Saturday 23 May 2020

Syamail Muhammadiah 25: Roti Rasulullah

Ramadhan yang bakal pergi😨😢

25 Ramadhan 1441H

[Syamail 25: Roti Rasulullah]

👉Aisyah RA meriwayatkan, maksudnya:
"Keluarga Rasulullah SAW tidak pernah memakan roti gandum hingga kenyang selama dua hari berturut-turut sampai baginda wafat." [Riwayat Tirmidzi,Bukhari, Muslim, dan Ibn Majah]

👉 Ibnu Abbas RA juga meriwayatkan :
"Rasulullah SAW dan keluarganya pernah harus menahan lapar selama beberapa malam berturut-turut kerana ketiadaan makanan.  Sebahagian besar roti yang mereka makan adalah roti gandum." [Riwayat Tirmidzi, Ibn Majah dan Ahmad]

🤗Kesimpulannya, dalam hayat Rasulullah sendiri banyak menanggung lapar dan penderitaan. Itulah sunnah orang berjuang. Maka kita juga harus bersabar menahan lapar untuk beberapa hari lagi dibulan puasa. Sedar tak sedar,  Ramadhan bakal pergi😥

Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda.. 

اللهم صلى على سيدنا محمد....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan

No comments:

Post a Comment