Alhamdulillah, dua hari lepas Allah telah mengurniakan aku sekeluarga anak saudara baru bersempena ramadhan al-mubarak kali ini. tanggal 28 Julai 2013 bersamaan 19 ramadhan 1434 hijrah, lahirlah sorang Muhammad Danish Amsyar...
Muhammad-yang terpuji
Danish-yg bijak/pandai
Amsyar-cergas
nama yg cukup baik..
gambar Danish Amsyar yg baru berusia 3 hari.moga2 jadi anak soleh dan penyambung risalah nabi. pembebas ummat islam... dulu abangnya juga lahir pada bulan ramadhan.hihi... 22ogos2011... tapi lupa plak berapa ramadhan. yang pasti dua minggu sebelum raya. Muhammad Darwish... juga membawa maksud yg bijak pandai.. InsyaAllah berkat panggilan yg baik, maka baik juga jdnya... panggilan kan merupakan 1 doa...
hmmm ni plak foto darwish selepas lahir dulu...skarang dah jd abang. jangan nakal2...jga adk Danish baik2 tau.kena jadi abg yg bertanggungjawablah. semoga berkat ramadhan itu tertumpah kpd kalian dua beradik....
Pejam celik2, umur Darwish dah nak masuk dua tahun.... Dah dapat adik pun... hihi mcam kembar plak korang dua bradik...mka masa lahir pun hmpir sama....jangan lupa balik beraya tau....
Salam Ramadhan & aidilfitri .... Darwish& Danish Amsyar <3
Tuesday, 30 July 2013
Oh ramadhan!
Sedar atau tak sekarang kita dah
masuk ke fasa ke 3 ramadhan. Di sepuluh malam terakhir. Huhu… cepat sungguh
masa berlalu kan. Cuma ibadat kita saja yang jauh tertinggal.
Masih sempat untuk kita
memperbanyakkan amalan sunat. Bertadarrus smada berseorangan dan beramai-ramai.
Mengimarahkan rumah Allah dan banyak lagi. Tapi sedar atau tidak, apabila
menginjak ke 10 malam terakhir, masjid semakin surut dan pasaraya mula
melimpah??? Mungkin kita tidak perasan atau kita tidak cakna.
Corong-corong radio semuanya
memainkan lagu-lagu raya. Bunyi mercun menghiasi malam hingga ke subuh. Jalan
raya mula bersesak-sesak menuju Bandar… ahhh meriahnya hatta tidak terasa sedih
walau sedikitpun bahawa Ramadhan bakal beranjak pergi.
Pencarian bermula!!!!!!!
“Sesungguhnya kami telah menurunkan
al-Quran pada malam al-Qadr. Dan tahukah kamu bahawa apakah malam kemuliaan
itu?? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turunnya
malaikat dan Jibrildgn izin tuhanNya utk mengatur semua urusan . sejahteralah
malam itu sehingga terbit fajar.” {alqadr:1-5}
Bak kata sheih Nuruddin:
“keberkatan masa itu adalah apabila
kita diberi masa yg sama seperti orang lain,
akan tetapi kita mampu melalukan lebih banyak pekerjaan, tanggungjawab,
amanah dan ibadah drpd apa yg dilakukan oleh orang lain.”
Fastabiqul Khairat!!
Moga Allah pertemukan kita dengan
Lailatulqadr dalam keadaan kita beribadah kerana Allah s.w.t. Ameenn.
Sunday, 30 June 2013
ujian sebagai Anugerah???
Terpaku
mata melihat beberapa kilauan yg sangat cantik pada beberapa helaian daun
diluar tingkap .. embun! Persis intan permaya apabila disapa sang mentari pagi
. angina pagi mengoles pipi, dingin. Membuai hati, mengusik naluri. Subhanallah,agungnya
ciptaanMu! Tak kan bisa ditandingi oleh sesiapapun….
