Sedar atau tak sekarang kita dah
masuk ke fasa ke 3 ramadhan. Di sepuluh malam terakhir. Huhu… cepat sungguh
masa berlalu kan. Cuma ibadat kita saja yang jauh tertinggal.
Masih sempat untuk kita
memperbanyakkan amalan sunat. Bertadarrus smada berseorangan dan beramai-ramai.
Mengimarahkan rumah Allah dan banyak lagi. Tapi sedar atau tidak, apabila
menginjak ke 10 malam terakhir, masjid semakin surut dan pasaraya mula
melimpah??? Mungkin kita tidak perasan atau kita tidak cakna.
Corong-corong radio semuanya
memainkan lagu-lagu raya. Bunyi mercun menghiasi malam hingga ke subuh. Jalan
raya mula bersesak-sesak menuju Bandar… ahhh meriahnya hatta tidak terasa sedih
walau sedikitpun bahawa Ramadhan bakal beranjak pergi.
Pencarian bermula!!!!!!!
“Sesungguhnya kami telah menurunkan
al-Quran pada malam al-Qadr. Dan tahukah kamu bahawa apakah malam kemuliaan
itu?? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turunnya
malaikat dan Jibrildgn izin tuhanNya utk mengatur semua urusan . sejahteralah
malam itu sehingga terbit fajar.” {alqadr:1-5}
Bak kata sheih Nuruddin:
“keberkatan masa itu adalah apabila
kita diberi masa yg sama seperti orang lain,
akan tetapi kita mampu melalukan lebih banyak pekerjaan, tanggungjawab,
amanah dan ibadah drpd apa yg dilakukan oleh orang lain.”
Fastabiqul Khairat!!
Moga Allah pertemukan kita dengan
Lailatulqadr dalam keadaan kita beribadah kerana Allah s.w.t. Ameenn.
No comments:
Post a Comment