Monday, 18 May 2015

Jangan Dekati Zina




وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

“Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa': 32)

Penjelasan makna ayat

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا

Dan janganlah kalian mendekati zina.

Al-Imam Ibnu Katsir rahimahullah berkata tentang ayat ini: “Allah subhanahu wata’ala berfirman dalam rangka melarang hamba-hamba-Nya dari perbuatan zina dan larangan mendekatinya, yaitu larangan mendekati sebab-sebab dan pendorong-pendorongnya.” (Lihat Tafsir Ibnu Katsir, 5/55)

Sahabat sahabiah yang dikasihi Allah sekalian, jelas-jelas kot dalam al-Quran Allah dah nukilkan “Jangan dekati zina”. Allah tak kata pun, jangan berzina. Maksudnya apa?
Sekarang ni, dah banyak artikel-artikel, buku-buku yang menulis berkenaan bagaimana kita nak menjaga hati, soal cinta, kasih sayang, dan cara-cara nak urus fitrah dengan betul. Tipulah kalau kita kata kita tak tahu. Dalam ceramah-ceramah pun biasanya ada disebut soal-soal begini.
Jadi, saya hamba marhaen yang jahil ni bukanlah nak tunjuk pandai, tapi menulis sekadar nak berkongsi rasa sahaja. Saya pun bukanlah malaikat yang tak pernah berbuat kesilapan.
Kalian tahu tak apa benda yang paling susah kita nak jaga dalam dunia ini? Harta? Nama? Oh, tidak sama sekali. Tapi, hati... hanya segumpal darah kecil yang ada dalam tubuh badan kita.
Dulu-dulu, hati kecil saya ni pun selalu dijentik dengan cinta monyet yang entah apa-apa sampai saya buat kakak-kakak saya rasa mereka tak patut punya adik macam saya. Tak adalah teruk sangat kisahnya. Pernahlah dulu saya ber ‘sms’ dengan kaum berlainan jenis dari saya. Dan masa tu, anggapan saya mudah jer, Sms sajoooo (masa tu bukan ada wasap pun lagi). Lagipun umur baru di tingkatan empat. Masa tu, saya tak pernah pun ada rasa seperti orang lain untuk keluar dating ke apa. Jadi, saya rasa tindakan saya untuk ber ‘sms’ itu bukanlah satu kesalahan pun. Maklumlah jahil. Hingus pun meleleh lagi. Huhu…
Sampailah satu masa, saya baca novel islamik kepunyaan kakak.  (orang-orang yang taraf intelektual dia tinggi, dia anggap buku macam ni adalah tak berguna, buang masa dan duit sahaja. Malah, penulisnya sekali dianggap tak berguna dan dipandang hina. Bukan saja-saja nak tuduh, tapi hakikat daripada perhatian yang saya selalu nampak dengan mata kepala saya sendiri. Tapi, saya anggap sebaliknya. Buku-buku macam nilah yang membantu hati saya).
Dari novel itu, saya belajar apa sebenarnya maksiat hati sehinggalah ke level yang mana saya mampu sampai kepada kehidupan saya yang sekarang. Saya mampu hidup sampai usia sekarang tanpa ada istilah ‘couple’ or ‘couple islamik’. Bukan berniat nak bangga diri. Tapi setiap orang punya jalan tarbiah yang berbeza. Bahkan kalian semua lebih baik dari saya. Ini cumalah kisah terpencil saya. Dan kisah ini sudah enam tahun pun berlalu. Syukur..
Berbalik pada topic asal, kenapa Allah nukilkan “Jangan dekati zina” bukan “jangan berzina”? Ini bukanlah saja-saja tanpa tujuan. Saya bagi satu contoh mudahlah, adakah orang yang ingin berzina itu , mereka berjumpa (lelaki dan perempuan)  tanpa mereka kenal terlebih dahulu lalu berzina dengan rela dari kedua-dua pihak? Logik kah bila difikirkan kembali? Macam tak masuk akal kan? Hmmmm…