Merenung
diri sendiri,kenapa diri ini seringkali diuji? Hingga terfikir diminda adakah
aku tidak dikasihi Ilahi?
Astaghfirullahal’azim…
persoalan sebegitu tidak patut dizahirkan. Mana mungkin Allah melupakan
hamba2nya sedangkan mereka yang kufur pun Allah masih berterusan memberi nikmat
pada mereka.Apalagi jika dibandingkan dengan hambanya yang beriman dan
bertakwa. Ssemakin bertambah2lah nikmat dan kurnianya….
UJIAN SEBAGAI ANUGERAH????
Ya, ujian adalah anugerah daripada
Allah untuk hambanya yang terpilih. Ujian membawa seseorang lebih dekat dirinya
kepada Allah. Lebih khusyuk ibadahnya kepada Pencipta, lebih insaf dirinya
daripada segala dosa. Syukurlah atas nikmat ujian. Tidak semua orang terpilih
untuk diuji dan ujian terhadapa hambaNya adalah berbeza antara seorang individu
dengan yang lain. Ujian yg ditimpakan adalah mengikut kemampuan hambanya. Ingatlah
akan janji2 Allah dalam Firmanya:
‘Allah
tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya’(al-Baqarah:286)
Dan perlu diingat, bahawa setiap
kesusahan yang Allah timpakan itu tidak akan selamanya susah. Setiap kesusahan
dan permasalahan pasti ada kesenangan dan jalan penyelesaiannya.
“maka sesungguhnya bersama
kesulitan ada kemudahan, ”(as-nasyrah:7)
~orang yg diuji adalah org yg drindui Allah....Allah trlalu rindukan rintihannya......~
syukran ukhti Aisyah Daud...
~orang yg diuji adalah org yg drindui Allah....Allah trlalu rindukan rintihannya......~
syukran ukhti Aisyah Daud...
Friday, 28 June 2013
Kelahiranku....
Alhamdulillah, syukur ya ALLAH. Tanggal 27 jun 2013 genaplah usia ku 20 tahun. rasa tak percaya pula bila umur dah mencecah ke tahap tu. tapi ini lah realiti yg harus diterima. umur dah mencapai angka 2. tapi amal dan kebajikan entah ke mana. hmm bermacam-macam ucapan yg aku terima. Doa panjang umur tu paling kerap lah.Apa yang paling penting bukan sekadar panjang umur, tapi umur itu tidak tersia-sia macam tu jer. punyai bekal untuk kesana nanti.
Dapat 1 ucapan yg berbunyi "sanah helwah ya ukht, ingatlah, betul umur bukan menentukan apa-apa... tapi, umur membawa kamu semakin dekat dengan mati. kamu semakin dekat denag kubur. jadi persiapkanlah bekalmu secukup2nya kerana Izrail itu setiap hari menjenguk kita. hanya menunggu saat-saatnya sahaja. semoga ALLAH menambahkan keberkatan pada umurmu seiring doa-doa sahabat."
Sungguh terkesan...InsyaALLAH ...Doa dan ingatan kalian membantu aku membina diri.
banyak sungguh kenangan yg terlakar pada kelahiran kali ini. terima kasih pada semua ucapan yg telah aku terima dari sahabat2, alang aiman,sudi dgr celoteh hari2.Ruhil for that vdeo yg melelhkan air mata..hihi... pada akak yg bagi cincin tu. tenkiu dear. walaupun dirimu sendiri dalam kesempitan, aku janji akan menjaga cincin tu.. thanks buat azie dan dalila yg memeriahkan mlm bfdayku....berhabis duit sbb celbrated my bufday. aku tak mengharap lebih pun.. taklupa buat huda, amal n mira jugak...kek coklat yg sedap.skit perut konon...heheheh..
