Monday, 27 April 2020

Syamail Muhammadiah 4: Kerapian Rambut Rasulullah


4 Ramadhan 1441H

[Syamail 4: Kerapian Rambut Rasulullah.]

👉Diriwayatkan bahawa Aisyah berkata:
"Saya menyisir rambut Rasulullah SAW sementara saya dalam keadaan haid." (Riwayat Tirmizi,Ibnu Majah,Bukhari,Nasaie,Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)
.
👉Manakala hadis lain Abdullah bin Mughaffal meriwayatkan yang bermaksud:
"Rasulullah melarang kami merapikan rambut berlebihan kecuali hanya sesekali." (Riwayat Tirmizi ,Abu Dawud, Nasaie dan Ahmad)

👉Diriwayatkan bahawa Aisyah berkata:
"Rasulullah SAW mendahulukan anggota tubuh yang kanan ketika bersuci, menyisir rambut dan ketika mengenakan sandal." (Riwayat Tirmizi,Ibnu Majah,Bukhari,Nasaie,Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)

🤗 Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak karakteristik fizikal Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda..

اللهم صلى على سيدنا محمد....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan
 

Sunday, 26 April 2020

Syamail Muhammadiah 3 : Rambut Rasulullah



3 Ramadhan 1441H

[Syamail 3: Rambut Rasulullah.]

👉Diriwayatkan bahawa Aisyah berkata:
"Saya pernah mandi bersama Rasulullah SAW dari satu air. Baginda memiliki rambut yang panjangnya tidak sampai dipundak dan tidak sampai di bahagian bawah daun telinga ." (Riwayat Tirmizi,Ibnu Majah, Abu Dawud dan Ahmad)
.
👉Manakala hadis lain Qatadah bertanya kepada Anas,  '  Seperti apa ciri-ciri rambut Rasulullah? ' Lalu Anas menjawab:
Rambut Rasulullah berada di tengah-tengah antara kerinting dan lurus, sementara panjangnya mencapai bahagian bawah daun telinganya." (Riwayat Tirmizi,Bukhari,Muslim,Nasa'i dan Ahmad)

🤗Kesimpulannya, ada banyak hadis yang panjang membahaskan tentang rambut Rasulullah.  Namun saya memilih yang ringkas sekadar pengetahuan buat yang membaca. Semoga dengan mengetahui sedikit sebanyak karakteristik fizikal Rasulullah dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada baginda..

اللهم صلى على سيدنا محمد....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan
 

Saturday, 25 April 2020

Syamail Muhammadiah 2:Tanda Kenabian Rasulullah


2 Ramadhan 1441H

[Syamail 2: Tanda Kenabian Rasulullah.]

👉Abu Zaid Amru bin alKhattab alAnshari berkata kepada Ilba' bin Ahmar yang bermaksud:
" Rasulullah pernah berkata kepada saya,  Wahai Abu Zaid!  Mendekatlah danbusaplah belakangku.  Maka sayabpun usap belakang baginda, seketika jari jemari saya menyentuh tanda kenabian.  Ilba' bertanya,  seperti apa tanda kenabian itu?  Abu Zaid menjawab,  seperti gumpalan rambut." (Riwayat Tirmizi dan Ahmad)
.
👉Manakala hadis lain dari Ibrahim bin Muhammad juga meriwayatkan yang bermaksud:
" Jika Ali bin Abi Talib RA menggambarkan karakter fizikal Rasulullah SAW,  Kemudian Ibrahim menyebutkan hadis yang panjang, ia berkata : Diantara kedua-dua pundak Rasulullah ada tanda kenabian. Dan baginda adalah penutup para nabi." (Riwayat Tirmizi,Saad dan Baihaqi)


🤗Kesimpulannya, ada banyak hadid yang panjang membahaskan tentang tanda kenabian.  Namun saya memilih yang ringkas sekadar pengetahuan buat yang membaca.
Hadis-hadis ini jelas menyebut bahapa terdapat tanda kenabian di belakang baginda yang menandakan bahawa baginda adalah penutup sekalian nabi. Jelaslah jika ada lagi yang mengaku terdapat 'nabi melayu' ,'nabi baru',  maka itu semua adalah palsu dan dusta semata-mata.
اللهم صلى على سيدنا محمد....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan
 

Thursday, 23 April 2020

Syamail Muhammadiah 1: Karakter Fizikal Rasulullah.


1 Ramadhan 1441H

[Syamail 1: Karakter Fizikal Rasulullah.]

