Rasulullah Qudwah
Hassanah.
Angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup lembut membuatkan tudung yang
dipakai Nurul Huda beralun-alun ditiup angin pagi. Suasana di perhentian bas
agak gamat dengan mahasiswa dan mahasiswi yang sedang berasak-asak sesama
sendiri.
“Laila, sebentar lagi temankan saya ke kafetaria FSU ya?
Laparlah,belum sarapan.” Lawa Nurul Huda agak meninggikan suara bagi melawan
frekuensi di sekitarnya.
“Sempat lagi ke? Kuliah mula pukul sepuluh.” Soal Laila kembali.
Jam ditangan dipandang sekilas.
“InsyaAllah sempat. Masih ada 40 minit lagi. Kita bungkus aje.”
Jawab Nurul Huda yakin.
Dari kejauhan kelihatan bas semakin menghampiri. Mahasiswa dan
mahasiswi mula beratur bagi mempermudahkan pergerakan.
“Follow the queue please!” arahan tersebut jelas sampai ke telinga
mereka. Indahnya berdisiplin.
Sesampai di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Laila dan Nurul Huda
segera bergegas ke kafetaria sebelum kuliah bermula. Masa yang ada masih
panjang. Jadual hari agak padat memaksa mereka untuk membeli makanan lebih awal
dari kebiasaannya.
“Alhamdulillah,nasib baik tak ramai orang waktu-waktu macam ni.”
Kata Nurul Huda lega sambil mengurut-urut dadanya.
Ketika melewati sebuah meja, Laila tanpa sengaja telah terlanggar
gelas yang berisi jus oren lalu tertumpah di atas buku milik seorang mahasiswi.
Laila segera meminta maaf atas kesalahan yang tidak disengajakan.
“Maafkan saya. Saya tidak sengaja.” Laila kelam kabut mengeluarkan
sapu tangan dari begnya. Buku yang sedia lencun dilap tergesa-gesa.
“Amboi,senangnya minta maaf. Mata kau tu letak kat mana sebenarnya?
Kau dah buta kah? Tak cukup dengan cermin mata yang kau pakai tu?” namun
sebaliknya yang diterima oleh Laila. Dia mendongakkan wajah untuk memandang
pemilik buku yang sedang menyinga. Semua mata memerhatikan drama yang baru
tercipta itu.
“Maaf,saya tahu saya yang bersalah. Tapi benda berlaku secara tidak
sengaja. Saya terburu-buru tadi.” Laila cuba untuk mengemis kemaafan sekali
lagi. Namun sekali lagi sumpah seranah menghinggapi cuping telinganya. Namun siapa
dia untuk terus bersabar. Telinga terasa pana. Kalau diikutkan hati,mahu saja
ditampar mulut yang sedang becok menyumpah seranah dirinya di hadapan orang
ramai itu.
Kerusi ditolak kasar, buku yang berada di tangan Laila dirampas
kasar lalu mahasiswi itu melangkah pergi dengan sumpah seranah yang masih
bersisa.
Nurul Huda menghampiri sahabatnya. Ingin ditenangkan hati
sahabatnya yang mula berlagu sendu.
“Sabarlah Laila,dia tengah marah. Biasalah tu. Yang penting Laila
dah cuba minta maaf dari dia.” Pujuk Nurul Huda meskipun dia turut terkejut
dengan kejadian yang berlaku dihadapan matanya.
“Ya Huda,saya tahu. Dia fikir saya tidak punya perasaan. Dia marah
saya dihadapan orang ramai. Rasa mahu ditampar-tampar muka dia tadi. Kurang
ajar betul bahasa dia.” Luah Laila melepaskan apa yang terbuku didada.
“Cukuplah Laila,benda dah berlaku kan? Tak elok kalau kita terus
marah-marah macam ni.”
“Ya,semua yang saya cakap dah tak betul. Awak sendiri sebagai
sahabat saya nak sebelahkan Minah Becok itu.” Ungkap Laila geram. Air mata
merembes keluar.