buat teman-teman sekelas, thanks a lot untuk rehlah yg sangat2 seronok n bezzzz kt sg tekala tu.even banyak ujian nk smpai ke sana, tapi kita boleh juga smpai dgn selamat
.. hikmahnya kita tak tahu.apa yg paling penting,ianya menjadi kenangan terindah buat kita semua....akan kuingat sampai bila2 saat2 'indah' itu even aku kena agak teruk....hihi
harap-harap kita semua jadi sahabat till jannah.no gduh2 n su'uzhon..ada pape xpuas hati, boleh selesai cara baik.itu lebih baik....
satu jer doa dan harapan ku sempena ulang tahun kali ini... MENJADI SOLEHAH.....
hati sering berbisik...aku ingin menjadi wanita solehah dan muslihah...
namun wasilah untuk sampai kepadanya amat susah! payah!
terasa berat pada mujahadah, lelah istiqamah...
berbekalkan kurniaan pinjamanNya....
tidak berhenti aku memohon,
moga diteguhkan azam tanpa kenal erti menyerah,
ditetapkan hati untuk meneruskan islah,
hingga aku berjaya mencapai SOLEHAH....
~anak soleh adalah pencen kubur mak ayah~
~wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan....~
الَّذِينَ آمَنُواْ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُواْ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ فَقَاتِلُواْ أَوْلِيَاء الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفاً
Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.~surah An- Nisa':76~
moga hidup ini terus berjalan seiring dengan rahmat dan keredhaanNya.... thank buat bonda tercinta. tanpanya,aku tidak mengenal dunia ini....
#creditted to Aishah Daud#

Thursday, 13 June 2013
Sebaik-baik penolong..
Selasa:
Tatkala
kawan membawa perkhabaran supaya menjelaskan duit deposit rumah sewa, hatiku
mula mulai gusar. Manakan tidak, sekarang di pengakhiran semester. Duit dalam
akaun simpanan semestinya menyusut kerana sumber kewangan utamaku hanya lah
pinjaman PTPTN. Duit yang tinggal hanya untuk cukup-cukup makan sepanjang
minggu bahasa yang bakal berlangsung dua minggu lagi.
Tidak tergamak pula untuk meminta wang saku
dari mak kerana mak hanyalah seorang ibu tunggal yang tidak mempunyai apa-apa
profession dan perkerjaan. Adik-beradik? Hummm, masing-masing menggalas
tanggujawab keluarga mereka. Tidak dinafikan, mereka turut menyumbang dana
perbelanjaan, namun untuk sekadar makan-makan. Segan pula nak meminta-minta.
Kakak yang paling dekat denganku pula masih praktikal. Ahhh sukar.
Perhatian
cuba dialihkan pada buku Kaedah Dakwah yang terbuka menanti dibaca. Sebentar
lagi aku akan menempuhi peperiksaan final Dakwah. Persoalan duit rumah sewa
diketepikan buat seketika. Lagipun duit tersebut perlu dijelaskan pada hari
khamis(dua hari lagi).
Khamis:
Usai
exam bahasa arab, aku duduk bersembang seketika bersama kawan-kawan mengenai
rumah sewa sambil-sambil menjawab quiz ICT. Masalah duit masih belum selesai.
Aku nekad untuk keluarkan semua yang ada dalam akaun. Namun tiba-tiba handfonku
berdering menandakan isyarat mesej masuk. Hanya ungkapan Alhamdulillah yang
terlafaz. Duit zakat dari Usim yang ku tunggu-tunggu telah dideposit ke akaun
aku. Terasa Allah terlalu dekat dan memahami situasi aku dikala itu sedang
orang lain tidak mengetahui. Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan aku
disaat itu. Pertolongan yang tak disangka-sangka hadir tika saat diri
betul-betul memerlukan.
Moral of the story….. tak ada apa
pun nak cakap. So, kita jangan la terlalu bergantung pada manusia kerana rezeki
itu dari ar-Razak. bukan dari tuuuttttttttt……. Cuma berwasilahkan pada makhluk
jer. Percaya dan yakin pada Allah. Jadi usahlah bersedih. Allah bersama kita.
