Friday, 10 April 2020
Redha dan Syukur
Allah nak tegur kita, Allah nak jaga kita..
Alahh, bising jer yang mana duk canang..
"PKP lanjut lagi, alamatnya tak boleh nak terawih kat masjid la lepas ni"
Masalahnya sebelum-sebelum ni pun, malam pertama jer penuh saf di masjid. Malam selebihnya penuh di pasaraya cari baju raya,biskut raya,kasut raya dan semua raya lah...
"Alaaa, PKP lanjut lagi...tak boleh la nak pergi bazar Ramadhan macam biasa. Tak meriah bulan Ramadhan"
Betul juga Ustaz Azhar Idrus cakap. Puasa dalam PKP ni, terjaga mata dan puasa kita.
Kalau kita asyik keluar ke bazar, mata duk tengok orang dedah aurat, pakai ketat-ketat.. Kurang puasa kita..
Bazaar online kan ada untuk kita bantu peniaga-peniaga.. Kalau rasa renyah sangat, masak sendiri kat rumah...
Apa yang penting sekarang, kita sama-saka duduk kat rumah untuk putuskan rangkaian Covid19 ni. Dan berdoa juga agar semua ni segera berakhir..
Itupun kalau kita bercita-cita nak sambut raya dengan sanak saudara lah.. Kalau tak, rayalah dalam PKP.
Makan ketupat sorang-sorang๐
Ps: Siapa tak sedih PKP disambung lagi.. Bekerja atas talian sangat menyesakkan jiwa raga. Golongan yang bekerja sendiri merasa keperitannya... Namun apa pun,kita kena redha. Allah sedang uji kita. Kita sama-sama panjatkan doa buat frontliners yang berhempas pulas bertugas siang malam sedang kita tak henti merungut bosan goyang kaki kat rumah...
Memang tak semua ada gaji, tapi percayalah semua orang ada rezeki masing-masing. ๐ค
Thursday, 9 April 2020
Iman dan Hati
Alkisah sbuah percintaan antara IMAN&HATI..
"Kadang-kadang HATI kering tanpa sinar hidayah daripadaNya. Oh IMAN, janganlah tinggalkan hati,hati sayangkan iman. andai iman pergi tinggalkan hati,hati pasti terluka.Imanlah penawar hati.keranamu Iman.hati mengenal sang Pencipta yang maha Pengasih yang telah mengurniakan iman pada hati.Iman,hati perlukan mu iman..Ya Allah,kau peliharalah imanku ini.iman lah sebaik-baik teman.Masinnya air laut tak dapat menyerap ke dlm isi ikan.tapi bila ikan itu mati,secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya. Begitu juga hati kita. Apabila hati telah mati,mudah terpengaruh dengan anasir negatif. Ayuh teman-teman peliharalah hati-hati kita.
Wednesday, 8 April 2020
Say Thanks and Please!
April adalah bulan kelahiran MnM, Maryam dan Muiz.
Dan hari ini adalah ulangtahun kelahiran Muiz yang keempat.
Happy Birthday Muiz!
Nak masuk umur 4 tahun ni, hari-hari Muiz buat drama air mata, mengamuk dan ada saja yang tak kena.
Bila dia minta barang, dia akan hentak-hentak kaki,menjerit sekuat hati dan menangis sampai dia dapat barang yang dia nak.
Minta kita turutkan kemahuan dia.
Jadi, kita pun nak ajar la dia...
Baru ni dia minta coklat sambil menjerit-jerit.
Saya ajar cara dia mintak barang...
"Hajjah, adik nak coklat please..."
Selagi dia tak sebut please, saya tak bagi coklat tu... Sampailah akhirnya dia berhenti menangis dan sebut
"Adik nak coklat please..."
So, kita bagi la sambil pesan kat dia, macam tu la minta barang dengan orang. Minta dengan baik dan cakap elok-elok.
Lepas dapat adik kena ucap apa?
"Thank you Hajjah..."
Haaaa good boy!
Lepas tu dia dah pandai guna dua perkataan tu...
"Hajjah, adik nak air please..."
"Hajjah, adik nak nasi please..."
Bagus, Alhamdulillah. Harap dia ingat la dua perkataan ni sampai bila-bila...
InsyaAllah Muiz anak pintar, anak soleh..
