Thursday 14 May 2020

9 Wasiat Surah alHujurat

9 wasiat Allah dalam surah al-Hujurat tentang interaksi sesama manusia, selepas 9 hari kita berpuasa di bulan ke-9 Hijrah (Ramadan)!

Wasiat 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ” = Selidik suatu khabar yang sampai padamu.

Wasiat 2: “فَأَصۡلِحُواْ” = Damaikan saudara yang bersengketa.

Wasiat 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ” = Berlaku adil.

Wasiat 4: “لَا يَسۡخَرۡ” = Jangan mencemuh/merendahkan orang lain.

Wasiat 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ” = Jangan mengaibkan.

Wasiat 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ” = Jangan melabel.

Wasiat 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ” = Jauhi dari banyak berprasangka buruk.

Wasiat 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ” = Jangan mencari-cari kesalahan orang lain.

Wasiat 9: “وَلَا يَغۡتَب” = Jangan mengumpat.

Renungi surah ini, tadabbur ayat ini, dan amalkan wasiat ini, nescaya hubungan kita sesama manusia akan terpelihara!

-Dr. Kamilin Jamilin-

No comments:

Post a Comment