Kejadian sama sentiasa berulang tayang dalam episode hidup kita seharian. Hakikat setiap perzinaan itu berlaku ada step-stepnya…
-
Mana mungkin ada yang berzina pada hari ini tanpa melalui salah satu atau kesemua step diatas kan.. Itu sekadar pendapat saya sahaja. Hmm, fikir-fikirkanlah.
Tak dinafikan ramai yang bercouple, tapi tak der lah sampai ke tahap nak berzina. Nauzubillahi min dzalik. Tapi sebenarnya mereka cenderung ke arah itu. Jangan sesekali tertipu dengan permainan syaitan yang sememangnya pakar dalam bab ini. Moga kita semua waras dalam tindakan.
Realiti tujuan asal orang yang nak couple ni, murni-murni sajooo niatnya. Hanya ingin kenal-kenal sebab terikut-ikut sangat dengan pepatah melayu yang kononnya ‘tak kenal maka tak chentaaa’ tu. Tapi bila dah kenal mulalah teraba-raba. Ops…
Satu saja benda yang kita perlu buat sekarang. SABAR. Jodoh memang tak akan ke mana-mana. insyaAllah hadir jua. Kalau bukan di dunia ini, Allah gantikan yang lebih baik di syurga kelak. Tak mau ke? Usaha memang perlu ada, sebab bak kata Inche Gabbana “Jodoh kau memang tak kan turun dari langit siap berpakaian pengantin di hari perkahwinan kau” ohoiiii… tapi, luruskanlah usahamu itu biar selari dengan syariat. Usruskan fitrah.
Dah, dah. Saya tak boleh nak nasihat kat orang lebih-lebih. Sebab saya sendiri jahil-jahil dan perangai pun memang tak serupa bikin. At least saya hanya lontarkan sedikit nasihat buat diri sendiri yang lemah dan saudara seakidah saya. Salam satu akidah dan israk mikraj.

Hakikatnya, bukan saya yang mengubah hati-hati kalian semua. Namun, saya bermohon pada Allah agar kita-kita dijentik hati apabila membaca peringatan dan nasihat. Moga Allah tetapkan hati dan istiqomah J
Jom bercinta dengan PENCIPTA cinta dulu!

Done: 0306am/19mei’15

Sunday, 26 April 2015

Bicara Soal ISIS !

Assalamualaikum dan salam 1 Akidah!

Sebenarnya memang dah lama sgt nak updte blog. Dah lama xder entry baru. kali ni nak berbicara serba sedikit berkenaan ISIS. Sape Isis?Apa matlmat mreka n so on..

Baru2 ni aku n 3 org kawan di beri taklifan utk handle 1 Diskusi Ilmiah under PERWADAH.. mula2 memang smua memberontak la sebab tak naka.. sape yg nak buat forum tajuk ISIS?tajuk berat kot.. lepas tu, dah la kami semua student. Dr Naja mmg guna kuasa veto time tu,. terpaksalah kami mengalah.

Aku bukan panel pn.. hanya moderator malam tu...niat aku cuma anggap ni sebagai pengalaman dan nk banggakan nama PERWADAH. LAgipun pesan kakak aku, ni lah pluang nk timba ilmu dan sebagai 1 kenangan.. mula2 memang rasa takut berdebar... berminggu aku xsenang duduk, last2 pd mlm diskusi, aku dah tak rasa ape2 pun.. hilang semua debaran itu..

okay stop! Nak tanya, Isis tu pejuang atau petualang? frankly speaking, at 1st time aku dgr berkenaan ISIS, aku tak ambik endah sgt pun, dan aku buat2 xtahu. sedangkan ia berkait rapat dengan akidah dan jihad. Dan pada waktu itu, aku anggap ISIS adalah pejuang islam yg sebenar. merekalah hero di mata aku.
Benarlah, orang melayu memang sukakan sesuatu yang baru. Bila muncul satu2 watak dalam perjuangan, terus kita sokong dan agung2kan mereka tanpa ada usul periksa. yg penting kita yakin mereka di jalan yang benar.

Namun, yakin saje belum cukup utk dijadikan bukti bahawa mereka itu pejuang yg sebenar. So, apa kata kita selidik dulu. kita kenal dulu sape mereka.

Perasan atau tidak, nama Islamic State of Iraq and Syria, ISIS scra tiba2 mnjdi popular apbla mrk ddakwa berjaya menakluk Mosul di Iraraq pada 10 jun 2014. Kump ISIS dikatakan tdak mlebihi 1000org anggota ttapi mmpu mghalau kluar 30k tntera Iraq yg dilatih oleh tntera Amerika.

