Siang tadi aku dikejutkan dengan kematian abang
kepada seorang sahabat aku. Tiba-tiba mood ceria sedang membaca buku bertukar
serta merta. Memang dia bukan sesiapa dalam hidup aku… namun dia adalah saudara
aku seislam. Kepedihan hati sang sahabat turut aku selami.
Manakan tidak,dia tidak sempat untuk
bersua-muka dengan abangnya meskipun pada ketika itu nyawa masih terkandung dek
badan. Akan tetapi, setibanya dirumah abangnya tiba-ba diserang stroke dan
terpaksa diberi bantuan pernafasan. Hajat arwah abangnya untuk bertemu
dengannya tidak kesampaian. Begitu juga denganya.
Jam 12.15 am, abangnya pergi menyahut seruan
Ilahi. Ya, kematian itu pasti. Pasti menjenguk sesiapa sahaja. Setibanya aku di
bilik, hajatku yang pertama ialah untuk meng ‘update’ status mengenai kematian
itu kerana atas permintaan sahabatku sendiri. Namun keadaan line wifi terlalu perlahan. Aku
tinggalkan laptop seketika untuk berwuduk seterusnya solat maghrib.
Setelah internet dapat di akses… aku terus log
in facebook. Ape yang terpampang di ruang mataku ketika itu ialah, mesej dari
kakakku tercinta. ‘salam dik. Doakan kak. Sudah lima hari akak batuk-batuk
berdarah. Take care dear.’
Mesej itu bagai menghempap kepalaku dengan batu
yang berat. Namun dihujung pesanan ringkas itu, dia masih sempat berpesan untuk
diriku. Mulianya dirimu. Sebenarnya persaan ini dilanda takut dan cemas dengan
mesej yang disampaikan oleh kakak.
Manakan tidak,dialah kakak yang terdekat dengan diriku kala apa jua masalah yang melanda. Aku tidak mahu perkara yang terjadi kepada sahabatku diatas berulang kepada diriku. Ahhh, jahatnya fikiran ku kala ini. Air mata terus bercucuran tidak mampu di bendung. Gelisahnya. Oh, tuhan. Aku tak mampu.
Manakan tidak,dialah kakak yang terdekat dengan diriku kala apa jua masalah yang melanda. Aku tidak mahu perkara yang terjadi kepada sahabatku diatas berulang kepada diriku. Ahhh, jahatnya fikiran ku kala ini. Air mata terus bercucuran tidak mampu di bendung. Gelisahnya. Oh, tuhan. Aku tak mampu.
Berbalik kepada kisah sahabatku, setelah
selesai pesanan
di update, hati terasa lega meskipun banyak perasaan lain sedang berselirat di ruang minda. Aku kuatkan semangat. Exam semakin hampir. Begitu juga dengan kakak ku…tarikh peperiksaanku sama dengan nya. Ini bukan kali pertama peristiwa batuk berdarahnya.
di update, hati terasa lega meskipun banyak perasaan lain sedang berselirat di ruang minda. Aku kuatkan semangat. Exam semakin hampir. Begitu juga dengan kakak ku…tarikh peperiksaanku sama dengan nya. Ini bukan kali pertama peristiwa batuk berdarahnya.
Arghhh hanya satu doaku. Supaya dia terus
bertahan dengan hidup ini. Sakit itu penghapus dosa-dosa. Hanya yang terpilih
mendapat tempatnya… ruang waktu antara kami begitu tebatas. Aku ingin
menghargainya, tapi bagaimana?
Teman-teman,andai insan tersayang masih
disisimu,hargailah dia. Atau siapapun mereka di hatimu,mereka tetap seorang
insan yang akan pergi meninggalkan mu kelak kerana KEMATIAN ITU PASTI!!!
Ketika
itu,tiada ruang lagi untuk kita meratapi segala yang terbuku. Dunia tidak akan
berbelas kepadamu…
Kematian
itu pasti.
Setiap
insan pasti akan merasai ‘mati’,
Cuma
masanya tak siapa pasti,
Kegerunan
Izrail mesti dihadapi,
Walaupun
diri mendesak ingin melarikan diri,
Tapi,kenapa
perlu menghadapi mati?
Dengar
sini…
Mati
adalah salah satu tanda kekuasaan Ilahi.
Diam di
barzakh menunggu saat tibanya hari penghisaban diri,
Ruang
rehat bagi mereka yang iman dan takwa dijadikan pakaian diri,
Tetapi
sebaliknya nasib mereka yang sering memungkiri…
Perintah
Ilahi..
Jadi,
Buatlah
pilihan yang terbaik duhai akhi dan ukhti,
Mana
yang lebih kau senangi,
Jika
inginkan kesenangan diri,
Bersiap
siagalah menghadapi janji Tuhan yang pasti mengunjungi,
Kerana
saat tiba kehadirannya kau akan menghadap Ilahi,
Akan
tetapi,
Jika kau
pilih untuk berfoya-foya lagi…
Maka
ingatlah!!!
Tika
sampai waktunya janji kan ditepati,
Mustahil
sekali untukmu kembali ke dunia buat kesekian kali,
Oleh
itu,
Bertaubatlah
wahai diri-diri
Yang
masih diberi peluang untuk kembali kepada fitrah yang suci…
moga semua baik2. moga Allah pelihara.
ReplyDeleteyang mati pengingat untuk yang hidup. Indeed
ya,,,kita yang masih ada kna sntiasa ingat....
ReplyDeletetiba masanya,kita djmput jua.. xkn terlewat mahupun terawal walu sedetik....
yer...kullu nafs zaikatul maut....(ali-imran:185)
ReplyDelete