Wednesday 29 April 2020

Syamail Muhammadiah 6: Menyemir Rambut



6 Ramadhan 1441H

[Syamail 6: Menyemir Rambut]

👉Diriwayatkan bahawa Abu Ramtsah :
"Saya mendatangi Rasulullah SAW bersama anakku,  baginda bertanya,  'apakah ini anakmu? ' saya menjawab,  'ya benar ini anakku' . Baginda berkata : ' Ia tidak akan dibebani oleh dosamu dan kamu tidak akan dibebani oleh dosanya.' Saat itu, saya melihat uban Rasulullah berwarna merah." (Riwayat Tirmizi,Abu Dawud,  Nasaie dan Ahmad)

🙌 Tirmizi menyatakan,  " Hadis inilah yang paling baik daripada hadis yang lain dalam menyatakan tentang uban Rasulullah SAW.  Nama asal Abu Ramtsah adalah Rifa'ah bin Yatsribi at-Taimi.
.
👉Manakala hadis lain Anas meriwayatkan:
"Saya melihat rambut Rasulullah disemir(diwarna)." (Riwayat Tirmizi dan Muslim)

🙌 Pendapat yang paling kuat menyatakan bahawa Rasulullah SAW  memang pernah menggunakan pewarna rambut. Tetapi baginda hanya menggunakan sesekali. Hal itu diperkuat oleh hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar dalam hadis Soheh Bukhari dan Soheh Muslim (Sebuah hadis yang tidak mungkin diragukan lagi). Wallahuallam.

Disini ada dinyatakan hukum mewarna rambut oleh mufti WP:

https://www.muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2405-al-kafi-742-hukum-mewarnakan-rambut-dengan-warna-hitam

Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak karakteristik fizikal Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda.. 

اللهم صلى على سيدنا محمد....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan
 

Tuesday 28 April 2020

Syamail Muhammadiah 5: Uban Rasulullah SAW


5 Ramadhan 1441H

[Syamail 5: Uban Rasulullah.]

👉Diriwayatkan bahawa Anas bin Malik berkata:
"Saya dapat menemukan empat belas uban dirambut dan janggut Rasulullah SAW ." (Riwayat Tirmizi dan Ahmad)
.
👉Manakala hadis lain Ibnu Umar meriwayatkan:
"Uban Rasulullah SAW kurang lebih dua puluh helai." (Riwayat Tirmizi ,Ibnu Majah dan Ahmad)

👉Diriwayatkan bahawa Ibnu Abbas berkata:
"Abu Bakar berkata kepada Rasulullah SAW, 'Wahai Rasulullah, anda telah beruban' Maka baginda bersabda: 'Yang membuatku beruban ialah surah Hud, alWaqiah, alMurasalat, an-Naba',atTakwir. '." (Riwayat Tirmizi)

🤗 Kesimpulannya,  uban di kepala baginda tidak banyak. Manakala,  surah² yang disebut itu membicarakan perihal hari kiamat dan peringatan² daripada Allah.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.” (QS. Al-Anfal[8]: 2)

Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak karakteristik fizikal Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda.. 

اللهم صلى على سيدنا محمد....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan
 

Monday 27 April 2020

Syamail Muhammadiah 4: Kerapian Rambut Rasulullah


4 Ramadhan 1441H

[Syamail 4: Kerapian Rambut Rasulullah.]

👉Diriwayatkan bahawa Aisyah berkata:
"Saya menyisir rambut Rasulullah SAW sementara saya dalam keadaan haid." (Riwayat Tirmizi,Ibnu Majah,Bukhari,Nasaie,Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)
.
👉Manakala hadis lain Abdullah bin Mughaffal meriwayatkan yang bermaksud:
"Rasulullah melarang kami merapikan rambut berlebihan kecuali hanya sesekali." (Riwayat Tirmizi ,Abu Dawud, Nasaie dan Ahmad)

👉Diriwayatkan bahawa Aisyah berkata:
"Rasulullah SAW mendahulukan anggota tubuh yang kanan ketika bersuci, menyisir rambut dan ketika mengenakan sandal." (Riwayat Tirmizi,Ibnu Majah,Bukhari,Nasaie,Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)

🤗 Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak karakteristik fizikal Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda..

