ada nama calon, panjatkan pada Allah, istikharah dan cuba risik khabar tentang si dia.

4-      Tawakkal
Cuba baca balik lepas ayat 74 surah al-Furqan Allah kata apa. insyaAllah kita akan tertampar sendiri.

-munajat dan hajat yang serious dihadapan Allah.
-cuba latih diri utk tidak terus menolak lamaran. Siasat terlebih dahulu latar belakang orang itu.

InsyaAllah, Allah akan mudahkan jalan bagi kita kalau kita ikhlas dan setia meminta padaNya. Matlamat ini semua adalah, supaya kita lebih matang , usaha tambah kemahiran dan melatih utk kawal emosi yang tidak matang.
Jodoh itu semua kita kena akur dengan masa dan ketentuan Allah.

>Kayu ukur keseriusan itu adalah pada keseriusan doamu <
Sekadar nasihat dari sahabat buat sahabat……. Selamat berbaitul muslim.

Friday 23 October 2015

Kembara Akidah di Bumi Marawi

Assalamualaikum sahabat... lama benor x jenguk blog ni....keje tak banyak pun, tp sebab makin malas.. bnyak kenangan terjadi di marawi Philippines swaktu GISO bru ni... tak terluah dek kata2. tp, aku ada tulis satu artkel then dah msuk ke Berita Kampus, USIM dan Utusan Malaysia. Alhamdulillah...



Kembara Akidah Bumi Marawi
Menelusuri kisah-kisah penderitaan rakyat di Rohingya, Syria, Palestin dan lain-lain negara minority Islam begitu menyentap hati penulis. Hampir setiap hari di dada akhbar dan media massa menghidang isu kemasyarakatan global yang penuh menyayat hati. Tiada siapa yang mampu memekakkan telinga dan terus membutakan mata keatas apa yang telah menimpa saudara seakidah ini. Berat mata memandang kesengsaraan mereka, namun berat lagi bahu yang memikul bebanan kesengsaraan yang melanda.
Pada tahun 2011, Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) telah melancarkan Global Islamic Student Outreach (GISO) bagi mengukuhkan agenda pengantarabangsaan dan melahirkan graduan yang berkemahiran holistik dan berdaya saing. Bekas Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Muhammad Muda berkata, kelompok sasaran program GISO adalah dari kalangan masyarakat minority Islam dan Pertubuhan Islam Sedunia (OIC)yang hidup serba kedhaifan, kurang dari segi pendidikan dan kesihatan.
Sejajar dengan isu yang timbul, mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama (PERWADAH) tampil untuk bahu-membahu sesama masyarakat yang kurang bernasib baik ini. Berbekalkan tenaga seramai 20 orang mahasiswa dan dua orang pensyarah pengiring, bumi Marawi Filipina menjadi sasaran GISO kali ini. Kembara GISO Filipina selama lapan hari ini diketuai oleh saudara Muhamad Zakwan Bakar yang juga merupakan Mahasiswa tahun empat Pengajian Akidah dan Agama.
Antara modus operandi GISO kali ini ialah tidak lain dan tidak bukan untuk menyahut matlamat asal GISO dalam memberi khidmat masyarakat diperingkat antarabangsa, seterusnya menjadi mahasiswa yang prihatin dengan kebajikan masyarakat Islam seluruh dunia. Selain itu, misi GISO ini juga turut menyalurkan sumbangan melalui perkongsian ilmu oleh salah seorang peserta GISO, saudara Muhammad Saiful Azim melalui seminar yang berkisar tentang peranan masjid di Malaysia. Ditambah pula dengan sedikit sebanyak perkongsian budaya hidup dan adat resam bersama masyarakat Marawi.