👉Anas ibnu Malik RA meriwayatkan yang bermaksud:
" Postur tubuh Rasulullah saw. tidak terlalu tinggi dan tidak pendek. Kulit baginda tidak terlalu putih dan tidak gelap. Rambut baginda tidak terlalu kerinting dan tidak lurus. Allah mengutus baginda sebagai Rasulullah ketika memasuki usia ke 40 tahun. Baginda tinggal di Mekah selama 10 tahun dan Madinah selama 10 tahun. Baginda wafat ketika dalam usianya yang keenam puluh, sementara uban dirambut dan janggut baginda tidak mencapai 20 helai." (Riwayat Tirmizi,Bukhari,Muslim,Malik dan Ahmad)
.
👉Manakala hadis lain dari Al-Bara' Ibnu Azib RA juga meriwayatkan yang bermaksud:
" Saya belum pernah melihat seseorang yang hujung rambutnya menyentuh bahagian bawah telinganya serta mengenakan baju berwarna merah yang lebih gagah daripada Rasulullah saw. Rambut baginda sepundak,tubuh diantara kedua bahunya lebar dan postur baginda sedang-sedang(tidak pendek dan tidak tinggi)." (Riwayat Tirmizi,Muslim dan Abu Daud)

👉Hadis dari Jabir ibn Samurah RA juga meriwayatkan:
"Saya melihat Rasulullah pada sebuah malam yang terang benderang oleh cahaya bulan. Baginda mengenakan baju berwarna merah. Saya menatap baginda dan memandang bulan. Sungguh menurutku ,baginda lebih indah dari bulan." (Riwayat Tirmizi,Darimi,Abu Syaikh,Hakim dan Thabrani)

👉Ibnu Abbas juga meriwayatkan:
"Gigi depan Rasulullah nampak renggang. Ketika berbicara,diantara gigi depan baginda itu seperti keluar cahaya." (Riwayat Tirmizi,Bagawi, Darimi,Baihaqi dan Thabrani)

🤗Kesimpulannya, fizikal Rasulullah SAW itu:

Tidak pendek tidak rendah,
Wajahnya  bercahaya bak bulan malah lebih indah,
Giginya renggang,
Rambutnya indah dan sedikit panjang..

اللهم صلى على سيدنا محمد....

#satuharisatusyamail
#bahanbacaanhayat
#sharingaramadhan

Wednesday, 22 April 2020

Selamat Hari Buku Sedunia!




Kata-kata pertama dalam wahyu adalah : "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)." (Surah Al-'Alaq : 1)

Buku adalah sahabat yang terbaik di antara semua makhluk. Kenikmatan terbesar adalah ketika kita boleh membaca hasil pemikiran orang lain. Orang yang terbiasa membaca dan menulis, akan diminta petuanya.

Orang yang terbiasa menyelak-nyelak halaman buku, akan mendapatkan kemuliaan. Setiap orang yang membuka buku, pastilah akan mendapatkan kebaikan.


Harta yang menguntungkan, terdapat pada lembaran hikmah yang ada di dalam buku. Simpanlah huruf-huruf yang mengandung ilmu itu di dalam hatimu. Tulislah kalimat-kalimat yang penuh keutamaan itu di halaman jiwamu.

Hiasi dirimu dengan kata-kata pengetahuan untuk dapat melihat kebesaran kekuasaan Allah di langit dan di bumi.

[Dipetik daripada Aku, Buku Dan Cinta]

Hidup ini singkat.
Jom baca buku yang bermanfaat.

💝 Selamat Hari Buku Sedunia 💝



#HamareGroup
#DudukRumahBacaBuku
#ProjekDakwah

Tuesday, 21 April 2020

Test Psyco 1


Assalamualaikum... Bosan tak tahu nak buat apa musim pkp kan? Meh sini saya nak buat satu test untuk tahu samada yang menjawab soalan ini seorang yang psyco ataupun tidak... Nyatakan apa sahaja jawapan yang anda rasa ya!
Jangan tiru jawapan orang lain ya...

Kisahnya...
Mahmud ada dua orang anak perempuan. Nama Maryam dan Maryah.. Satu hari, Mahmud meninggal dunia.
Kedua-dua anaknya Maryam dan Maryah pergi ke acara pengebumian ayahnya dengan perasaan yang sayu dan sedih. Maklumlah kehilangan orang yang tersayang kan...
Di tanah perkuburan, Maryam bertemu seorang jejaka hensem dan soleh bernama Ahmad.
Lalu, Maryam mengorak langkah untuk berkenalan dengan Ahmad!
Nak dijadikan, mereka mula berkawan dan menjadi sangat rapat.
Satu hari mereka berdua bercadang untuk berkahwin. Jadi, Maryam bawa Ahmad bertemu Maryah.
Lalu Maryah merestui hubungan mereka berdua.
Tiba hari perkahwinan, Ahmad menghilangkan diri dan tak muncul-muncul..
Maryam cukup kecewa dan bersedih😥😰😢
Beberapa bulan kemudian, Maryam ditemui mati. Selidik punya selidik, Maryam la yang membunuh nya!
So, soalan saya... Apakah motif Maryam membunuh saudaranya si Maryah.

Kalau jawapan anda tepat, maknanya anda seorang yang psyco😆😅

.
Sila komen. nanti malam saya bagi jawapan😂🤗Assalamualaikum... Bosan tak tahu nak buat apa musim pkp kan? Meh sini saya nak buat satu test untuk tahu samada yang menjawab soalan ini seorang yang psyco ataupun tidak... Nyatakan apa sahaja jawapan yang anda rasa ya!
Jangan tiru jawapan orang lain ya...

