Selasa:
Tatkala
kawan membawa perkhabaran supaya menjelaskan duit deposit rumah sewa, hatiku
mula mulai gusar. Manakan tidak, sekarang di pengakhiran semester. Duit dalam
akaun simpanan semestinya menyusut kerana sumber kewangan utamaku hanya lah
pinjaman PTPTN. Duit yang tinggal hanya untuk cukup-cukup makan sepanjang
minggu bahasa yang bakal berlangsung dua minggu lagi.
Tidak tergamak pula untuk meminta wang saku
dari mak kerana mak hanyalah seorang ibu tunggal yang tidak mempunyai apa-apa
profession dan perkerjaan. Adik-beradik? Hummm, masing-masing menggalas
tanggujawab keluarga mereka. Tidak dinafikan, mereka turut menyumbang dana
perbelanjaan, namun untuk sekadar makan-makan. Segan pula nak meminta-minta.
Kakak yang paling dekat denganku pula masih praktikal. Ahhh sukar.
Perhatian
cuba dialihkan pada buku Kaedah Dakwah yang terbuka menanti dibaca. Sebentar
lagi aku akan menempuhi peperiksaan final Dakwah. Persoalan duit rumah sewa
diketepikan buat seketika. Lagipun duit tersebut perlu dijelaskan pada hari
khamis(dua hari lagi).
Khamis:
Usai
exam bahasa arab, aku duduk bersembang seketika bersama kawan-kawan mengenai
rumah sewa sambil-sambil menjawab quiz ICT. Masalah duit masih belum selesai.
Aku nekad untuk keluarkan semua yang ada dalam akaun. Namun tiba-tiba handfonku
berdering menandakan isyarat mesej masuk. Hanya ungkapan Alhamdulillah yang
terlafaz. Duit zakat dari Usim yang ku tunggu-tunggu telah dideposit ke akaun
aku. Terasa Allah terlalu dekat dan memahami situasi aku dikala itu sedang
orang lain tidak mengetahui. Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan aku
disaat itu. Pertolongan yang tak disangka-sangka hadir tika saat diri
betul-betul memerlukan.
Moral of the story….. tak ada apa
pun nak cakap. So, kita jangan la terlalu bergantung pada manusia kerana rezeki
itu dari ar-Razak. bukan dari tuuuttttttttt……. Cuma berwasilahkan pada makhluk
jer. Percaya dan yakin pada Allah. Jadi usahlah bersedih. Allah bersama kita.
Terfikir balik, mungkin inilah kuasa
solat Dhuha. Pembuka rezeki. Pelapang dada. Allah membantu setiap hambanya
dengan cara yang berbeza.
Doa dhuha….
“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah
kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan
itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah
jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi,
keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh
dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan
kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh.
Jangan sekadar solat dan berdoa atas
tikas sejadah tanpa usaha pulak!heheheh. Sekadar perkongsian biasa untuk suka-suki….
Wallahu’allam….
No comments:
Post a Comment