اللهم صلى على سيدنا محمد....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan
 

Sunday 26 April 2020

Syamail Muhammadiah 3 : Rambut Rasulullah



3 Ramadhan 1441H

[Syamail 3: Rambut Rasulullah.]

👉Diriwayatkan bahawa Aisyah berkata:
"Saya pernah mandi bersama Rasulullah SAW dari satu air. Baginda memiliki rambut yang panjangnya tidak sampai dipundak dan tidak sampai di bahagian bawah daun telinga ." (Riwayat Tirmizi,Ibnu Majah, Abu Dawud dan Ahmad)
.
👉Manakala hadis lain Qatadah bertanya kepada Anas,  '  Seperti apa ciri-ciri rambut Rasulullah? ' Lalu Anas menjawab:
Rambut Rasulullah berada di tengah-tengah antara kerinting dan lurus, sementara panjangnya mencapai bahagian bawah daun telinganya." (Riwayat Tirmizi,Bukhari,Muslim,Nasa'i dan Ahmad)

🤗Kesimpulannya, ada banyak hadis yang panjang membahaskan tentang rambut Rasulullah.  Namun saya memilih yang ringkas sekadar pengetahuan buat yang membaca. Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak karakteristik fizikal Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda..

اللهم صلى على سيدنا محمد....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan
 

Saturday 25 April 2020

Syamail Muhammadiah 2:Tanda Kenabian Rasulullah


2 Ramadhan 1441H

[Syamail 2: Tanda Kenabian Rasulullah.]

👉Abu Zaid Amru bin alKhattab alAnshari berkata kepada Ilba' bin Ahmar yang bermaksud:
" Rasulullah pernah berkata kepada saya,  Wahai Abu Zaid!  Mendekatlah danbusaplah belakangku.  Maka sayabpun usap belakang baginda, seketika jari jemari saya menyentuh tanda kenabian.  Ilba' bertanya,  seperti apa tanda kenabian itu?  Abu Zaid menjawab,  seperti gumpalan rambut." (Riwayat Tirmizi dan Ahmad)
.
👉Manakala hadis lain dari Ibrahim bin Muhammad juga meriwayatkan yang bermaksud:
" Jika Ali bin Abi Talib RA menggambarkan karakter fizikal Rasulullah SAW,  Kemudian Ibrahim menyebutkan hadis yang panjang, ia berkata : Diantara kedua-dua pundak Rasulullah ada tanda kenabian. Dan baginda adalah penutup para nabi." (Riwayat Tirmizi,Saad dan Baihaqi)


🤗Kesimpulannya, ada banyak hadid yang panjang membahaskan tentang tanda kenabian.  Namun saya memilih yang ringkas sekadar pengetahuan buat yang membaca.
Hadis-hadis ini jelas menyebut bahapa terdapat tanda kenabian di belakang baginda yang menandakan bahawa baginda adalah penutup sekalian nabi. Jelaslah jika ada lagi yang mengaku terdapat 'nabi melayu' ,'nabi baru',  maka itu semua adalah palsu dan dusta semata-mata.
اللهم صلى على سيدنا محمد....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan
 

Thursday 23 April 2020

Syamail Muhammadiah 1: Karakter Fizikal Rasulullah.


1 Ramadhan 1441H

[Syamail 1: Karakter Fizikal Rasulullah.]

