Dengan
nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang. Telah ditugaskan ke atas
diriku untuk menonton satu video yang cukup bermanfaat. Video berdurasi selama
50 minit yang telah disampaikan oleh Syeikh Usamah tentang Manhaj al-Azhar
(Talaqqi bil Qabul).
Sebagaimana
yang kita telah sedia maklum, pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat
sentiasa berdamping dengan Rasulullah. Disaat terdapat persoalan dan kekeliruan, Rasulullah menjadi
tempat rujukan yang paling utama. Segala-galanya boleh diselesaikan dengan
mudah.
Namun,
benarlah firman Allah yang bermaksud, “Setiap yang bernyawa itu pasti akan
merasai mati”. Selepas kewafatan Rasulullah SAW, umat Islam mula berpecah
menjadi beberapa kumpulan seperti Syiah, Khawarij, Murjiah, Jabariah dan
Qadariah. Zaman terus berlalu sehingga muncullah para ulama’ ijtihad dan imam
empat mazhab iaitu, Imam Hanbali, Imam Maliki, Imam Syafie, dan Imam Hanafi.
Hadirnya
ulama-ulama mazhab dan ulama ijtihad,lalu sejarah perkembangan ilmu bermula.
Ahli ilmu berusaha sesungguh hati mereka untuk menuntut ilmu sehingga
sebahagian daripada mereka telah menjadi pakar dalam ilmu-ilmu tertentu.
Selepas itu, lahir sebanyak 90 mazhab. Akan tetapi, hanya empat mazhab
daripadanya yang menjadi keutamaan.
Selain
itu, lahir ramai ulama dalam bidang fiqh dan tidak ketinggalan juga ulama dari
bidang akidah seperti Abu Hasan al-Asy’ari. Umat Muhammad SAW berdiri atas
dasar akidah yang dibawa oleh Abu Hasan al-Asy’ari melalui situasi Talaqqi bil
Qabul. Manhaj ini wajib untuk ummat secara akademik. Maka, dari manhaj ini
telah berkembang madrasah ilmu pada kurun kelima dan keenam.
Ulama
hebat Hujjatul Islam Imam al-Ghazali telah mengambil pendekatan konsep
pembelajaran dan pengajian(talaqqi) di masjid dalam bidang hadis, fiqh,
al-Quran dan sebagainya. Walaupun ilmu keagamaan telah berkembang, pembelajaran
astronomi dan ilmu-ilmu lain tetap terus berkembang sehingga berkembangnya
madrasah ke Syam.
Pada
tahun 656H, jatuhnya Khilafah Abbasiah di tangan Tatar. Selepas itu, Kaherah
mulai diiklan secara meluas lalu Kaherah menjadi singgahsana ummah dan pusat
dunia pada waktu itu. Kaherah telah membentuk satu tamadun yang baru dalam
peradaban dunia dengan adanya pemimpin-pemimpin terkemuka, wujudnya
bangunan-bangunan, hatta Ibn Khaldun pada awal kurun kesembilan berkata dalam kitabnya yang
masyhur ‘Kitab Mukaddimah’ : “ Kami melihat pengajian pada waktu kita ini
adalah di kota Kaherah, Mesir. Seolah-olah Mesir menjadi ibu kota kepada ilmu
dan thaqafah pada dunia seluruhnya. Hal ini semuanya berlaku pada pertengahan
kurun ke tujuh atau secara tepatnya pada tahun 658H.
Umat
Islam pada ketika itu menerima manhaj al-Azhar (Talaqqi bil Qabul). Selain itu,
Ulama terkenal seperti ulama Haramain telah menjadi pemikir, tempat rujukan
kepada kitab-kitab dan aliran mereka. Maka jadilah al-Azhar sebagai kayu ukur
dan Azhar as-Syarif memiliki suasana ilmu dikemuncak aktif kala itu.
Melalui
Azhar as-Syarif ini , maka lahirlah ramai ulama yang mahir dalam pelbagai bidang.
Al-Azhar pada ketika itu telah mengajar
hampir 70 bidang ilmu seperti fiqh, syariat, akidah, perubatan, astronomi dan
pelbagai jenis ilmu lagi. Tidak hairanlah wujudnya ulama yang mampu menguasai
30 bidang ilmu seperti al-Allamah Abd Mun’im ad-Damanhuri dan Syeikh Hasan
Attar.
Demikianlah
gambaran Talaqqi bil Qabul yang kita nampak. Terlalu banyak kelebihannya hatta
mampu melahirkan ulama yang luar biasa hebatnya dalam menuntut ilmu.
terima kasih
ReplyDeleteNi kesimpulan dari video tersebut ke ?
ReplyDeleteassalamualaikum.. mohon kebenaran untuk copy paste perkongsian ni ya..terima kasih..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteterima kasih ...sngat2 membantu
ReplyDeleteSiapa yang datang sini sebab cari jawapan untuk subjek turath
ReplyDeletesayaa! hahaha
Deleteelok la tu 2020,2021,2022
Deletedatang dari masa depan, cari jawapan untuk subjek Turath .. MashaAllah
Delete