 Muhamad Zakwan juga berkata pada majlis perasmian GISO yang diadakan di Sultan Disomimba Elementary School, matlamat penting GISO kami adalah untuk mengenali budaya dan mengeratkan lagi ukhuwah silaturrahim dan jalinan hubungan yang baik sesama Islam Filipina-Malaysia supaya lebih mengenali satu sama lain. Hal ini amat sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat ke 13 yang membawa maksud:
“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada kalangan lelaki dan perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali. Sesungguhnya yang mulia dikalangan kamu adalah yang paling bertakwa.”
Amat jelas sekali pegangan akidah masyarakat Islam di Marawi masih utuh dengan berdirinya madrasah tahfiz yang melahirkan ramai permata-permata yang hafaz 30 juz al-Quran. Malah, Mindanou State University (MSU) turut melahirkan ramai graduan muslim iaitu 80% anak muslim dan 20% merupakan non-muslim dari Turki dan Korea.
Menurut Dr. Muhammad Nasief S. Disomimba yang juga merupakan anak jati Marawi merangkap pensyarah pengiring, Marawi merupakan tempat yang didiami oleh sejumlah majoriti masyarakat Islam namun serba kekurangan. Dapat kami saksikan dengan mata sendiri bahawa kenderaan utama mereka adalah (van dan motor) kenderaan awam . Bukan itu sahaja, mereka turut berdepan dengan masalah catuan air dan dan bekalan eletrik yang sering terputus. Struktur bangunan sekolah dan madrasah tahfiz yang uzur sangat menyentuh hati kami. Jauh berbeza keadaan mereka dan kita. Namun itu bukanlah penghalang besar bagi mereka lantaran terbiasa hidup susah.
            Dalam mematuhi suruhan junjungan besar Rasulullah SAW agar memuliakan tetamu, kami disambut penuh hormat dan meriah meskipun kehidupan mereka dhaif. Malah diraikan dengan pelbagai jenis juadah. Sungguh masyarakat itu ramah dan sangat menerima dengan hati terbuka akan jalinan silaturrahim dari Malaysia. Komunikasi bukanlah satu masalah besar bagi kami sepanjang berprogram disana kerana majoriti dari kalangan mereka mampu mengaplikasikan bahasa inggeris dan arab dengan fasih dalam kehidupan seharian mereka.

Skop GISO bukan terhenti pada perkongsian ilmiah sahaja, malah kami turut menyumbangkan sumbangan material untuk memenuhi keperluan ibadah masyarakat muslim disana seperti sumbangan al-Quran wakaf sempena Projek Wakaf Sejuta Al-Quran, sejadah dan tudung. Misi GISO kami turut menumbangkan dua ekor lembu sempena kenduri bersama orang kampung di desa Marawi. Dari situ, jelas sikap kerjasama dan toleransi yang ditunjukkan oleh masyarakat dua serumpun ini. Selain itu, bimbingan rohani dan moral juga penting buat golongan Islam yang terpencil. Sebagai mahasiswa yang terdidik dan  proaktif, kita haruslah menyahut seruan aktiviti kemasyarakatan dengan sikap terbuka dan minda yang positif. Dengan adanya sifat-sifat diatas, maka integrasi aqli dan naqli yang sering dilaung-laungkan oleh USIM akan dapat dicapai. Dunia memuji amalan murni seperti GISO yang telah diterapkan kepada pelajar-pelajar USIM.
Imam Syafii menukilkan dalam syair beliau yang berbunyi:
Dan tiadalah duduk setempat bagi orang cerdik dan beradab itu dianggap sebagai rehat,
Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah,
Berkelanalah.
Engkau akan dapat pengganti orang yang kamu tinggalkan,
Berusahalah,
Kerana keindahan hidup itu ada pada berpenat-penatan,
Aku melihat air yang tenang bertakung mencemar kandungannya sendiri,
Sekiranya ianya mengalir, ia akan baik.
Sekiranya ia tidak mengalir, ia akan tercemar.
Sehubungan dengan itu, mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menaruh harapan besar agar segala usaha ini mendapat sokongan dan diterima oleh semua golongan masyarakat di luar sana malah akan diteruskan lagi oleh generasi seterusnya. Menyumbanglah dengan apapun sumbangan supaya amal kebajikan tidak hanya terhenti disini, akan ada nilaiannya disisi Allah kelak.  

Penulis: Siti Nor Hayati bt Mohd Daud
            Unit Program dan Pengisian Giso Marawi Filipina 2015
            Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama, USIM tahun 4.



 http://news.usim.edu.my/berita-kampus/item/680-kembara-akidah-usim-ke-bumi-marawi-filipina





Utusan Malaysia 10 October 2015... 

Jemput baca semua......