Maaflah tak ada hadiah kali ni sebab tak boleh nak keluar beli hadiah...
Cukuplah dikurniakan seorang mak saudara yang super osem ni๐
Ps : Tetiba rasa rindu nak dengar anak murid ucap 'Thank you techear! Have a nice day teacher....'
Monday, 6 April 2020
Kematian...
Kematian tidak mempunyai peringkat atau tingkatan. Bahkan jika ALLAH telah menetapkan kematian seseorang maka tiada suatu pun yang akan melewatkannya atau mendahulukannya. Firman ALLAH bermaksud: Katakanlah, sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya pasti akan menemui kamu.
Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (Surah al-Anbiyaa': ayat 35)
Kematian, yang pasti akan berlaku pada kita semua, merupakan satu hakikat penting dalam kehidupan seseorang. Kita tidak akan pernah tahu perkara yang akan dihadapi dalam masa sejam atau kejadian akan datang. Justeru, jelas bahawa merancang kehidupan berlandaskan perkara yang tidak akan berlaku adalah satu kesilapan. Kematian, dalam erti kata lain, merupakan satu hal yang pasti. Hanya dengan menyedari asas kebenaran ini dapat membuat kita faham agar menuntun kehidupan berlandaskan perkara hal ini. Kematian juga sebahagian daripada ujian ke atas manusia. Allah SWT juga memberitahu kita di dalam Al-Quran bahawa Dia mencipta kematian dan kehidupan untuk menguji manusia:
Dia-lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat). (Surah al-Mulk: ayat 2)
Thursday, 2 April 2020
Zoom Meeting #TeamHamare !
Assalamualaikum, hallu hallu wassup guys. Apa cerita masing-masing? Stay at home ke tak tu? Ker ada yang ingkar PKP? Diharap semua bersabar dan tidak mendatangkan masalah kepada orang lain. Cukuplah dengan ujian yang kita sedang hadap hari ini.
Sedar tak sedar, hari ini 2 April. Bermaksud kita dah memasuki fasa kedua PKP atau 14 hari kedua PKP. Takkan lah disebabkan kebebalan sesetengah pihak, kita akan sambung lagi PKP ni?
Tengok berita tadi, pengumuman samada PKP disambung lagi atau sebaliknya akan diumumkan pada 10 April. Sama-samalah kita mendoakan negara kita yang tercinta ini segera bebas dari Covid -19 dan semuanya kembali pulih. tambahan pula, Syaaban berbaki 21 hari jer lagi. Ini bermaksud Ramadhan is coming around guys...
Bukan saja-saja PM suruh kita berkurung dan menjarakkan diri dari umum . Ini salah satu bentuk keprihatinan sesama kita to stop the spread of Covid-19. Malah menjauhi adalah cara baru untuk menyayangi.(Ini ayat dalam quotes di atas). Tapi betullah, kalau kita sayang keluarga kita, sahabat-sahabat kita, tak mengapa kita berjauhan buat seketika ya.
Panjang pulak muqaddimah bila rajin menulis ni ! :p
Bukan apa, nak bagitahu, macam yang team Hamare buat ni baru betul. Nak berjumpa boleh, alam maya kan ada. Gunalah teknologi sedia ada tu untuk merapatkan lagi hubungan dan jarak sesama kita.
Oh, sebenarnya saya teruja nak bercerita tentang pertemuan pertama saya dengan team Hamare. Bila namanya pertemuan pertama, maksudnya saya belum pernah bertemu mereka.
Hari Isnin, 30 Mac Dr. Ali buat pengumuman dalam Group Hamare akan ada satu meeting menggunakan aplikasi Zoom pada 1 April. Tegas betul Dr. Ali. Dia kata tak ada alasan untuk tak join meeting kali ini sebab masing-masing tak boleh keluar rumah dan kerajaan pun dah bagi data percuma ke semua telco. Kemudian si ladyboss, Syazana pula whatsapp saya bagitahu kena join sama meeting tersebut. Apalagi, mulalah saya gelabah tak senang duduk. Maluuuuuu, sebab saya tak pernah bersemuka dengan mereka melaikan beberapa orang jer sebelum ni. Huda pujuk supaya join dan jadi pendengar saja. Okaylah.saya pertimbangkan.