Kebnyakan analisa mengatakan ISIS adlh brasal dr kump al-Qaeda in Iraq (AQI) yg diktuai oleh Abu Musab alZarqawi. Mereka mengambil pendekatan secara keras iaitu dengan menghalalkan darah sesiapa saja yg di syaki menjadi tali barut kpd Amerika. Ianya adalah menyalahi syarak apabla mreka membunuh scra kejam tanpa sebarang tutur bcara. Tindakan kejam mereka ini tlah ditolak oleh smua rakyat Iraq termasuk bahkan trmsuk pimpinan alQaeda Global (aQG) sendri iaitu Osama bin Laden. Hal ini mnyebabkan aQI dan aQG mulai renggang dan diptuskan pd Februari 2014.

Bukan itu shaja aQi scra trbuka mmbunuh ulama' sunni. Mufti besar ulama sunni Iraq , Syeikh Khalid al-Mulla dlm wawancara al-Mayadeen TV pd 1 Julai 2014 tegas mndakwa aQi or ISIS tlah mmbnuh lebih 300 ulama sunni. shingga pd Feb 2014, aQG scra trbuka mngumumkan bhwa ISIS bukan dr kalangan mreka.
Amat mnghairankan bgaimana  ISIS yg dianggap 'Budak Jahat' tba2 mmpunyai kkuatan utk mnakluk utara Iraq.Lebih mghairankan apbla ISIS yg knonnya ingin mnegakkan Islam dan mndrikan khalifah sering bertindak jauh diluar batas2 syariat Islam dan kmanusiaan. Amat sukar utk kita percaya bgaimana org yg btul2 Ikhlas nk tgakkan agma Islam, namun bertindak kejam . Sesungguhnya seorang pejuang Islam yg brjihad dijalan Allah tidak akan  berakhlak seburuk mreka.

Usah kita keliru tentang jihad yg sebenar. Jihad sebenar tidak pernah mghalalkan seks sperti ISIS halalkan perbuatan trkutuk itu dan tidak pernah menghalalkan darah sesama MUSLIM. Tanpa kita sedar, segala tindakan ganas ISIS telah menimbulkan satu implikasi besar dalam kehidupan masyarakat sekitar dan non-muslim.

Siapa suka apbla ada suara2 yg mngatakan bhawa Islam itu terorist ??? Sedangan Islam yg kita tahu adalah sbuah agama yg selamat.syumul. Namun,mnculnya Isis yg mmbwa impak bsar pada mata dunia trhadap Islam yg sbenar. Islamophbia.
Serius mmg sukar & lelah brhujjah n jwb soalan mrka yg tdak tahu siapa ISIS yg sbenar.. Malah mrk mnuduh kita menabur fitnah dan amat trpengaruh dgn media massa mlaysia yg slalu mmburukkan nama Isis.. ini bukan soal media massa shj, tp mrk kata kita trut brstuju dgn Obama krn obama mnganggap Isis adlah pngganas..
Cukupkah sumber pngetahuan kita jka kita juga blm mngkaji sjauh mana kesohehan semua ini..sdgkan mreka sndri hanya brhujjah ats alsan mndpt infrmasi dr intrnet bhwa Isis adlah pjuang sbenar..
Mungkin mrk blum faham apa mkna perjuangan & jihad yg sbenar. Apa yg dianjurkan oleh Rasulullah. Brangkali, mrk juga trlupa dgn 1 hadis Rasulullah yg dlu kita (pljar2 stam) hafal:
"Apbla brtemu dua org muslim (berperang), maka yg dibunuh atau yg trbunuh,kdua2nya adalah ke neraka"
Jelas, bukan kita yg kata.tp Rasulullah. Isis dtg sbagai pjuang Islam,tp org Islam juga yg diburu...
Kenali dulu fikrah kita yg sbenar... bila fikrah benar, baru kita tahu yg mana harakah yg sebenar. Betul tak?

Jd jgn nk mnuduh org lain jika kita on tdk tahu hakikat yg sbenar.

Cuba kita semak kembali matlamat JIHAD yg sbenar iaitu :
1) utk mghapuskan ftnah dan kmudaratanyg mnimpa kaum muslimin sbagimana alBaqarah:193 "Perangilah mereka shgga tiada lg fitnah"
2)Memprtahankan masyarkat muslim drpd dihilangkan identitinya.
3)Mempertahankan aqidah Islam.
4)Mempertahankan glongan yg lemah dan mreka yg dizalimi.