👉Anas ibnu Malik RA meriwayatkan yang bermaksud:
" Postur tubuh Rasulullah saw. tidak terlalu tinggi dan tidak pendek. Kulit baginda tidak terlalu putih dan tidak gelap. Rambut baginda tidak terlalu kerinting dan tidak lurus. Allah mengutus baginda sebagai Rasulullah ketika memasuki usia ke 40 tahun. Baginda tinggal di Mekah selama 10 tahun dan Madinah selama 10 tahun. Baginda wafat ketika dalam usianya yang keenam puluh, sementara uban dirambut dan janggut baginda tidak mencapai 20 helai." (Riwayat Tirmizi,Bukhari,Muslim,Malik dan Ahmad)
.
👉Manakala hadis lain dari Al-Bara' Ibnu Azib RA juga meriwayatkan yang bermaksud:
" Saya belum pernah melihat seseorang yang hujung rambutnya menyentuh bahagian bawah telinganya serta mengenakan baju berwarna merah yang lebih gagah daripada Rasulullah saw. Rambut baginda sepundak,tubuh diantara kedua bahunya lebar dan postur baginda sedang-sedang(tidak pendek dan tidak tinggi)." (Riwayat Tirmizi,Muslim dan Abu Daud)

👉Hadis dari Jabir ibn Samurah RA juga meriwayatkan:
"Saya melihat Rasulullah pada sebuah malam yang terang benderang oleh cahaya bulan. Baginda mengenakan baju berwarna merah. Saya menatap baginda dan memandang bulan. Sungguh menurutku ,baginda lebih indah dari bulan." (Riwayat Tirmizi,Darimi,Abu Syaikh,Hakim dan Thabrani)

👉Ibnu Abbas juga meriwayatkan:
"Gigi depan Rasulullah nampak renggang. Ketika berbicara,diantara gigi depan baginda itu seperti keluar cahaya." (Riwayat Tirmizi,Bagawi, Darimi,Baihaqi dan Thabrani)

🤗Kesimpulannya, fizikal Rasulullah SAW itu:

Tidak pendek tidak rendah,
Wajahnya  bercahaya bak bulan malah lebih indah,
Giginya renggang,
Rambutnya indah dan sedikit panjang..

اللهم صلى على سيدنا محمد....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan

Wednesday 22 April 2020

Selamat Hari Buku Sedunia!




Kata-kata pertama dalam wahyu adalah : "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)." (Surah Al-'Alaq : 1)

Buku adalah sahabat yang terbaik di antara semua makhluk. Kenikmatan terbesar adalah ketika kita boleh membaca hasil pemikiran orang lain. Orang yang terbiasa membaca dan menulis, akan diminta petuanya.

Orang yang terbiasa menyelak-nyelak halaman buku, akan mendapatkan kemuliaan. Setiap orang yang membuka buku, pastilah akan mendapatkan kebaikan.


Harta yang menguntungkan, terdapat pada lembaran hikmah yang ada di dalam buku. Simpanlah huruf-huruf yang mengandung ilmu itu di dalam hatimu. Tulislah kalimat-kalimat yang penuh keutamaan itu di halaman jiwamu.

Hiasi dirimu dengan kata-kata pengetahuan untuk dapat melihat kebesaran kekuasaan Allah di langit dan di bumi.

[Dipetik daripada Aku, Buku Dan Cinta]

Hidup ini singkat.
Jom baca buku yang bermanfaat.

💝 Selamat Hari Buku Sedunia 💝



#HamareGroup
#DudukRumahBacaBuku
#ProjekDakwah

Tuesday 21 April 2020

Test Psyco 1


Assalamualaikum... Bosan tak tahu nak buat apa musim pkp kan? Meh sini saya nak buat satu test untuk tahu samada yang menjawab soalan ini seorang yang psyco ataupun tidak... Nyatakan apa sahaja jawapan yang anda rasa ya!
Jangan tiru jawapan orang lain ya...