So, gigihlah saya berguru dengan Syazana dan Huda tentang Zoom ni. Laptop pun buat-buat pening. Haha. Sempatlah juga test zoom dengan Huda dan Syazana malam sebelum meeting.
1 April.
Sepatutnya ada dua meeting tarikh ni. 1 meeting Hamare Group jam 9.00 pagi dan satu Hamare Publication jam 2.00 petang. Tapi meeting sebelah petang tak dapat nak join atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Hahaha.
Menggigil tangan, sakitperut, gugup, nervous semua ada. Macam orang nak masuk merisik pula. Punyalah berdebar nak meet up kali pertama. Tak over tak sah.
Tapi Alhamdulillah, walaupun ramai lelaki. Diorang sporting lah. so, saya enjoy jer. Sempat join pun separuh jalan sebab ada masalah line. Terputus-putus.
![]() |
| Inilah kami semua yang berjaya join meeting walaupun agak lari masa sebab memasing baru nak setting Zoom. Maklumlah meeting kali pertama guna benda alah ni. |
So, sesiapa yang belum pernah guna Zoom ni, boleh lah belajar-belajar guna. Lepas ni boleh lah berZoom dengan students saat PKP ni. Manfaatkan masa yang ada.
Itu jer cerita hari ni.. Babai. Nak Berzoom dengan Huda dan Nab sekejap.
Selamat malam.
Sunday, 22 March 2020
Covid19: Ujian atau Hikmah
Bismillahirrahmanirrahim.... Selamat pagi pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Dunia hari ini sedang diuji dengan begitu hebat. Siapa lagi yang tidak tahu tentang Covid 19. Covid 19 yang merupakan satu virus yang berasal dari Wuhan, China dan kini telah tersebar dengan begitu cepat ke seluruh negara. Malaysia tidak terkecuali dalam hal ini.
Memasuki gelombang kedua, Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada seluruh rakyat Malaysia. Namun seperti biasa, rakyat tetap berdegil dan tidak mengendahkan arahan dari pihak beerkuasa.
Dan hari ini 23 Mac 2020, memasuki hari keenam PKP, kita telah menyaksikan kematian yang terus meningkat dan mangsa yang positif Covid 19 terus bertambah dari semasa ke semasa. Tempoh yang diberikan oleh penguasa untuk stay at home nampaknya disia-siakan.
Padahal bukan kita tidak tahu bahawa virus ini boleh menjangkiti orang lain, akan tetapi masyarakat kita lebih suka untuk ingkar arahan.
Dalam tempoh kita diuji ini, banyak hikmah yang kita boleh ambil. Ianya satu teguran dan tamparan yang hebat daripada Allah SWT. Gunakanlah masa yang diberi untuk stay at home ini sebaik-baiknya bagimeluangkan masa bersama keluarga yang tercinta , bermuhasabah diri dan mendekatkan diri kita pada Allah. Perbanyakkanlah amal ibadah sebagai bekal dan mohon ampun kepada Allah atas dosa-dosa yang telah kita lakukan.
Banyak aktiviti yang boleh kita lakukan sepanjang tempoh PKP, antaranya ialah:
- Lazimi dengan membaca Al-quran. Moga-moga Kalamullah ini menjadi perisai terkuat buat kita semua.
- Lakukan solat hajat dan amalan-amalan sunat.
- Berpuasa sunat.
- Perbanyakkan istighfar. Mohon ampun dengan Allah.
- Almalkan zikir-zikir tertentu dan doa-doa agar terhindar dari wabak.
- Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga.
- Lakukan pelbagai akhtiviti yang bermanfaat seperti membaca buku, menulis dan banyak lagi.
Kita berusaha melindungi diri kita sebagaimana yang disarankan oleh pihak berwajib seperti menjaga kebersihan diri, kerap membasuh tangan dengan sabun dan hand sanitizer, selebihnya kita berdoalah kepada Allah agar dijauhkan daripada wabak yang merbahaya ini.
Berikut doa agar terhindar dari wabah penyakit, termasuk virus corona, dikutip dari buku kumpulan Do'a & Wirid karya Yazid bin Abdul Qadir Jawas.