Dan banyak lagi....Boleh rujuk buku fiqh Jihad, tak bnyk sy bleh kgsi. skadar untk kita tahu apakah jihad yg sbenar dan siapa ISIS.



























Sunday, 8 March 2015

Tribute TGNA (Sebuah Permata Yang Hilang) -12 Feb 2015.

Sajak khas buat TGNA tercinta :)




Sebulan sudah detik itu berlalu,
Namun hati ini sukar melupakan,
Keperitan yang tidak tertanggung,
Khabar yang sukar untuk dipercayai,
Namun apa dayaku,
DIA lebih tahu…
Sebulan sudah detik itu berlalu,
Malam yang sukar dimengertikan,
Membawa berita seribu duka,
Mata tidak lagi mampu menampung duka ini,
Akan tetapi…
Tiada seorang jua yang mampu menghalang sebuah takdir,
Inilah sebuah hakikat,
Dikau akhirnya dibawa bertemu Rabb,
Sebulan sudah detik itu berlalu,
Malam itu sungguh syahdu,
Ribuan umat membanjiri halamanmu,
Menanti sebuah sang suria,
Perit sungguh rasanya,
Awan seakan menangisi Jumaat yang mulia,
Pilu hati menuju destinasiku,
Longlai kaki menapak ke teratak mu,
Umat seluruh pelosok dunia membanjiri halaman mu,
Menembak jutaan doa…

Sebulan sudah detik itu berlalu,
Dalam ratusan ribu insan,
Hati ini hampa ..
Tidak mampu menatap wajahmu,
Esak tangis kedengaran tanpa henti,
Menangisi perginya Ulama terbilang,
Aku tahu dirimu sudah tidak sabar bertemu kekasih abadi,
Pergilah wahai Permata Ummat,
Meninggalkan jutaan amanat pada umat,
Tidak pernah lelah mengucap kata nasihat,
Tidak pernah jemu mentarbiah umat..
Tiba sudah waktunya buatmu,
Sebuah kerehatan yang abadi..
Usah lagi menangisi pemergianya,
Bangkitlah demi umat mendatang,
Akan lahir lagi beribu mujahid,
Kerana perjuangan itu tidak pernah berhenti..



*Alfatihah TGNA yang disayangi 1931-2015. Bukan diri ini ingin memuja dirimu. Malah, tidak salah jika aku mengagumi keperibadiannya yang terpuji. Pemergiannya amatlah dirasai seluruh jelata. Aku berharap akan lahir lebih ramai lagi ulama-ulama setandingnya suatu hari nanti. Sesungguhnya ulama itulah pewaris nabi..
Suara hati
Asyraful Banat
2.00pm @ PKFEM I Isnin  09032015


Saturday, 3 January 2015

Dating Gegirlz



Assalamualaikum. salam imtihan buat semua rakan2 yang berada di USIM or mane2 u kt merata Mesia ni. Saje tulis2 blog untuk ambik mood sebelum belek nota.
Semalam, panjang kami punya cerita. kami punya geng kelas p picnic di Taman Botani Ptrajaya. adoi, terkejut jugak lah bdak rumah sebab baru je abes 1 paper, dah p jalan2. Actually ktorang dah rancang lama pun.. cuma kali ni ktorang pegi gegirls jer disebabkan budak laki punya hal msing2... lgpun xder privacy klau ada kumbang2 tu :p .


Matlamat kami sebenar nak release tensen, eratkan ukhwah, apa lagi? Hmmm lagipun kami ada dengar dari mulut2 yang dengki mngatakan yang geng kelas kami ni bnyak problem, gaduh la apa la... so, kami nk buktikanlah yang kami sbnarnya tak begitu.
kitorang bt picnic style potluck punya... and lg 1 kitorang bt sesi tukar2 hadiah...so funny. Punya la klakar bila Nabon tak beli hadiah. Kalut satu  rumah malam tu sebab dia tak der hadiah. especially budak bilik dia.

pagi2 lagi dia pi letak hadiah dia dlm beg reramai. Punyalah terkejut masa tengok bungkusan dia tu. SERAM. haha.

ok, then kami p 3 buah kreta. cukuplah kami 16 orang. takjauh pn.. setngah jam jer. Picnic tepi tasik. so suuuuiit.
k.wani cayanggg