Kisahnya...
Mahmud ada dua orang anak perempuan. Nama Maryam dan Maryah.. Satu hari, Mahmud meninggal dunia.
Kedua-dua anaknya Maryam dan Maryah pergi ke acara pengebumian ayahnya dengan perasaan yang sayu dan sedih. Maklumlah kehilangan orang yang tersayang kan...
Di tanah perkuburan, Maryam bertemu seorang jejaka hensem dan soleh bernama Ahmad.
Lalu, Maryam mengorak langkah untuk berkenalan dengan Ahmad!
Nak dijadikan, mereka mula berkawan dan menjadi sangat rapat.
Satu hari mereka berdua bercadang untuk berkahwin. Jadi, Maryam bawa Ahmad bertemu Maryah.
Lalu Maryah merestui hubungan mereka berdua.
Tiba hari perkahwinan, Ahmad menghilangkan diri dan tak muncul-muncul..
Maryam cukup kecewa dan bersedih😥😰😢
Beberapa bulan kemudian, Maryam ditemui mati. Selidik punya selidik, Maryam la yang membunuh nya!
So, soalan saya... Apakah motif Maryam membunuh saudaranya si Maryah.

Kalau jawapan anda tepat, maknanya anda seorang yang psyco😆😅

.
Sila komen. nanti malam saya bagi jawapan😂🤗Assalamualaikum... Bosan tak tahu nak buat apa musim pkp kan? Meh sini saya nak buat satu test untuk tahu samada yang menjawab soalan ini seorang yang psyco ataupun tidak... Nyatakan apa sahaja jawapan yang anda rasa ya!
Jangan tiru jawapan orang lain ya...

Kisahnya...
Mahmud ada dua orang anak perempuan. Nama Maryam dan Maryah.. Satu hari, Mahmud meninggal dunia.
Kedua-dua anaknya Maryam dan Maryah pergi ke acara pengebumian ayahnya dengan perasaan yang sayu dan sedih. Maklumlah kehilangan orang yang tersayang kan...
Di tanah perkuburan, Maryam bertemu seorang jejaka hensem dan soleh bernama Ahmad.
Lalu, Maryam mengorak langkah untuk berkenalan dengan Ahmad!
Nak dijadikan, mereka mula berkawan dan menjadi sangat rapat.
Satu hari mereka berdua bercadang untuk berkahwin. Jadi, Maryam bawa Ahmad bertemu Maryah.
Lalu Maryah merestui hubungan mereka berdua.
Tiba hari perkahwinan, Ahmad menghilangkan diri dan tak muncul-muncul..
Maryam cukup kecewa dan bersedih😥😰😢
Beberapa bulan kemudian, Maryam ditemui mati. Selidik punya selidik, Maryam la yang membunuh nya!
So, soalan saya... Apakah motif Maryam membunuh saudaranya si Maryah.

Kalau jawapan anda tepat, maknanya anda seorang yang psyco😆😅

 *****************************************
Tahniah bagi anda yang normal dan takziah bagi psyco!
Tapi nampaknya, jawapan semua normal.. Alhamdulillah la kenalan  saya semua normal😂😂😂

🤗Jawapan bagi orang normal :
-Maryam bunuh Maryah sebab dendam/Maryah suka Ahmad/sebab harta pusaka/sebab Ahmad tersuka Maryah tanpa sengaja .. Jawapan ni cliche ya. Anda normal... Tak berpikiran pelik² seperti orang yang psyco.

😵Manakala jawapan bagi orang yang psyco:
Maryam bunuh Maryah sebab dia nak jumpa Ahmad semula..Ingat tak di awal cerita, Ahmad dan Maryam bertemu kali pertama dia tanah perkuburan. Jadi dengan harapan, bila dia ke tanah perkuburan, dia ada peluang untuk bertemu Ahmad kembali kerana cinta matinya pada Ahmad..

😇 Jawapan nampak mengarut kan..tapi itulah realitinya orang yang psyco. Dia tak berfikir macam yang kita yang normal fikir...

Sekian.