ุงَُّูููู َّ ุฅِِّูู ุฃَุนُูุฐُ ุจَِู ู َِู ุงูุจَุฑَุตِ ، َูุงูุฌُُِููู ، ูุงูุฌُุฐَุงู ِ ، َูุณَِّููุกِ ุงูุฃุณَْูุงู ِ
Allaahumma innii'auudzu bika minal baroshi wal junuuni wal judzaami wa sayyi il asqoom
Artinya:
"Ya Allah, Aku berlindung kepada-Mu dari penyakit belang, gila, lepra dan keburukan segala macam penyakit."Doa tersebut sesuai dengan Hadis Riwayat Abu Dawud nomor 1554.
Jangan pernah berhenti berdoa kepada Allah agar wabak Covid 19 ini segera berakhir. Kita semua tahu, Allah sedang murka saat ini. Jangan pula ditambah dan diundang lagi kemurkaan Allah. Sehebat apa pun kita hari ini, kita tidak boleh menolak dan melawan kuasa yang lebih besar iaitu Allah.

Ambillah iktibar dan hikmah dari ujian ini serta berhentilah mengeluh. Hari ini kita diberi kesihatan dan ahli keluarga kita dalam keadaan baik, syukurillah. Allah maha tahu segala-galanya. Sesungguhnya Allah sangat merindui rintihan hambaNya lalu diuji sehebat ini.
Ingatlah, ujian hari ini untuk mendekatkan diri kita kepada Allah, bukan menjauhkan lagi diri kita daripada Allah.
Semoga yang membaca post kali ini diberi kesihatan yang baik dan dijauhkan daripada wabak Covid 19.
Jaga diri dan ahli keluarga yang lain, ambil langkah berjaga-jaga dan stay at home!
Kalau kita tak mampu nak membantu meringankan beban orang lain, jangan pula kita menjadi penyumbang masalah dan beban padaorang lain. Terima kasih kepada semua barisan hadapan yang bertungkus-lumus sepanjang tempoh covid 19 ini. Moga jasa kalian mendapat tempat tertinggi disisi Allah kelak.
Amin ya Rabbal Alamin...
Yang terperap dirumah,
Siti Nor Hayati Binti Mohd Daud..
Friday, 7 December 2018
Pedofilia
[setelah setahun tak ada entry baru๐.]
To all parents out there!
Aku nak cerita ni, semalam aku tgk 1 movie yg bertajuk Mimpi Sumi di NTV7. Ada lg tak yg tengok? Memula aku ingat ni horror movie.
Setelah tgk sampai abes, aku simpulkan kisah ni berkenaan PEDOFILIA. Ya pedoflia ni aku dah pernah cerita serba sikit dlu.
Pedofilia adalah gangguan jiwa yang terjadi kepada orang dewasa atau remaja yang telah mulai dewasa (secara spesifiknya berumur 16 tahun ke atas), dan mempunyai keinganan seksual primer atau eksklusif kepada kanak-kanak yang belum matang (secara umumnya mereka yang berusia 13 tahun dan ke bawah).
Apa Itu Pedofil?
Pedofil adalah mereka yang mempunyai masalah ini. Menurut Dr Blanchard, pedofil adalah seorang manusia yang mempunyai keinginan seksual terhadap kanak-kanak yang secara umumnya berusia 13 tahun dan kebawah..
Mmg pedofil ni hnya sasarkan kanak². Tak kira lah girls or boys.
Aku bg sinopsis sikit la pasal crita Mimpi Sumi ni.(aku xtau knp tajuk dia camni pdhal xder org nama sumi pn dlm crta tu.tp xpe xpenting, yg pntg mesej crta tu sampai๐).