Sesi tukar2 hadiah....punyalah semua berdebar sbb masing2 dah aim hdiah mana yg dorang nak...haha.. masa ambik undian tu, aku dapat nom 9. so, p lah cari mana no 9 yg dmksudkan tu. punyalah tekujat. hadiah Nabon yang seram tuh. pulun tadi aku duk doa tak mau hadiah tu... Tapi dah Allah tulis tu mmg rzeki aku. betul.

tengoklah balutan dia.. Kertas A4. seni betul nabon nih.

tapi, bila buka bungkusan tu.... jeng jeng jenggggg...

Haaa tgk isinya apa.. Dapat dua skali tu... kalah orang lain... Sejadah dr mecca dan jam dinding. Menginsafkan sungguh hadiahnya. Alhamdulillah thanks nabon utk 2 hadiah yang comel ni...
"Hang kena solat tepat waktu lpas ni. tgk jam, masuk waktu trus solat pkai sjadah ni" pesan nabon... dan Asar semalam aku dah rasmikan sejadah tu smasa solat berjmaah dengan dia.hehe

dan... Hadiah yang aku bg pada orang lain, xder lah sehebat ni... tu lah kata.. dont judge hadiah by its cover :p


Kak Aishah ada pesan smalam dlm istagram, setiap apa yang terjadi itu adalah suratan dariNya. Boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ia baik bg kamu  dan boleh jadi kau suka sesuatu pdahal ia amat bruk bg kamu. Allah maha mengetahui. Boleh rujuk tafsir surah alBaqarah:216. Thanks noona.

Sahabat2 yg lain, arap kalian semua puas hati dengan masing2 punya hdiah dan dating kita semalam.  satu jer harapannya, kita kekalkan ukhwah kita.. memang kita xsempurna dan kita xmgharapakan insan sempurna. bergaduh bnda kecil tu kan perkara biasa. tak menjadi masalah. Tapi jgn biarkan bnda mcm tu mnjejaskan persahabatan kita semuaaaaa... luv u all <3


so, ksmpulanya suka tgok semua hepi... Jd nak ambik ksmpatan kat sini nk ucap trima ksih kt semua bb sudi luang masa dan mintak maaf bnyk2... Tunggu apa lg? p buka buku semua... kita ada  paper lg kan..hahah...
IMA WA MAE HE SUSUME. RIGHT NOW GO AHEAD MOVE FOWARD ! GANBATTE!
gambar bonus niiii
 poyoooo... lakonan semata2



 juz 4 k.waniiiii


Wednesday, 31 December 2014

Bersyukur Saat Diuji :)

Memasuki ambang 2015, sungguh diri ini tlh diuji.. Tp aku yakin, hikmah yg lbih bsar akan menunggu...moga aku trus diberi ketenangan...Tapi aku bersyukur sangat ada sahabat yg baik disisi saat diri diuji...  Syukran sahabat yg mmbantu.. Nabon, Cak Ud, Omma Maya, Kak Cak Syida...semoga Allah bersma kalian.
Bila bangun ja pagi , rasa tak khusyuk nak solat subuh bila teringatkan ujian yg mnimpa... tp, aku cuba juga nak gagahkan diri dengan Dhuha selepas itu... Still cant go... Banyak sangat dosa aku dalam 2014 ya Allah... Arap sangat ujian ini menyapu bersih dosa-dosa aku yg telah lalu...

Alhamdulillah dah tengahari ni, aku dah boleh lupa sikit demi sikit apa yang berlaku... esok plak final exam bkal bermula... Aku yakin, Allah Yuftah 'Alaina :)

Sebelum buka buku, layan lgu Rahmat Ujian sat.semalam Nabon bagi lagu ni suh aku dengar. Walaupun sebelom ni aku memang dah hafal lagu ni, tapi kali ni deep sangat. menginsafkan..

Dalam derita ada bhgia
Dalam gembira mungkin terselit duka..
Tak siapa tahu, tak siapa pinta ujian bertamu..