“Astaghfirullah,istighfar Laila. Jangan biarkan kemarahan itu
menguasai diri awak. Cuba teladani kisah Junjungan Besar kita Nabi Muhammad
S.A.W. Baginda cukup bersabar walau
dicela,dimaki sekalipun diri sendiri disakiti.” Apabila melihat Laila
terdiam,Nurul Huda kembali menyambung bicaranya.
“Pernahkan Laila mendengar kisah Rasulullah terhadap seorang
pengemis Yahudi yang buta?” soal Nurul Huda ingin memancing minat sahabatnya.
Laila menggeleng lemah.
“Dengarlah sahabatku,di pasar Madinah al-Munawarah dahulu hiduplah
seorang pengemis Yahudi yang buta. Setiap hari yang dilalui oleh pengemis itu
ialah, dia akan berkata ‘wahai saudaraku, jangan kau dekati Muhammad kerana dia
orang gila,pembohong, tukang sihir dan apabila kalian mendekatinya,kalian akan
dipengaruhinya.’ Pengemis itu tidak tahu bahawa orang yang selalu mendatanginya
dan menyuapkan makanan untuknya itu adalah Rasulullah Sallallahu’alaihi
Wasallam sendiri. Namun baginda tetap berbuat baik kepada pengemis buta tersebut
walaupun dirinya sendiri dicaci maki dengan kata-kata yang tidak sepatutnya
baginda dengar.” Nurul Huda berjeda seketika. “Namun selepas kewafatan nabi,
Abu Bakar as-Siddiq menggantikan tempat nabi untuk mengambil alih tugas
menyuapkan makanan kepada pengemis buta tersebut. Apabila menghampiri pengemis
itu,perkataan-perkataan buruk yang merendahkan seorang nabi meluncur keluar
dari mulut pengemis tersebut. Abu Bakar hairan bagaimana nabi memberi makan
kepada orang yang menghinanya setiap hari. Tetapi Abu Bakar cuba mendekati
pengemis itu dan memberikannya makanan,akan tetapi pengemis itu mengherdik. Abu
Bakar cuba meyakini pengemis itu bahawa dialah yang setiap hari memberi makanan
kepada pengemis tersebut. Namun pengemis itu tidak percaya kerana orang yang
kebiasaannya lebih lembut dan sabar dalam menyuapinya makan.
‘bukan kamu yang setiap hari memberiku makan! Apabila dia
kesini,aku tidak perlu susah untuk memegang makanan malah aku juga tidak perlu
susah untuk makan kerana dia telah melembutkan makananku sebelum dimasukkan
kedalam mulutku.’ Jawab pengemis itu. Berlinangan air mata Abu Bakar kerana
terharu mendengar akhlak Rasulullah. Abu Bakar memberitahu perkara sebenar
mengenai Rasulullah. Lantas pengemis itu menangis dan menyesal kerana sebelum
ini dia telah menghina-hina kekasih Allah. Saat itu juga pengemis itu mengucap
dua kalimah syahadah dan memeluk islam. ” Nurul Huda mengakhiri kisah Junjungan
Besar itu.
“Astaghfirullah,saya khilaf
Huda. Saya tak sebaik dan sesabar kekasih Allah.” Lirih suara Laila.
“Tak mengapa,sekalipun kita tidak sesempurna baginda,kita jadikan
kisah ini sebagai tauladan dan cuba mengikuti Qudwah Hassanah yang ditunjukkan
oleh Rasulullah. Itulah tanda kita cinta kepadanya.”
“Syukran Huda atas cerita yang cukup bermakna ini. Terima kasih
untuk segala-galanya. Aku mencintaimu Ya Rasulallah.” Nurul Huda turut
tersenyum.
Melalui kisah ini,ayuhlah teman-teman sefikrah,sedarlah bahawa
tiada insan yang layak dicontohi dan dijadikan ikon melainkan dia si kekasih
Allah. Akhlaknya bagaikan al-Quran yang bisa melembutkan hati yang keras.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
No comments:
Post a Comment