Kisahnya...
Mahmud ada dua orang anak perempuan. Nama Maryam dan Maryah.. Satu hari, Mahmud meninggal dunia.
Kedua-dua anaknya Maryam dan Maryah pergi ke acara pengebumian ayahnya dengan perasaan yang sayu dan sedih. Maklumlah kehilangan orang yang tersayang kan...
Di tanah perkuburan, Maryam bertemu seorang jejaka hensem dan soleh bernama Ahmad.
Lalu, Maryam mengorak langkah untuk berkenalan dengan Ahmad!
Nak dijadikan, mereka mula berkawan dan menjadi sangat rapat.
Satu hari mereka berdua bercadang untuk berkahwin. Jadi, Maryam bawa Ahmad bertemu Maryah.
Lalu Maryah merestui hubungan mereka berdua.
Tiba hari perkahwinan, Ahmad menghilangkan diri dan tak muncul-muncul..
Maryam cukup kecewa dan bersedih😥😰😢
Beberapa bulan kemudian, Maryam ditemui mati. Selidik punya selidik, Maryam la yang membunuh nya!
So, soalan saya... Apakah motif Maryam membunuh saudaranya si Maryah.

Kalau jawapan anda tepat, maknanya anda seorang yang psyco😆😅

 *****************************************
Tahniah bagi anda yang normal dan takziah bagi psyco!
Tapi nampaknya, jawapan semua normal.. Alhamdulillah la kenalan  saya semua normal😂😂😂

🤗Jawapan bagi orang normal :
-Maryam bunuh Maryah sebab dendam/Maryah suka Ahmad/sebab harta pusaka/sebab Ahmad tersuka Maryah tanpa sengaja .. Jawapan ni cliche ya. Anda normal... Tak berpikiran pelik² seperti orang yang psyco.

😵Manakala jawapan bagi orang yang psyco:
Maryam bunuh Maryah sebab dia nak jumpa Ahmad semula..Ingat tak di awal cerita, Ahmad dan Maryam bertemu kali pertama dia tanah perkuburan. Jadi dengan harapan, bila dia ke tanah perkuburan, dia ada peluang untuk bertemu Ahmad kembali kerana cinta matinya pada Ahmad..

😇 Jawapan nampak mengarut kan..tapi itulah realitinya orang yang psyco. Dia tak berfikir macam yang kita yang normal fikir...

Sekian.


Ps: Cerita ni saya olah balik dari video yang saya tonton.. Jalan cerita tak sama sepenuhnya...😆

Monday, 20 April 2020

Bantuan Cakna Kasih 🤗

Alhamdulillah genap seminggu sudah... Tetiba acah-acah jadi frontliner.. Turun membantu apa yang patut.
.
Ahad lepas 12/04/2020 Tuan Mudir call minta datang ke sekolah sebab nak agihkan barang dapur dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
.
So, saya selaku SU Kebajikan Pelajar bersama bendahari dan kaunselor sekolah turun le sekolah. Seharian juga packing barang dan list nama keluarga yang layak untuk dapatkan bantuan barang dapur ni.
.
13/04/2020

Struggle sungguh aku call hampir 40 keluarga... Ada yang jawab, ada yang sengaja tak jawab dan ada yang nombor dah tak aktif. Saya whatsapp tanya, kenapa tak jawab... Dia cakap, laaaa ingatkan scammer😅😂😴

Saborrrr jela.
.
14/04/2020

Pagi-pagi buta lagi kami SU Kebajikan,kaunselor,bendahari,Pk Hem,PK Ko dan SU PIBG datang ke sekolah.

Kami dah set masa siap-siap untuk family datang pick up barang dan terus balik. Nak elakkan daripada berkumpul ramai-ramai.

Tak lupa juga, kami memang ikut SOP yang betul.. Jaga jarak, cek suhu, guna hand sanitizer, pakai mask dan sarung tangan. Lengkap!
.
Alhamdulillah, jam 12.00 tengahari semua dah setel dan kami boleh balik. Semuanya berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancang.
.
Penat? Memang agak penat. Tapi penat tu hilang bila tengok wajah-wajah parents yang kelegaan dan gembira bila dapat bantuan.  Sungguh rasa terharu. Kadang memang aku bersyukur dapat sandang jawatan ni sebab boleh bantu orang yang memerlukan dengan apa yang aku ada. Seboleh-bolehnya nak bantu pelajar yang susah.
.
"Sebaik-baik manusia adalah orang yang memberi manfaat dan kebaikan pada orang lain..." So aku nak jadi macam tu lah.
.
Tolong semampu kita, tak perlu nak tiru orang lain ataupun nak jadi macam orang lain !
.
#kitabaikramaisayang
#kitajagakita
#staysafe #stayhome #pkp #rmo #cmo #musaadahcovid19 #covid19