Ps: Cerita ni saya olah balik dari video yang saya tonton.. Jalan cerita tak sama sepenuhnya...😆

Monday 20 April 2020

Bantuan Cakna Kasih 🤗

Alhamdulillah genap seminggu sudah... Tetiba acah-acah jadi frontliner.. Turun membantu apa yang patut.
.
Ahad lepas 12/04/2020 Tuan Mudir call minta datang ke sekolah sebab nak agihkan barang dapur dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
.
So, saya selaku SU Kebajikan Pelajar bersama bendahari dan kaunselor sekolah turun le sekolah. Seharian juga packing barang dan list nama keluarga yang layak untuk dapatkan bantuan barang dapur ni.
.
13/04/2020

Struggle sungguh aku call hampir 40 keluarga... Ada yang jawab, ada yang sengaja tak jawab dan ada yang nombor dah tak aktif. Saya whatsapp tanya, kenapa tak jawab... Dia cakap, laaaa ingatkan scammer😅😂😴

Saborrrr jela.
.
14/04/2020

Pagi-pagi buta lagi kami SU Kebajikan,kaunselor,bendahari,Pk Hem,PK Ko dan SU PIBG datang ke sekolah.

Kami dah set masa siap-siap untuk family datang pick up barang dan terus balik. Nak elakkan daripada berkumpul ramai-ramai.

Tak lupa juga, kami memang ikut SOP yang betul.. Jaga jarak, cek suhu, guna hand sanitizer, pakai mask dan sarung tangan. Lengkap!
.
Alhamdulillah, jam 12.00 tengahari semua dah setel dan kami boleh balik. Semuanya berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancang.
.
Penat? Memang agak penat. Tapi penat tu hilang bila tengok wajah-wajah parents yang kelegaan dan gembira bila dapat bantuan.  Sungguh rasa terharu. Kadang memang aku bersyukur dapat sandang jawatan ni sebab boleh bantu orang yang memerlukan dengan apa yang aku ada. Seboleh-bolehnya nak bantu pelajar yang susah.
.
"Sebaik-baik manusia adalah orang yang memberi manfaat dan kebaikan pada orang lain..." So aku nak jadi macam tu lah.
.
Tolong semampu kita, tak perlu nak tiru orang lain ataupun nak jadi macam orang lain !
.
#kitabaikramaisayang
#kitajagakita
#staysafe #stayhome #pkp #rmo #cmo #musaadahcovid19 #covid19     


Friday 10 April 2020

Redha dan Syukur


Allah nak tegur kita, Allah nak jaga kita..

Alahh, bising jer yang mana duk canang..
"PKP lanjut lagi, alamatnya tak boleh nak terawih kat masjid la lepas ni"

Masalahnya sebelum-sebelum ni pun, malam pertama jer penuh saf di masjid. Malam selebihnya penuh di pasaraya cari baju raya,biskut raya,kasut raya dan semua raya lah...

"Alaaa, PKP lanjut lagi...tak boleh la nak pergi bazar Ramadhan macam biasa. Tak meriah bulan Ramadhan"

Betul juga Ustaz Azhar Idrus cakap. Puasa dalam PKP ni, terjaga mata dan puasa kita.
Kalau kita asyik keluar ke bazar, mata duk tengok orang dedah aurat, pakai ketat-ketat.. Kurang puasa kita..

Bazaar online kan ada untuk kita bantu peniaga-peniaga.. Kalau rasa renyah sangat, masak sendiri kat rumah...

Apa yang penting sekarang, kita sama-saka duduk kat rumah untuk putuskan rangkaian Covid19 ni. Dan berdoa juga agar semua ni segera berakhir..

Itupun kalau kita bercita-cita nak sambut raya dengan sanak saudara lah.. Kalau tak, rayalah dalam PKP.

Makan ketupat sorang-sorang😂

Ps: Siapa tak sedih PKP disambung lagi.. Bekerja atas talian sangat menyesakkan jiwa raga. Golongan yang bekerja sendiri merasa keperitannya... Namun apa pun,kita kena redha. Allah sedang uji kita. Kita sama-sama panjatkan doa buat frontliners yang berhempas pulas bertugas siang malam sedang kita tak henti merungut bosan goyang kaki kat rumah...