Dee ni seorang janda yg ada anak prmpuan nama Eyda umur 8th. Dia bercerai dgn suami 1st sbb suami dia penagih ddah.then dia kawen dgn Arsyad. Okey la pd mata kasarnya Arsyad ni caring ,loving dan very kind berbanding suami dia yg dulu kaki pukul. So Dee sgt bhagia dgn suami bru dia.slpas sthun kahwin, anak dia Eyda cam xhepi.dia slalu tanya, mommy bahagia ke dgn daddy arsyad. Mommy dia yakinkan dia yg dia sgt bahagia dgn khidupan skrg..daddy baru beri segala² nya. Smpai mkn minum dia ank branak pun daddy dia masakkan. Wow, happy family. Dee pesan dekat Eyda, "Daddy dah bnyak berkorban jga kita sekeluarga, mommy bhgia dgn daddy n Eyda pn kena hrgai daddy.jgn slalu mnyusahkan daddy". Macam tu lah lbh kurang. Tak lama kmudian, Haikal suami lama si Dee mncul balik nk tgk anak..sbb 3 thn lbh xjumpa.niat dia mmg elok nk jmpa anak. So , Dee bnarkan.tp dlm masa smggu lg bru dia boleh jmpa Eyda. Bbrapa hari lg Eyda nk jumpa Haikal, Eyda ditemui mati jatuh dr balkoni tgkat ats rumah dia.3rd floor klau x silap. So, Dee meroyan n hampir gila selama 3 bulan. Arsyad bnyk bantu tenangkan Dee n layan kerenah Dee. Sampailah 1 hari, Dee trjumpa 1 lukisan Eyda yg sgt pelik. Bila dia rujuk pakar. Lukisan tu cam mggambarkan breast wanita n vagina. Itu yg dktor teka.so dr pn xbrani nk hurai lbh sbb 1 gmbr shja xcukup. Jd Dee balik slongkar semua laci Eyda n dia jmpa bnyk² lukisan n bekas tulisan yg yg dia mntak tolong,dia takut.tp tulisan tu dipadam balik...cuma nampak berbekas di kertas.bila dirujuk pakar lg skli, ank dia sah pernah kena gangguan seksual, cuma mayatnya xder kesan kena rogol ke apa.
Masa ni bru Dee ingt balik yg anknya pernah tnjuk 1 lukisan pd dia n nk mengadu sesuatu tp dia xpaham lukisan ank dia...Eyda just cerita yg Monster ni jahat. Dan ada org nama Raysha slalu buat jhat pd dia. So bru dia tringat Raysha yg dimksudkan tu mgkin suami dia Arsyad.
Dia selongkar kamera Arsyad n temui bnyk gmbar ank dia yg sparuh bogel n mcam². Bila Arsyad pulang n dpt tahu, Dee dah tau rahsianya, dia cuba bunuh Dee mcm dia bunuh Eyda.tolak dari tingkat ats. Masa tu dia cerita semua apa yg dia telah buat pd eyda. Dia mandi sma² Eyda, malam² masuk bilik Eyda utk puaskan nafsu dia dan dia ugut Eyda jgn cerita pd sesiapa.
Itu sebab Eyda meluahkan dlm bentuk lukisan.
Hmm see... Pd ibubapa kat luar sana, kdg² anak² kecil nak mengadu dgn kita, tp kita xcuba dengar n faham apa yg dia cuba smpaikan.hatta lukisan yg ntah pape tu pun boleh bawa mksud sesuatu.
Lagi 1, jgn mudah percaya pada sesiapa shj. Wlpn dia knalan kita, saudara mara kita sekalipun. Gejala pedofilia ni bukan benda baru. Tp ini lah penyakit skrg yg sdg merebak di seluruh ngara. Ambik cakna dan peduli. Hari tu aku ada join seminar Anti Jenayah Wanita dkt BTPNK, ada cerita yg atuk ggu cucu dia mcm ni, guru ganggu pelajar n banyak lg sebenarnya. Bdk² trlalu naif.dia xdpt nak bezakan antara kasih syg yg sbnar ataupun jenayah yg org buat pd mrka.
Cerita Mimpi Sumi ni sgt bagus utk ibu bapa tgk.sebab banyak pengajaran. Aku sendiri terkesan tgk. Dan semlam jgak baru aku faham apa maksud di sebalik lukisan. So ibu bapa,tolong ek..buka mnda dan rjuklah pakar jika ank² alami kemurungan or brperangai pelik. Kdg² mrk sgt takut bila diugut krn mereka xtau apa². Mak bapak la kna ambk cakna n pastikan ank2 kecil pn jgn pkai bju yg mnjolok mata sgt. Iya mmg xdikira aurat lg tp, mata² yg mmandang itu kita xboleh nk percaya sgt... Giiitew...
Dah..itu sahaja.penat taip pnjg². Tp crta best lah...sbb akhir skli, dia tunjukkan fakta² kes pedo ni...
Moga bermanfaat lah.

Subscribe to:
Posts (Atom)