Thursday 7 May 2020

Syamail Muhammadiah 14:Ciri Pedang Rasulullah

14 Ramadhan 1441H

[Syamail 14: Ciri Pedang Rasulullah]

👉Hud bin Abdullah bin Said meriwayatkan dari datuknya, maksudnya:
"Rasulullah SAW memasuki kota Mekah pada hari Fathu Mekah dengan membawa pedang yang dihujungnya ada emas dan perak. Talib bertanya tentang apa yabg dimaksud dengan perak yang ada di pedang baginda.  Hud menjawab ' Hujung pegangan pedang Rasulullah terbuat dari perak." [Riwayat Tirmidzi, Abu Syaikh]
.
👉 Ibnu Sirin meriwayatkan, maksudnya:
"Kubuat pedangku sama dengan bentuk dengan pedang Samurah bin Jundab.  Samurag juga mengatakan bahawa bentuk pedangnya sama dengan bentuk pedang Rasulullah. Pedang Samurah itu sendiri sama dengan bentuk pedang Bani Hanifah." [Riwayat Tirmidzi]

🤗 Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda.. 

اللهم صلى على سيدنا محمد....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan

No comments:

Post a Comment