Assalamualaikum wbt..
Sedar tak sedar, umur kita makin hari makin meningkat. Kawan, sahabat, teman sekuliah makin ramai
bertukar status. Tapi kita masih di tahap yg sama (mungkin aku jer). Entry kali ini just nak kongsi sedikit
perkongsian dari sahabat, saudari Atikah Syafii. Aku Cuma memuatkan balik
nukilannya ke blog ini sahaja.
Bagaimana kita ingin menjemput jodoh? Ya, ramai orang kata ‘InsyaAllah
ada la tu nanti jodoh buat saya’ ‘jodoh tak ke mana’…. Tapi, Allah tetap
sarankan kita untuk berusaha terlebih dahulu.
Allah luaskan kita dengan banyak cara selagi tetap dilandasan syarak…
1-
Istiqamah berdoa untuk
dapatkan jodoh.
“Ya Allah, permudahkan jalan bagiku untuk
mendapat pasangan yang soleh, tunangkan dia denganku, dan jadikanlah dia
sahabatku dunia dan akhirat”
Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w.
mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami
satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai
rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua
rakaat, kemudian bacalah doa ini:
"Ya Allah, aku memohon petunjuk
daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan
kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar.
Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha
Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu
segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya
urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan
kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan
permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui
bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku,
kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah
aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan
sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".
Baca doa:
وَالَّذِينَ يَقُولُونَ
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا
لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
Al Furqan:74. Dan orang orang yang berkata:
“Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami
sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang
bertakwa.
Sewaktu membaca Qurratu a’yun itu, minta
betul-betul supaya Allah beri suami dan anak-anak yang penyejuk di mata dan
penenang dihati yang boleh menjadi asbab untuk kita menjadi tidak pemarah tidak
menjadi isteri dan ibu yang derhaka. Niatkan untuk kita kita juga menjadi
penyejuk di mata keluarga kita.
(Doa ini lebih mengajar kita untuk
sedikitpun tidak memandang rupa tetapi keikhlasan.)
2-
Istikharah sentiasa,
selepas maghrib pun boleh. Bila kita serious, Allah pun akan pandang serious
akan apa yang kita minta.
-minta dijauhkan dari yang batil
-minta Allah bukakan hati kita jika hati
belum lagi terbuka untuk kahwin
-minta Allah bagi petunjuk,dekatkan pada
siapa jodoh kita.
-sekalipun dah bertunang atau kahwin,
teruskan istikharah dan berdoa.
3-
Mula melangkah
-Bila kita nampak org yang soleh/solehah,
baik akhlaknya, doakan dalam hati . jangan hanya pandang pada rupa.
-Beri ruang pada hati
-Jika dah ada nama calon, panjatkan pada
Allah, istikharah dan cuba risik khabar tentang si dia.
4-
Tawakkal
Cuba baca balik lepas ayat 74 surah
al-Furqan Allah kata apa. insyaAllah kita akan tertampar sendiri.
-munajat dan hajat yang serious dihadapan
Allah.
-cuba latih diri utk tidak terus menolak
lamaran. Siasat terlebih dahulu latar belakang orang itu.
InsyaAllah, Allah akan mudahkan jalan bagi kita kalau kita
ikhlas dan setia meminta padaNya. Matlamat ini semua adalah, supaya kita lebih
matang , usaha tambah kemahiran dan melatih utk kawal emosi yang tidak matang.
Jodoh itu semua kita kena akur dengan masa dan ketentuan
Allah.
>Kayu ukur keseriusan itu adalah pada keseriusan doamu <
Sekadar nasihat dari sahabat buat sahabat……. Selamat
berbaitul muslim.
No comments:
Post a Comment