Terfikir balik, mungkin inilah kuasa
solat Dhuha. Pembuka rezeki. Pelapang dada. Allah membantu setiap hambanya
dengan cara yang berbeza.
Doa dhuha….
“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah
kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan
itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah
jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi,
keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh
dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan
kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh.
Jangan sekadar solat dan berdoa atas
tikas sejadah tanpa usaha pulak!heheheh. Sekadar perkongsian biasa untuk suka-suki….
Wallahu’allam….
Sunday, 2 June 2013
Jalan menujuMu.
Bismillahirrahmanir Rahim.
Semoga Allah merahmati penulisanku ini. Bersaksikan mu ya allah,
jalan dakwah bukan senang seperti yang di sangka.ramai diantara kita yang tahu
bahawa dakwah itu penting dan itu adalah kerja utusan mulia Muhammad SAW. Namun
seramai manakah yang sanggup memikul dakwah ini dan mewarisi pekerjaan Muhammad
SAW?
Sebagai insan yang bergelar muslim, kita di tuntut untuk
menyampaikan walau satu ayat. Seperti
yang disabdakan oleh Rasulullah SAW: “Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu
ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi.
Allah mendatangkan ayat didalam al-Quran yang menuntut kita utuk
menyampaikan dakwah seperti:
“ Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada
orang yang menyeru kepada Allah, dan mengerjakan kebajikan dan berkata:
sesungguhnya aku termasuk dalam golongan muslim yang berserah diri?” fushilat:33.
Skop dakwah tidak terhenti hanya pada menyeru manusia kepada makruf
dengan lisan. Namun juga dengan perbuatan. Sebagaimana insan mulia yang kita
teladani iaitu Muhammad SAW. Baginda bukan sahaja menyeru sekada menyeru, akan
tetapi dibuktikan dengan amal-amal yang baik. Walaupun diri dihina dan dicaci
sehina-hinanya, telinga tidak terasa pedih dengan penghinaan lantaran manisnya
syurga yang hendak dicapai.
“serulah manusia ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan
pelajaran yang baik.” An-Nahl:125.
Matinya seorang da’ie dan kader, bukan beerti dakwah juga terkubur
di situ. Akan tetapi, kitalah penyambung wasilah mereka dimuka bumi ini.
Infakkan masa jua tenagamu di jalan dakwah. Pasti Allah akan membalasnya dengan
setimpal atas apa yang kita kerjakan.
Siapakah lagi yang mampu melihat dunia yang semakin rosak akhlak
pemudanya? Lengkapkan ilmu didada untuk kepentingan ummah. Persiapkan diri
untuk pertemuan dengan Allah yang abadi.
Semoga dikuatkan hati-hati ini untuk terus menyampaikan dan
menyampaikan…….
Duhai sang murobbi…..
Selayaknya bagi jiwa-jiwa
yang mengazzamkan dirinya di jalan iniMenjadikan dakwah sebagai laku utama
Dialah visi, dialah misi, dialah obsesi
Dialah yang menggelayuti di setiap desah nafas
Dialah yang akan mengantarkan jiwa-jiwa ini kepada ridho dan maghfiroh Tuhannya kelak
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Terik matahari tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai tak lunturkan azzammu
Ragakan terluka tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia tak silaukan pandangmu
Semua makhluk bertasbih panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa limpahkan rahmat atasmu
Terik matahari tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai tak lunturkan azzammu
Ragakan terluka tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia tak silaukan pandangmu
Duhai pewaris nabi duka fana tak berarti
Surga kekal abadi balasan ikhlas di hati
Cerah hati kami, kau semai nilai Rabb suci
Tegak panji Ilahi bangkit generasi Robbani
(sang murobbi: Izzatul Islam)
Subscribe to:
Posts (Atom)