Lahirnya kita dalam
satu fikrah,
Bagi melunaskan misi
yang sama,
Menegakkan kebenaran,
Meruntuhkan kebatilan.
SAHABAT,
Ayuhlah kita
bersinergi,
Mengotakan janji pada
Ilahi,
Andai gugur syahid
menanti,
Andai rebah syuga
Firdausi sebagai janji.
SAHABAT,
Andai bukan
sekarang,bila lagi?
Andai bukan di sini,di
mana lagi?
Andai bukan kita,lalu
siapa lagi?
Kitalah permata agama
yang dicari,
Buat menerangi ummah
sejagat,
Selamatkan ummah dari
barah yang semakin bernanah,
Selamatkan ummah dari
gejala yang kian merebak,
Usah bertangguh-tangguh
dalam kebaikan,
Usah berlengah-lengah
dalam kebenaran,
Ayuh sahabat
‘Fastabiqul Khairat’,
Jangan goyah dengan
mehnah,
Andai perjuangan itu
manis,
Pasti ramai
menyertainya.
SAHABAT,
Allah berfirman pada malaikatnya,
Pergilah kamu kepada
hambaku,
Timpakanlah pelbagai
ujian kepadanya,
Kerana aku ingin
mendengar rintihannya.
SAHABAT,
Perjuangan itu memang
pahit,
Kerana Allah
menjanjikan syurga yang manis,
Bersabarlah di alam
perjuangan,
Kerana dari Abu Said al-Khudri
r.a,
Rasulullah bersabda,
Seseorang itu tidak
dikurniakan sesuatu yang lebih baik,
Serta yang lebih luas,
Melainkan bersabar.
(INNALLAHA
MA’ASSOBIRIN.)
lagi pahit laluan perjuangan, lagi manis keredhaan TUHAN...
ReplyDeleteya benar sekali... andai prjuangan tnpa ksusahan... itu bkan namanya berjuang....brjuang tu mmg pahit krn syurga itu kn manis :)
Delete