Bibir mudah mengucap sabar
Tp hatilah yg remuk menderita..
Insan memandang mempunyai berbagai tafsiran.
Segala takdir, terimalah dgn hati terbuka..
Walau tersiksa, ada hikmahnya....
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa..
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi...
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

 Yeahhh... Ima Wa Mae He Susume.. Go hayat...
#BersyukurSaatDiuji
#AllahWithYou
#Dosa2014vsUjian2015

Saturday, 27 December 2014

Imam Abu Hasan Asyari




Tiga  minggu lepas, aku belajar mengenal pengasas mazhab Asyairah dalam kelas aliran akidah bersama Tan Sri Syukor.  Jadi aku merasa terpanggil untuk berkongsi siapa kah gerangan Abu Hasan al-Asyari dan bagaimana beliau boleh mengasaskan mazhab akidah ini.
Mazhab ini merupakan golongan yang majoriti dipegang oleh umat Islam seluruh dunia. Kemunculan mereka adalah renteten daripada serangan demi serangan ilmu kalam daripada luar terutamanya falsafah kuno daripada Yunani (Greece) dan Parsi antaranya golongan Muktazilah yang mana kumpulan ini asalnya diwujudkan untuk mempertahan kan Islam namun atas keghairahan mereka menggunakan akal melebihi sumber utama iaitu al-Quran dan Sunnah menyebabkan mereka telah menjadi sesat. Sebagaimana kata-kata Imam Syafie:
“Pandanganku terhadap ahli ilmu kalam seperti pandangan Saidina Umar al-Khattab terhadap golongan pendusta yang mencelup-celup agama.”
Asya’irah adalah sebuah aliran mazhab yang ingin membawa pendirian wasatiyyah antara golongan ekstrim seperti yang terlampau berpegang pada nas iaitu golongan Musyabbihat dan Mujassimah atau golongan yang ekstrim berpegang pada hujjah akal seperti Muktazilah.
Pengasas Asya’irah ialah Imam Ali bin Ismail Bin Ishaq bin Salim bin Abdullah bin Musa bin Bilal bin Bardah bin Abu Musa Asy’ari. Merupakan keturunan Abu Musa Asy’ari , sahabat Rasulullah SAW yang agung. Beliau lahir pada 260 H di Basrah. Meninggal pada 330H. Terdapat beberapa khilaf yang mengatakan beliau meninggal pada 332 H.  Imam Abu Hasan al-Asy’ari pada mulanya berasal daripada mazhab Muktazilah dan merupakan murid kepada Abi Ali al-Jubbaie (Tokoh besar Muktazilah). Imam Asy’ari merupakan seorang pelajar yang bijak, cepat faham, cekap dan sebagainya.
Berlaku khilaf yang menyebabkan Abu Hasan al-Asy’ari keluar dari Muktazilah melalui sebuah kisah yang masyhur. Dalam satu majlis ilmu, Abu Hasan al-Asy’ari bertanya pada gurunya, Abu Ali al-Jubbaie:

Imam Abu Hasan: “Apa pandangan imam jika tiga beradik meninggal dunia? Yang pertama meninggal ketika kecil. Yang kedua meninggal ketika dewasa dan meninggal dalam keadaan soleh dan beriman. Manakala yang ketiga pula meninggal ketika sudah dewasa namun dalam keadaan kufur. Jika sikecil bertanya kepada Tuhannya mengapa tidak membiarkannya membesar sehingga menjadi orang soleh dan dapat memasuki syurga bersama saudaranya. Apakah yang akan Tuhan jawab?”

Abu Ali Al-Jubbaie: “Tuhan pasti menjawab bahawa Aku lebih mengetahui sekiranya dibiarkan engkau membesar , pasti engkau akan menjadi kufur. Sesungguhnya lebih elok kau mati kecil.”

Imam Abu Hasan: “Jika yang ketiga pula bertanya yang dimatikan ketika sudah dewasa dalam keadaan kufur pula bertanya kepada Tuhan, mengapa tidak ditentukan ajalnya ketika kecil sahaja asalkan dia tidak mati dalam keadaan kufur? Sesungguhnya dia redha mati kecil walaupun tidak sampai pada tahap saudara kedua yang memcapai martabat soleh. Apa pula pandangan tuan akan persoalan ini?

            Maka, Abu Ali al-Jubbaie tersentap dan terperangkap dengan soalan muridnya oleh kerana beliau ghairah meenggunakan akal dan membelakangkan alQuran dan Sunnah. Lalu Imam Abu Hasan meninggalkan halaqah gurunya dan bertaubat pada Allah.