Memang tak semua ada gaji, tapi percayalah semua orang ada rezeki masing-masing. 🤗

Thursday 9 April 2020

Iman dan Hati




Alkisah sbuah percintaan antara IMAN&HATI..
"Kadang-kadang HATI kering tanpa sinar hidayah daripadaNya. Oh IMAN, janganlah tinggalkan hati,hati sayangkan iman. andai iman pergi tinggalkan hati,hati pasti terluka.Imanlah penawar hati.keranamu Iman.hati mengenal sang Pencipta yang maha Pengasih yang telah mengurniakan iman pada hati.Iman,hati perlukan mu iman..Ya Allah,kau peliharalah imanku ini.iman lah sebaik-baik teman.Masinnya air laut tak dapat menyerap ke dlm isi ikan.tapi bila ikan itu mati,secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya. Begitu juga hati kita. Apabila hati telah mati,mudah terpengaruh dengan anasir negatif. Ayuh teman-teman peliharalah hati-hati kita.

Wednesday 8 April 2020

Say Thanks and Please!


April adalah bulan kelahiran MnM, Maryam dan Muiz.
Dan hari ini adalah ulangtahun kelahiran Muiz yang keempat.
Happy Birthday Muiz!

Nak masuk umur 4 tahun ni, hari-hari Muiz buat drama air mata, mengamuk dan ada saja yang tak kena.
Bila dia minta barang, dia akan hentak-hentak kaki,menjerit sekuat hati dan menangis sampai dia dapat barang yang dia nak.
Minta kita turutkan kemahuan dia.

Jadi, kita pun nak ajar la dia...
Baru ni dia minta coklat sambil menjerit-jerit.
Saya ajar cara dia mintak barang...
"Hajjah, adik nak coklat please..."
Selagi dia tak sebut please, saya tak bagi coklat tu... Sampailah akhirnya dia berhenti menangis dan sebut
"Adik nak coklat please..."
So, kita bagi la sambil pesan kat dia, macam tu la minta barang dengan orang. Minta dengan baik dan cakap elok-elok.
Lepas dapat adik kena ucap apa?
"Thank you Hajjah..."
Haaaa good boy!
Lepas tu dia dah pandai guna dua perkataan tu...
"Hajjah, adik nak air please..."
"Hajjah, adik nak nasi please..."
Bagus, Alhamdulillah.  Harap dia ingat la dua perkataan ni sampai bila-bila...

InsyaAllah Muiz anak pintar, anak soleh..

Maaflah tak ada hadiah kali ni sebab tak boleh nak keluar beli hadiah...

Cukuplah dikurniakan seorang mak saudara yang super osem ni😜

Ps : Tetiba rasa rindu nak dengar anak murid ucap 'Thank you techear! Have a nice day teacher....'

Monday 6 April 2020

Kematian...



Kematian tidak mempunyai peringkat atau tingkatan. Bahkan jika ALLAH telah menetapkan kematian seseorang maka tiada suatu pun yang akan melewatkannya atau mendahulukannya. Firman ALLAH bermaksud: Katakanlah, sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya pasti akan menemui kamu.
Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (Surah al-Anbiyaa': ayat 35)
Kematian, yang pasti akan berlaku pada kita semua, merupakan satu hakikat penting dalam kehidupan seseorang. Kita tidak akan pernah tahu perkara yang akan dihadapi dalam masa sejam atau kejadian akan datang. Justeru, jelas bahawa merancang kehidupan berlandaskan perkara yang tidak akan berlaku adalah satu kesilapan. Kematian, dalam erti kata lain, merupakan satu hal yang pasti. Hanya dengan menyedari asas kebenaran ini dapat membuat kita faham agar menuntun kehidupan berlandaskan perkara hal ini. Kematian juga sebahagian daripada ujian ke atas manusia. Allah SWT juga memberitahu kita di dalam Al-Quran bahawa Dia mencipta kematian dan kehidupan untuk menguji manusia:
Dia-lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat). (Surah al-Mulk: ayat 2)

Thursday 2 April 2020

Zoom Meeting #TeamHamare !


Assalamualaikum, hallu hallu wassup guys. Apa cerita masing-masing? Stay at home ke tak tu? Ker ada yang ingkar PKP? Diharap semua bersabar dan tidak mendatangkan masalah kepada orang lain. Cukuplah dengan ujian yang kita sedang hadap hari ini.

Sedar tak sedar, hari ini 2 April. Bermaksud kita dah memasuki fasa kedua PKP atau 14 hari kedua PKP. Takkan lah disebabkan kebebalan sesetengah pihak, kita akan sambung lagi PKP ni?
Tengok berita tadi, pengumuman samada PKP disambung lagi atau sebaliknya akan diumumkan pada 10 April. Sama-samalah kita mendoakan negara kita yang tercinta ini segera bebas dari Covid -19 dan semuanya kembali pulih. tambahan pula, Syaaban berbaki 21 hari jer lagi. Ini bermaksud Ramadhan is coming around guys...

Bukan saja-saja PM suruh kita berkurung dan menjarakkan diri dari umum . Ini salah satu bentuk keprihatinan sesama kita to stop the spread of Covid-19. Malah menjauhi adalah cara baru untuk menyayangi.(Ini ayat dalam quotes di atas). Tapi betullah, kalau kita sayang keluarga kita, sahabat-sahabat kita, tak mengapa kita berjauhan buat seketika ya.

Panjang pulak muqaddimah bila rajin menulis ni ! :p

Bukan apa, nak bagitahu, macam yang team Hamare buat ni baru betul. Nak berjumpa boleh, alam maya kan ada. Gunalah teknologi sedia ada tu untuk merapatkan lagi hubungan dan jarak sesama kita.

Oh, sebenarnya saya teruja nak bercerita tentang pertemuan pertama saya dengan team Hamare. Bila namanya pertemuan pertama, maksudnya saya belum pernah bertemu mereka.

Hari Isnin, 30 Mac Dr. Ali buat pengumuman dalam Group Hamare akan ada satu meeting menggunakan aplikasi Zoom pada 1 April. Tegas betul Dr. Ali. Dia kata tak ada alasan untuk tak join meeting kali ini sebab masing-masing tak boleh keluar rumah dan kerajaan pun dah bagi data percuma ke semua telco. Kemudian si ladyboss, Syazana pula whatsapp saya bagitahu kena join sama meeting tersebut. Apalagi, mulalah saya gelabah tak senang duduk. Maluuuuuu, sebab saya tak pernah bersemuka dengan mereka melaikan beberapa orang jer sebelum ni. Huda pujuk supaya join dan jadi pendengar saja. Okaylah.saya pertimbangkan.

So, gigihlah saya berguru dengan Syazana dan Huda tentang Zoom ni. Laptop pun buat-buat pening. Haha. Sempatlah juga test zoom dengan Huda dan Syazana malam sebelum meeting.

1 April.

Sepatutnya ada dua meeting tarikh ni. 1 meeting Hamare Group jam 9.00 pagi dan satu Hamare Publication jam 2.00 petang. Tapi meeting sebelah petang tak dapat nak join atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Hahaha.

Menggigil tangan, sakitperut, gugup, nervous semua ada. Macam orang nak masuk merisik pula. Punyalah berdebar nak meet up kali pertama. Tak over tak sah.

Tapi Alhamdulillah, walaupun ramai lelaki. Diorang sporting lah. so, saya enjoy jer. Sempat join pun separuh jalan sebab ada masalah line. Terputus-putus.
Inilah kami semua yang berjaya join meeting walaupun agak lari masa sebab memasing baru nak setting Zoom. Maklumlah meeting kali pertama guna benda alah ni.
 Point saya nak cerita kat sini, dekat mana pun kita berada sekarang, teknologi sedia mendekatkan. Alhamdulillah matlamat meeting tercapai. Kerja-kerja Hamare tetap run walaupun PKP. Semuanya akan berjalan atas talian. Dan, saya sangat gembira dengan pertemuan pertama ni.


So, sesiapa yang belum pernah guna Zoom ni, boleh lah belajar-belajar guna. Lepas ni boleh lah berZoom dengan students saat PKP ni. Manfaatkan masa yang ada.

Itu jer cerita hari ni.. Babai. Nak Berzoom dengan Huda dan Nab sekejap.

Selamat malam.